PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp25 No. 1 ms. 10-13
  • Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • TUHAN AKAN MELENYAPKAN KERAJAAN-KERAJAAN MANUSIA
  • TUHAN AKAN MELENYAPKAN DOSA
  • TUHAN AKAN MELENYAPKAN SYAITAN DAN ROH-ROH JAHAT
  • Mengapa Perang dan Konflik Terus Berlaku
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2014
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
wp25 No. 1 ms. 10-13
Sebuah bandar yang musnah akibat perang. Seorang askar duduk di atas reruntuhan bangunan sambil berfikir.

Manusia tidak dapat mengakhiri perang

Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir

Bible kata bahawa Tuhan akan “menghentikan peperangan di seluruh dunia,” bukannya manusia.​—Mazmur 46:9.

TUHAN AKAN MELENYAPKAN KERAJAAN-KERAJAAN MANUSIA

Tuhan akan melenyapkan semua kerajaan manusia melalui perang Armagedona yang disebut dalam Bible. (Wahyu 16:16) Pada masa itu, “raja-raja di seluruh bumi” akan berkumpul untuk “perang yang akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa.” (Wahyu 16:14) Perang Armagedon akan mengakhiri semua peperangan manusia.

Tuhan akan menggantikan kerajaan manusia dengan sebuah kerajaan di syurga, yang dipanggil Kerajaan Tuhan. Kerajaan ini tidak dapat dimusnahkan dan akan kekal buat selama-lamanya. (Daniel 2:44) Tuhan telah melantik Anak-Nya, iaitu Yesus Kristus, untuk menjadi Raja Kerajaan Tuhan. (Yesaya 9:​6, 7; Matius 28:18) Oleh itu, Yesus mengajar para pengikutnya untuk mendoakan kedatangan Kerajaanb ini. (Matius 6:​9, 10) Semua manusia di seluruh dunia akan bersatu padu di bawah pemerintahan Yesus.

Tidak seperti pemerintah manusia, Yesus tidak akan menggunakan kuasanya untuk kepentingan sendiri. Dia akan melayan semua orang dengan adil tidak kira bangsa, kaum, atau latar belakang mereka. (Yesaya 11:​3, 4) Selain itu, manusia tidak perlu berperang untuk mendapatkan keadilan. Mengapa? Kerana Yesus prihatin dan akan menjaga keperluan setiap orang. Mengenai Yesus, Bible kata, “Dia akan menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong, dan dia akan membantu orang yang lemah dan orang yang diabaikan. . . . Dia akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”​—Mazmur 72:​12-14.

Kerajaan Tuhan akan menghapuskan semua senjata di bumi. (Mikha 4:3) Selain itu, orang jahat yang mengancam keamanan dan enggan mengakhiri perselisihan akan dilenyapkan. (Mazmur 37:​9, 10) Hasilnya, setiap orang di bumi akan berasa selamat.​—Yehezkiel 34:28.

Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, semua orang akan menikmati kehidupan yang sempurna. Masalah yang menimbulkan konflik, seperti kemiskinan, kebuluran, dan kekurangan tempat tinggal, akan dibasmi. Setiap orang akan mempunyai makanan yang sihat dan berlimpah, serta memiliki tempat tinggal yang selesa.​—Mazmur 72:16; Yesaya 65:​21-23.

Kerajaan Tuhan akan menghapuskan semua kesan buruk akibat perang. Semua penderitaan fizikal, mental, dan emosi yang seseorang lalui kerana perang akan dilenyapkan. Bahkan mereka yang telah mati akan dibangkitkan dan hidup semula di bumi. (Yesaya 25:8; 26:19; 35:​5, 6) Pada masa itu, kita akan bersatu semula dengan ahli keluarga kita yang tersayang. Trauma akibat perang tidak akan terlintas dalam fikiran kita lagi kerana “perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”​—Wahyu 21:4.

TUHAN AKAN MELENYAPKAN DOSA

Semasa Kerajaan Tuhan memerintah bumi, semua orang akan bersatu padu untuk menyembah Yehuwa,c satu-satunya Tuhan yang benar. Dialah “Tuhan yang penuh dengan kasih dan kedamaian.” (2 Korintus 13:11) Setiap orang akan belajar cara untuk hidup bersama dengan damai. (Yesaya 2:​3, 4; 11:9) Mereka yang mentaati Tuhan akan dibebaskan daripada dosa dan kesannya.​—Roma 8:​20, 21.

TUHAN AKAN MELENYAPKAN SYAITAN DAN ROH-ROH JAHAT

Kerajaan Tuhan akan melenyapkan dalang di sebalik semua perang dan keganasan, iaitu Syaitan dan roh-roh jahat. (Wahyu 20:​1-3, 10) Tanpa pengaruh Syaitan, manusia di bumi akan menikmati “kedamaian yang melimpah.”​—Mazmur 72:7.

Anda boleh yakin bahawa janji Tuhan untuk mengakhiri perang dan konflik akan menjadi kenyataan. Tuhan mempunyai kemampuan dan keinginan untuk melenyapkan perang. Bible menjelaskan:

  • Tuhan mempunyai kebijaksanaan dan kuasa yang diperlukan untuk mengakhiri perang dan keganasan. (Ayub 9:4) Tiada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan, dan kehendak-Nya selalu akan tercapai.​—Ayub 42:2.

  • Tuhan benci melihat orang menderita. (Yesaya 63:9) Dia juga “membenci orang yang suka akan keganasan.”​—Mazmur 11:5.

  • Tuhan tidak dapat berdusta, dan Dia selalu menepati janji-Nya.​—Yesaya 55:​10, 11; Titus 1:2.

Tuhan akan membawa keamanan yang sejati dan kekal pada masa depan.

Sebuah keluarga sedang duduk dan ketawa bersama. Mereka berada di atas sebuah bukit di bumi firdaus. Terdapat kuda yang meragut rumput berhampiran mereka.

Tuhan akan mengakhiri perang

Mengapakah Tuhan mengizinkan peperangan?

Anda mungkin tertanya-tanya sebabnya Tuhan mengizinkan peperangan untuk berlaku hari ini. Untuk mengetahui jawapannya, lihat video Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan? di jw.org.

a Baca rencana “Apakah Itu Perang Armagedon?” di jw.org.

b Tonton video Apa Itu Kerajaan Tuhan? di jw.org.

c Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.​—Mazmur 83:18.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi