PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp23 No. 1 ms. 12-13
  • 4 | Bible Memberikan Nasihat yang Praktikal

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 4 | Bible Memberikan Nasihat yang Praktikal
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maksudnya
  • Manfaatnya untuk Kita
  • Bagaimana Nasihat Bible Membantu Mereka
  • Bagaimanakah jika Anda Tiba-Tiba Mengalami Masalah Kesihatan?
    Topik-Topik Lain
  • Krisis Kesihatan Mental
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • 3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Cara Membantu Mereka yang Menderita Masalah Kesihatan Mental
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
wp23 No. 1 ms. 12-13
Seorang wanita menunggang basikal dengan gembira.

4 | Bible Memberikan Nasihat yang Praktikal

BIBLE KATA: “Segenap Ayat-Ayat Suci . . . berguna.”​—2 TIMOTIUS 3:16.

Maksudnya

Bible bukanlah buku panduan perubatan, tetapi Bible mempunyai nasihat yang praktikal dan berguna. Nasihat Bible dapat membantu seseorang yang sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental. Perhatikan beberapa contoh.

Manfaatnya untuk Kita

“Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.”​—MATIUS 9:12.

Bible memberitahu kita bahawa kita perlu mendapatkan rawatan perubatan. Banyak orang berasa lega selepas mendapat lebih banyak maklumat tentang penyakit mental mereka daripada pakar perubatan dan sumber yang dapat dipercayai.

“Latihan jasmani ada faedahnya.”​—1 TIMOTIUS 4:8, Alkitab Berita Baik.

Jika kita menggunakan masa dan tenaga kita untuk memupuk tabiat yang sihat, kita dapat meningkatkan kesihatan mental kita. Kita boleh melakukan hal-hal seperti bersenam secara tetap, mengamalkan pemakanan yang sihat, dan mendapatkan tidur yang secukupnya.

“Hati yang gembira bagaikan ubat yang mujarab, tetapi hati yang hancur mematahkan semangat.”​—AMSAL 17:22.

Apabila anda membaca kisah Bible yang menggalakkan dan menetapkan matlamat yang mampu anda capai, hal itu dapat membantu anda menjadi lebih ceria. Jika anda bersikap positif dan percaya bahawa masa depan akan bertambah baik, anda akan dibantu untuk terus seimbang dari segi emosi semasa anda menangani masalah kesihatan mental.

“Kebijaksanaan ada pada orang yang rendah hati.”​—AMSAL 11:2.

Anda mungkin mendapati anda tidak dapat melakukan segala yang anda ingin lakukan, jadi terimalah bantuan orang lain. Keluarga dan sahabat anda ingin membantu anda, tetapi mereka mungkin tidak tahu caranya. Maka beritahulah mereka bagaimana mereka dapat membantu anda. Janganlah mengharapkan terlalu banyak daripada mereka, dan ingatlah untuk sentiasa menunjukkan penghargaan.

Bagaimana Nasihat Bible Membantu Mereka

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, jadi saya jumpa dengan doktor. Selepas doktor memberitahu saya apa masalah saya, saya dapat menerima hakikatnya dan cuba mencari rawatan yang sesuai.”​—Nicole,a yang menderita gangguan bipolar.

Seorang wanita bercakap dengan pakar perubatan.

“Saya mendapati bahawa membaca Bible secara tetap bersama isteri saya membantu saya untuk memulakan hari saya dengan fikiran yang positif dan membina. Pada hari-hari yang saya rasa sangat murung, pasti ada ayat Bible yang menyentuh hati saya.”​—Peter, yang mengalami masalah kemurungan.

“Saya berasa sangat malu untuk memberitahu orang lain masalah saya. Tapi seorang kawan rapat sudi mendengar dengan teliti dan cuba menyelami perasaan saya. Kerana bantuannya, saya rasa lebih OK dan tidak rasa keseorangan.”​—Ji-yoo, yang bergelut dengan masalah gangguan pemakanan.

“Bible membantu saya seimbangkan kerja dengan waktu rehat. Nasihat Bible yang bijak telah membantu saya menangani masalah emosi saya.”​—Timothy, yang mengalami masalah gangguan obsesif kompulsif.

a Sesetengah nama telah diubah.

Animasi papan putih “Kamu Dapat Berasa Gembira Semula.”
Bantuan Lanjut:

Tonton animasi papan putih Kamu Dapat Berasa Gembira Semula di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi