Mengapa Perang dan Konflik Terus Berlaku
Bible memberitahu kita punca perang dan konflik dan mengapa semua ini terus berlaku.
DOSA
Tuhan menciptakan Adam dan Hawa, iaitu pasangan manusia yang pertama, menurut gambaran-Nya. (Kejadian 1:27) Hal ini bermaksud mereka dapat mencerminkan sifat-sifat Tuhan, seperti kasih dan kedamaian. (1 Korintus 14:33; 1 Yohanes 4:8) Namun, Adam dan Hawa tidak mematuhi perintah Tuhan, dan kita semua mewarisi dosa dan kematian daripada mereka. (Roma 5:12) Oleh itu, kita cenderung berfikir tentang hal yang jahat dan melakukan hal yang ganas.—Kejadian 6:5; Markus 7:21, 22.
KERAJAAN MANUSIA
Tuhan tidak menciptakan manusia dengan kebolehan untuk memerintah diri sendiri. Bible kata, “Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalan hidupnya.” (Yeremia 10:23) Itulah sebabnya kerajaan manusia tidak dapat mengakhiri perang dan keganasan dengan sepenuhnya.
SYAITAN DAN ROH-ROH JAHAT
Bible kata bahawa “seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.” (1 Yohanes 5:19) “Si Jahat” itu ialah Syaitan Si Iblis dan dia pembunuh yang jahat. (Yohanes 8:44) Dia dan roh-roh jahat merupakan dalang di sebalik semua perang dan keganasan.—Wahyu 12:9, 12.
Manusia tidak dapat menyingkirkan punca perang dan keganasan, tetapi Tuhan dapat melenyapkannya.