Rui Almeida Fotografia/Moment via Getty Images
TERUSLAH BERJAGA-JAGA!
Keganasan Politik—Apakah yang Bible Katakan?
Keganasan terhadap pihak berkuasa semakin kerap berlaku.
Mengapakah keganasan politik begitu berleluasa? Adakah semua ini akan berakhir? Apakah yang Bible katakan?
Perpecahan politik dinyatakan dalam Bible dari dulu lagi
Bible sudah menyatakan bahawa orang yang hidup pada “hari-hari terakhir,” iaitu zaman ini, akan memperlihatkan sikap yang mencetuskan perselisihan dan keganasan.
“Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia . . . tidak tahu berterima kasih, tidak setia, . . . tidak mahu dibawa berbincang, . . . garang, . . . suka berkhianat, keras kepala, sombong.”—2 Timotius 3:1-4.
Bible juga menyatakan bahawa pemberontakan dan pergolakan politik akan menjadi lumrah hidup orang pada zaman sekarang. (Lukas 21:9) Tetapi, berita baiknya ialah perpecahan dan keganasan politik akan berakhir.
Keganasan politik akan dilenyapkan
Bible menjelaskan bahawa Tuhan sudah menubuhkan Kerajaan-Nya di syurga yang akan menggantikan semua kerajaan manusia.
“Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang . . . akan meremukkan dan mengakhiri semua kerajaan [lain]. Hanya kerajaan ini yang akan kekal buat selama-lamanya.”—Daniel 2:44.
Kerajaan Tuhan akan membawa perpaduan dan kedamaian ke seluruh dunia.
Raja Kerajaan Tuhan ialah Yesus Kristus, yang juga digelar sebagai “Pemimpin Kedamaian.” Dia “akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.”—Yesaya 9:6, 7.
Hari ini, rakyat Kerajaan Tuhan sedang belajar cara untuk hidup damai. Apakah hasilnya? Bible kata, “Mereka akan menempa pedang menjadi bajak dan tombak menjadi pisau pemangkas. Satu bangsa tidak akan mengangkat pedang untuk melawan bangsa yang lain, dan mereka tidak akan belajar berperang lagi.”—Yesaya 2:3, 4.
Untuk tahu lebih lanjut, sila baca rencana “Apakah yang Akan Dilakukan Kerajaan Tuhan?” dan tonton video Apa Itu Kerajaan Tuhan?