PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp23 No. 1 ms. 10-11
  • 3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maksudnya
  • Manfaatnya untuk Kita
  • 2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • 4 | Bible Memberikan Nasihat yang Praktikal
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Bagaimanakah jika Saya Mengalami Masalah Kesihatan? (Bahagian 3)
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Emosi Saya?
    Kaum Muda Bertanya
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
wp23 No. 1 ms. 10-11
Nabi Musa berasa gelisah. Dia memandang ke langit dan berdoa kepada Tuhan.

3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible

BIBLE MENGANDUNGI . . . Kisah tentang lelaki dan wanita yang setia yang mempunyai “perasaan seperti kita.”​—YAKOBUS 5:17.

Maksudnya

Bible mengandungi banyak kisah benar tentang lelaki dan wanita yang mengalami bermacam-macam emosi. Semasa membaca kisah mereka, kita mungkin menjumpai watak Bible yang keadaannya mirip dengan kita.

Manfaatnya untuk Kita

Kita semua mahu orang lain memahami perasaan kita, terutamanya semasa kita sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental. Semasa membaca kisah benar watak-watak Bible, kita mungkin mendapati bahawa ada antara mereka yang mengalami fikiran dan perasaan yang sama seperti kita. Hasilnya, kita akan sedar bahawa kita tidak keseorangan semasa berdepan dengan keresahan dan gangguan emosi.

  • Catatan Bible mengandungi luahan hati banyak orang yang berasa terdesak dan tidak berdaya. Pernahkah anda berfikir, “Saya tidak dapat tahan lagi”? Musa, Elia, dan Daud pun pernah berasa begitu.​—Bilangan 11:14; 1 Raja-Raja 19:4; Mazmur 55:4.

  • Bible mengisahkan seorang wanita yang bernama Hana. Dia berasa “pedih hati” kerana dia mandul dan diejek oleh madunya Penina.​—1 Samuel 1:6, 10.

  • Kita mungkin berasa seperti watak Bible yang bernama Ayub. Biarpun imannya kuat, dia pernah berasa sangat susah hati dan bahkan berkata, “Aku membenci hidupku; aku tidak mahu hidup lagi.”​—Ayub 7:16.

Dengan mempelajari bagaimana watak-watak Bible ini mengatasi corak pemikiran yang negatif, kita dapat meraih kekuatan dan belajar untuk menangani masalah kita.

Bagaimana Bible Membantu Kevin

Bagaimana Gangguan Bipolar Mempengaruhi Saya

Kevin minum kopi dengan dua orang kawannya.

“Semasa saya hampir berumur 50 tahun, saya didapati menghidap gangguan bipolar. Ada kalanya saya rasa saya dapat mengatasi apa sahaja cabaran. Pada masa lain pula saya berasa tiada gunanya saya terus hidup.”

Bagaimana Bible Membantu Saya

“Salah satu watak Bible yang saya suka ialah Rasul Petrus. Dia pernah melakukan kesilapan yang membuatnya berasa tidak berguna. Tetapi dia tidak terus berfikiran negatif tentang dirinya. Dia mencari kawan yang mengambil berat tentangnya. Apabila gangguan bipolar saya sangat teruk, saya akan dibanjiri perasaan tidak berguna akibat ketidaksempurnaan sendiri. Seperti Petrus, saya akan mencari kawan rapat yang dapat membantu saya agar tidak berputus asa.

“Satu lagi watak Bible yang saya suka ialah Raja Daud. Dia sering berasa susah hati kerana situasinya dan kerana kesilapannya pada masa lalu. Saya dapat memahami perasaannya kerana kadangkala, saya pun menyesali kata-kata dan perbuatan saya. Bagi saya, kata-kata Daud di Mazmur 51 sangat melegakan. Di ayat 3, Daud berkata, ‘Aku sentiasa sedar akan dosa-dosaku.’ Itulah perasaan saya apabila saya sangat murung dan tidak dapat berfikiran positif. Tetapi saya juga setuju dengan permohonan Daud di ayat 10: ‘Ya Tuhan, ciptakanlah hati yang murni dalam diriku, dan berilah aku sikap yang baharu agar aku tetap teguh.’ Saya juga memohon hal yang sama daripada Tuhan supaya saya dapat berpandangan positif terhadap diri sendiri. Akhirnya, ayat 17 melegakan hati saya. Ayat itu berbunyi, ‘Ya Tuhan, Engkau tidak akan menolak hati yang remuk dan sesal.’ Ayat ini meyakinkan saya bahawa Tuhan mengasihi saya.

“Dengan mengkaji watak-watak Bible dan bantuan yang Tuhan berikan, saya lebih yakin bahawa masa depan yang dijanjikan Bible akan menjadi kenyataan. Hal ini membantu saya tetap tabah.”

Bantuan Lanjut:

Baca rencana “Ketika Anda Berasa Tiada Gunanya Terus Hidup” dalam majalah Menara Pengawal No. 2, 2019, di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi