PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 22
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Adakah Kerajaan Tuhan Ada Di Dalam Hati Anda?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 22
Yesus Kristus sebagai raja Kerajaan Tuhan

Apakah Itu Kerajaan Tuhan?

Jawapan Bible

Kerajaan Tuhan ialah pemerintahan yang ditubuhkan oleh Tuhan Yehuwa. “Kerajaan Tuhan” juga dipanggil “Kerajaan di syurga,” kerana kerajaan itu memerintah dari syurga. (Markus 1:14, 15; Matius 4:17) Kerajaan Tuhan mempunyai banyak ciri kerajaan manusia, tetapi jauh lebih unggul dalam semua aspek.

  • Pemerintah. Tuhan telah melantik Yesus Kristus sebagai Raja Kerajaan itu dan memberinya kuasa yang lebih besar daripada mana-mana pemerintah manusia. (Matius 28:18) Yesus hanya menggunakan kuasa itu untuk berbuat baik. Semasa di bumi, dia menunjukkan bahawa dia ialah Pemimpin yang berbelas kasihan dan dapat dipercayai. (Matius 4:23; Markus 1:40, 41; 6:31-34; Lukas 7:11-17) Di bawah bimbingan Tuhan, Yesus telah memilih orang daripada segala bangsa untuk “memerintah sebagai raja atas bumi” bersama-samanya di syurga.—Wahyu 5:9, 10.

  • Tempoh pemerintahan. Kerajaan manusia akan bangkit dan runtuh, tetapi Kerajaan Tuhan “tidak dapat dimusnahkan.”—Daniel 2:44.

  • Rakyat. Sesiapa yang melakukan kehendak Tuhan boleh menjadi rakyat Kerajaan Tuhan, tanpa mengira keturunan atau tempat lahir.—Kisah 10:34, 35.

  • Hukum. Hukum (atau undang-undang) Kerajaan Tuhan bukan sekadar melarang perbuatan yang salah, malah dapat meningkatkan taraf moral rakyatnya. Contohnya Bible menyatakan, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.’ Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting. Hukum kedua, yang hampir sama dengannya ialah ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’” (Matius 22:37-39) Kasih terhadap Tuhan dan orang lain menggerakkan rakyat Kerajaan Tuhan untuk melakukan apa yang berfaedah bagi orang lain.

  • Pendidikan. Selain menetapkan piawaian yang tinggi untuk rakyatnya, Kerajaan Tuhan juga mengajar mereka cara untuk memenuhi piawaian tersebut.—Yesaya 48:17, 18.

  • Tujuan. Kerajaan Tuhan tidak memperkaya para pemerintahnya dengan mengambil wang rakyat. Sebaliknya, Kerajaan ini akan melaksanakan kehendak Tuhan, termasuk menunaikan janji bahawa orang yang mengasihi-Nya akan hidup selama-lamanya di bumi firdaus.—Yesaya 35:1, 5, 6; Matius 6:10; Wahyu 21:1-4.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi