PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 24
  • Mengapakah Kedamaian Sedunia Begitu Susah Dicapai?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Kedamaian Sedunia Begitu Susah Dicapai?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Mengapakah Manusia Tidak Dapat Mencapai Kedamaian?—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Kedamaian—Cara untuk Memperolehnya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Bumi yang Aman—Bagaimanakah Hal Ini Akan Terjadi?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 24
Sebuah jet pejuang

Mengapakah Kedamaian Sedunia Begitu Susah Dicapai?

Jawapan Bible

Usaha manusia untuk membawa keamanan sejagat telah gagal dan akan terus gagal atas sebab-sebab berikut:

  • “Manusia yang sedang berjalan pun tidak dapat mengarahkan langkahnya.” (Yeremia 10:23) Manusia tidak diciptakan dengan kebolehan atau hak untuk memerintah diri sendiri, oleh itu mereka tidak dapat membawa kedamaian yang berkekalan.

  • “Jangan berharap kepada pemerintah manusia, tidak seorang pun dapat menyelamatkan kamu. Apabila mereka mati, mereka kembali ke tanah; pada hari itu segala rancangan mereka musnah.” (Mazmur 146:3, 4, Alkitab Berita Baik) Para pemimpin, bahkan yang berniat baik, tidak dapat menyelesaikan masalah peperangan dari akar umbinya.

  • ‘Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia akan bersikap garang, dan tidak mencintai kebaikan. Mereka juga suka berkhianat, keras kepala, dan sombong.’ (2 Timotius 3:1-4) Kita hidup pada “hari-hari terakhir” dunia jahat ini, oleh itu sikap kebanyakan orang sekarang membuat kedamaian susah dicapai.

  • “Malanglah bumi dan laut kerana Iblis sudah turun kepada kamu dengan kemarahan yang besar, kerana dia tahu bahawa masanya tinggal sedikit.” (Wahyu 12:12) Si Iblis, iaitu musuh Tuhan, kini dibatasi dan hanya dibenarkan merayau di sekitar bumi. Dia mempengaruhi orang untuk meniru sifatnya yang ganas. Selagi Syaitan menjadi “pemerintah dunia,” kita tidak mungkin akan hidup aman.—Yohanes 12:31.

  • “Kerajaan [Tuhan] akan meremukkan dan mengakhiri semua kerajaan [yang menentang Tuhan]. Hanya kerajaan ini yang akan kekal buat selama-lamanya.” (Daniel 2:44) Kerajaan Tuhan dan bukannya kerajaan manusia, akan memuaskan keinginan kita untuk menikmati kedamaian sedunia yang kekal.—Mazmur 145:16.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi