Tip Pembelajaran
Menghafal “Lagu Rohani”
“Semasa saya bergelut dengan rasa kurang harga diri, Yehuwa menggalakkan saya menerusi lagu di Siaran JW.”—Lorraine, A.S.
Dari dahulu lagi, “lagu rohani” merupakan sebahagian daripada ibadat kita. (Kol. 3:16) Jika anda menghafal lagu-lagu ini, anda dapat meraih manfaat daripadanya biarpun anda tidak mempunyai buku lagu atau alat elektronik. Untuk membantu anda menghafal lagu rohani, cubalah tip-tip berikut:
Baca lirik lagu dengan teliti dan faham maksudnya. Adalah lebih senang bagi anda untuk menghafal sesuatu jika anda memahaminya dengan baik. Lirik semua lagu kita, termasuk lagu asal dan lagu untuk kanak-kanak boleh didapati di jw.org. Lihat bahagian Perpustakaan, kemudian cari Muzik.
Salin semula lirik. Jika anda mencatatkan semula kata-kata dalam lirik lagu adalah lebih senang bagi anda untuk menghafalnya.—Ul. 17:18.
Latih dengan suara. Baca atau nyanyi lagu itu berulang kali.
Uji daya ingatan anda. Cuba ingat lirik lagu tanpa melihatnya. Kemudian lihat seberapa banyak yang dapat anda hafal dengan tepat.