PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 60
  • Kemarau Melampau—Apakah yang Bible Katakan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kemarau Melampau—Apakah yang Bible Katakan?
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah kemarau mempunyai kaitan dengan nubuat Bible?
  • Mengapakah kemarau semakin teruk sekarang?
  • Apakah masa depan bumi kita?
  • 2022: Dunia Dilanda Kemelut—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Apakah yang Bible Katakan tentang Perubahan Iklim dan Masa Depan Kita?
    Topik-Topik Lain
  • Suhu Pecah Rekod di Seluas Dunia—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Bumi Sedang Dimusnahkan—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Topik-Topik Lain
mrt rencana 60
Tanah yang kering dengan sedikit rumput.

Brais Seara/Moment via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Kemarau Melampau—Apakah yang Bible Katakan?

  • “China melaporkan gelombang haba ‘tahap tertinggi’ dan mencatatkan rekod musim panas yang ketiga paling teruk.”—The Guardian, 7 September 2022.

  • “Selama lima tahun berturut-turut, sesetengah negara Afrika dilanda kemarau yang teruk.”—UN News, 26 Ogos 2022.

  • “Beberapa tahap amaran kemarau diberikan kepada penduduk di dua pertiga kawasan Eropah. Situasi ini dikatakan yang terburuk dalam tempoh 500 tahun.”—BBC News, 23 Ogos 2022.

Ramai pakar meramalkan bahawa isu kemarau akan berterusan dan menjadi semakin parah. Apakah masa depan bumi kita? Apakah yang Bible katakan?

Adakah kemarau mempunyai kaitan dengan nubuat Bible?

Bible kata mengenai zaman kita:

  • “Kebuluran . . . akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.”—Lukas 21:11.

Biasanya, kemarau menyebabkan masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Akibatnya, banyak orang menderita dan mati. Semua ini berlaku seperti yang dinubuatkan Bible.—Wahyu 6:6, 8.

Mengapakah kemarau semakin teruk sekarang?

Bible menjelaskan salah satu puncanya:

  • “Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalan hidupnya.”—Yeremia 10:23.

Ayat ini bermaksud bahawa manusia tidak dapat “menentukan jalan hidup [mereka],” atau memerintah diri sendiri dengan berjaya. Cara pengurusan yang tidak bijak sering menyebabkan kemarau dan masalah kekurangan air.

  • Banyak saintis setuju bahawa kegiatan manusia telah menyebabkan pemanasan global. Akibatnya, lebih banyak tempat di serata dunia mengalami kemarau.

  • Sesetengah pihak membuat keputusan yang hanya mementingkan keuntungan dan bukannya penjagaan alam sekitar. Pemusnahan hutan, pencemaran, dan penyalahgunaan sumber alam telah menjejaskan bekalan air bersih.

Walau bagaimanapun, Bible menjelaskan harapan yang dijanjikan Tuhan.

Apakah masa depan bumi kita?

Bible kata bahawa Tuhan akan menyelesaikan masalah bekalan air di serata dunia. Bagaimanakah Tuhan akan melakukannya?

  1. 1. Tuhan akan “membinasakan orang yang merosakkan bumi.” (Wahyu 11:18) Dia akan menyingkirkan salah satu punca masalah bekalan air, iaitu orang yang jahat, tamak, dan yang merosakkan alam sekitar.—2 Timotius 3:1, 2.

  2. 2. “Tanah yang panas akan menjadi kolam air.” (Yesaya 35:1, 6, 7) Tuhan akan memulihkan bumi kita yang gersang akibat kemarau dan menjadikannya sebuah taman yang indah dan subur.

  3. 3. “Engkau memelihara bumi dan menjadikan tanahnya sungguh baik dan subur.” (Mazmur 65:9) Tuhan akan mencurahkan berkat-Nya, dan bumi akan melimpah dengan makanan yang berkhasiat dan air yang bersih.

Untuk tahu lebih lanjut tentang kaitan antara perubahan iklim dengan nubuat Bible, bacalah rencana “Apakah yang Bible Katakan tentang Perubahan Iklim dan Masa Depan Kita?”

Untuk belajar lebih banyak tentang janji Tuhan bagi bumi, bacalah rencana “Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?”

Untuk tahu bagaimana Bible dapat membantu anda menghadapi cabaran akibat masalah cuaca buruk, bacalah rencana “Cuaca Melampau—Dapatkah Bible Membantu Anda Menanganinya?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi