PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp24 No. 1 ms. 6-9
  • Betul atau Salah? Bible​—Bimbingan yang Dapat Dipercayai

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Betul atau Salah? Bible​—Bimbingan yang Dapat Dipercayai
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • BIMBINGAN YANG KITA PERLUKAN
  • BIBLE MENGANDUNGI BIMBINGAN TUHAN
  • Adakah Piawaian Bible tentang Apa yang Betul dan Salah Ketinggalan Zaman?
    Topik-Topik Lain
  • Bantuan Selanjutnya untuk Keluarga
    Sedarlah!—2018
  • Apakah yang Dapat Membimbing Kita untuk Memiliki Masa Depan yang Lebih Baik?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Betul atau Salah? Apakah Pilihan Anda?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
wp24 No. 1 ms. 6-9

Betul atau Salah? Bible​—Bimbingan yang Dapat Dipercayai

Jika kita hanya bergantung pada perasaan sendiri atau perasaan orang lain untuk menentukan apa yang betul dan salah, hasilnya tidak semestinya baik. Bible bukan sahaja menjelaskan mengapa perasaan manusia tidak dapat dipercayai dengan sepenuhnya, tetapi juga menyediakan bimbingan moral yang dapat dipercayai. Dengan mengikut bimbingan Bible, kita dapat hidup puas dan bahagia.

BIMBINGAN YANG KITA PERLUKAN

Dalam Bible, Tuhan Yehuwaa menjelaskan bahawa manusia tidak dapat menentukan segala-galanya dalam jalan hidup sendiri dan memerlukan bimbingan-Nya. (Yeremia 10:23) Itulah sebabnya Dia memberi kita bimbingan moral menerusi Bible. Dia mengasihi umat manusia dan tidak mahu kita membuat keputusan buruk yang akan menyakiti kita dan membuat hidup kita susah. (Ulangan 5:29; 1 Yohanes 4:8) Selain itu, sebagai Pencipta kita, Dia memiliki kebijaksanaan dan pengetahuan yang tidak terhingga. Maka, Dia dapat memberi kita nasihat yang terbaik. (Mazmur 100:3; 104:24) Namun, Tuhan tidak pernah memaksa orang untuk hidup menurut standard-Nya.

Yehuwa telah memberi pasangan manusia yang pertama, iaitu Adam dan Hawa, segala yang diperlukan untuk hidup bahagia. (Kejadian 1:​28, 29; 2:​8, 15) Dia juga memberi mereka beberapa arahan yang mudah dipatuhi. Namun, Dia memberi mereka kebebasan untuk memilih sama ada mereka mahu patuh atau tidak. (Kejadian 2:​9, 16, 17) Sedihnya, Adam dan Hawa memilih untuk hidup menurut standard sendiri dan tidak mematuhi Tuhan. (Kejadian 3:6) Apakah akibatnya? Adakah manusia lebih bahagia setelah mengikut standard sendiri tentang apa yang betul dan salah? Tidak. Sejarah membuktikan bahawa apabila manusia mengetepikan standard Tuhan, mereka tidak dapat menikmati kedamaian dan kebahagiaan yang berkekalan.​—Pengkhutbah 8:9.

Tidak kira apa latar belakang kita, bimbingan dalam Bible dapat membantu kita untuk membuat keputusan yang bijak. (2 Timotius 3:​16, 17; lihat kotak “Buku untuk Semua Orang.”) Mengapakah bimbingan Bible begitu berkesan?

Belajar lebih lanjut tentang sebabnya Bible dipanggil “perkhabaran daripada Tuhan.”​—1 Tesalonika 2:13. Lihat video Siapakah Pengarang Bible? di jw.org.

BUKU UNTUK SEMUA ORANG

Pencipta kita yang bijak dan pengasih pasti menyediakan bimbingan moral untuk semua orang. Perhatikan fakta-fakta berikut tentang Bible:

Orang daripada pelbagai bangsa membaca Bible. Terdapat Bible dalam bentuk bercetak dan bentuk elektronik di depan.
  • 3,500+ Bible ialah buku yang diterjemahkan ke dalam paling banyak bahasa. Seluruh atau sebahagian daripada Bible terdapat dalam lebih daripada 3,500 bahasa.

  • 5,000,000,000+ Bible ialah buku yang paling banyak diedarkan dalam sejarah. Setakat ini, lebih daripada lima bilion naskhah Bible telah dicetak.

Bible tidak mengagungkan mana-mana bangsa, suku, kaum, atau budaya. Bible sememangnya buku untuk semua orang.

Baca Bible dalam talian (terdapat dalam lebih daripada 250 bahasa) di jw.org

Seorang lelaki membaca Bible sambil mengikuti kata-kata dalam Bible dengan jarinya.

MENGAPA SESETENGAH ORANG TIDAK MEMPERCAYAI BIBLE

Sesetengah orang berkata bahawa bimbingan moral Bible tidak dapat dipercayai. Mereka mungkin memberi alasan-alasan berikut.

Alasan: “Kandungan Bible bercanggahan.”

Fakta: Sesetengah catatan Bible nampaknya bercanggahan pada mulanya. Namun, jika kita mengkaji konteksnya, sejarah dan budaya pada masa itu, pandangan penulisnya, dan hal-hal lain, kita akan mendapati bahawa mesej Bible tidak bercanggahan.

Untuk lihat beberapa contoh yang spesifik, bacalah rencana “Adakah Maklumat dalam Bible Bercanggahan?” di jw.org.

Alasan: “Orang yang kata bahawa mereka mempercayai Bible pun berbuat jahat. Jadi bimbingan moral Bible tidak bagus.”

Fakta: Jika orang tidak mengikut ajaran Bible dan berbuat jahat, itu bukan salah Bible. Awal-awal lagi, Bible sudah menyatakan bahawa banyak orang, termasuk pemimpin agama, akan mengaku bahawa mereka mempercayai Bible, tetapi cakap tak serupa bikin. Bible juga menyatakan bahawa akibat perbuatan mereka, ajaran Bible “akan dicela.”​—2 Petrus 2:​1, 2.

Untuk melihat contoh bagaimana banyak pemimpin agama menyimpang daripada ajaran Bible, lihat rencana “Adakah Agama Suatu Perniagaan?” di jw.org.

Alasan: “Orang yang mengikut ajaran Bible tidak bertoleransi terhadap orang lain.”

Fakta: Bible menggalakkan kita untuk menghormati orang lain. Bible mengecam sikap. . .

  • menganggap diri lebih baik daripada orang lain.​—Filipi 2:3.

  • memandang rendah terhadap orang yang mempunyai pegangan moral atau kepercayaan yang berbeza.​—1 Petrus 2:17.

  • memaksa orang lain untuk mengikut pandangan sendiri.​—Matius 10:14.

Bible memberitahu kita bahawa Tuhan selalu melayan manusia dengan baik dan adil, dan Dia juga mahu kita melakukan hal yang sama.​—Roma 9:14.

Untuk maklumat lanjut, baca rencana “Bersikap Toleransi—Bagaimana Bible Dapat Membantu” di jw.org.

BIBLE MENGANDUNGI BIMBINGAN TUHAN

Bible mencatatkan hubungan Tuhan dengan manusia sejak ribuan tahun dahulu. Melalui catatan Bible, kita dapat mengetahui pandangan Tuhan tentang apa yang betul dan salah, atau apa yang bermanfaat dan berbahaya. (Mazmur 19:​7, 11) Dengan mengetahui pandangan Tuhan, kita mempelajari prinsip-prinsip yang sentiasa berguna, yang dapat membantu kita membuat keputusan yang bijak.

Sebagai contoh, perhatikan nasihat yang terdapat di Amsal 13:20: “Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak, tetapi orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.” Prinsip ini sangat berguna, baik pada zaman kuno, mahupun pada zaman sekarang. Bible kaya dengan prinsip-prinsip sebegini.​—Lihat juga kotak “Nasihat Bible—Tidak Luput Ditelan Masa.”

Anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimanakah saya boleh percaya bahawa bimbingan moral Bible memang berkesan hari ini?” Rencana seterusnya mengandungi beberapa kisah benar.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.​—Mazmur 83:18.

NASIHAT BIBLE—TIDAK LUPUT DITELAN MASA

Walaupun Bible siap ditulis hampir 2,000 tahun lalu, nasihatnya masih berguna hari ini. Sejak dahulu lagi, keperluan manusia tidak berubah. Semua manusia menginginkan kehidupan yang puas dan bahagia. (Pengkhutbah 1:9) Nasihat Bible yang bijak dapat membantu anda memenuhi keinginan itu.

Kejujuran

  • “Kami ingin melakukan segala sesuatu dengan jujur.”—Ibrani 13:18.

  • “Orang yang mencuri haruslah berhenti mencuri. Dia harus bekerja dengan rajin.”​—Efesus 4:28.

Hubungan dengan Orang Lain

  • “Hendaklah setiap orang sentiasa berusaha melakukan apa yang berfaedah bagi orang lain, dan bukan hanya melakukan apa yang berfaedah bagi diri sendiri.”​—1 Korintus 10:24.

  • “Teruslah bersabar terhadap satu sama lain dan saling mengampuni dengan rela hati.”​—Kolose 3:13.

Membuat Keputusan

  • “Orang yang tidak berpengalaman percaya kepada setiap kata orang, tetapi orang yang bijak merenungkan setiap langkahnya.”​—Amsal 14:15.

  • “Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang yang kurang pengalaman terus berjalan lalu menanggung derita.”​—Amsal 22:3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi