PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp25 No. 1 ms. 4-5
  • Bagaimana Perang dan Konflik Mempengaruhi Kita

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimana Perang dan Konflik Mempengaruhi Kita
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bilakah Peperangan Akan Berakhir?—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Adakah Kos Sebenar Perang Sekadar Bertrilion Dolar?
    Topik-Topik Lain
  • Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
  • Perang di Ukraine Memasuki Tahun Kedua—Apakah Harapan yang Bible Janjikan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
wp25 No. 1 ms. 4-5
Kolaj: 1. Seorang askar berjalan dan terdapat kereta kebal di belakangnya. 2. Orang dari pelbagai bangsa, umur, dan latar belakang dipengaruhi oleh perang.

Bagaimana Perang dan Konflik Mempengaruhi Kita

“Jumlah konflik di seluruh dunia hari ini mencatatkan angka tertinggi sejak Perang Dunia Kedua. Akibatnya, kehidupan 2 bilion orang, iaitu satu perempat penduduk dunia, telah terjejas.”

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Amina J. Mohammed, 26 Januari 2023.

Perang dan konflik boleh tiba-tiba tercetus di tempat yang aman. Bahkan mereka yang tinggal di tempat yang tiada konflik juga mungkin terjejas dan kesan buruknya berlanjutan buat masa yang lama selepas konflik itu berakhir. Perhatikan beberapa contoh berikut:

  • Lakaran sepasang tangan memegang mangkuk yang kosong.

    Masalah kebuluran. Menurut Program Makanan Sedunia, “konflik masih sebab utama masalah kebuluran berlaku. Sebanyak 70 peratus daripada jumlah orang yang kelaparan di dunia tinggal di tempat yang mengalami peperangan dan keganasan.”

  • Lakaran seorang wanita yang sedih menutupi mukanya dengan tangannya.

    Masalah kesihatan fizikal dan mental. Ancaman perang menyebabkan orang berasa stres, khuatir, dan tidak selamat. Mereka yang tinggal di zon konflik lebih cenderung mengalami kecederaan fizikal dan masalah mental. Sedihnya, mereka sering kali susah mendapat rawatan yang diperlukan.

  • Lakaran sebuah keluarga yang mengangkat beg besar yang berisi barang mereka.

    Masalah pelarian. Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian, setakat September 2023, terdapat lebih daripada 114 juta orang di seluas dunia yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka. Sebab utama hal ini berlaku ialah perang dan konflik yang ganas.

  • Lakaran sebuah keluarga yang berdiri di depan rumah mereka yang sederhana.

    Masalah ekonomi. Perang menyebabkan masalah ekonomi yang teruk seperti inflasi. Kerajaan mungkin menggunakan banyak wang untuk perbelanjaan perang sehingga tidak cukup wang untuk hal seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Walaupun perang sudah berakhir, kos untuk membina semula dan memulihkan suatu tempat sangat tinggi.

  • Lakaran tumpahan minyak.

    Masalah alam sekitar. Orang menderita apabila sumber alam musnah akibat perang. Pencemaran air, udara, dan tanah mungkin menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Bahkan lama selepas perang berakhir, orang mungkin tercedera atau terbunuh akibat letupan periuk api yang tersembunyi.

Jelaslah, perang membawa kemusnahan dan kerugian yang besar.

Nubuat Bible tentang Perang

Nubuat Bible menunjukkan bahawa perang dan konflik merupakan sebahagian daripada tanda “penghujung sistem ini.” (Matius 24:3) Semasa Yesus Kristus di bumi, dia berkata:

  • ‘Kamu akan mendengar tentang peperangan di pelbagai tempat. Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain.’​—Matius 24:​6, 7.

  • “Semasa kamu mendengar tentang peperangan dan keadaan yang huru-hara, janganlah takut.”​—Lukas 21:9.

    Dalam bahasa asal, perkataan yang diterjemahkan sebagai “keadaan yang huru-hara” dapat merujuk kepada pemberontakan terhadap pihak berkuasa, protes, rusuhan, dan pergolakan politik.

Untuk maklumat lanjut, bacalah rencana “Apakah Tanda ‘Hari-Hari Terakhir,’ atau ‘Akhir Zaman’?” di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi