PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 25
  • Mengapa Saya Patut Membantu Orang Lain?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapa Saya Patut Membantu Orang Lain?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dua rahsia yang tidak diketahui oleh orang ramai
  • Kaum muda yang prihatin
  • Bagaimana saya dapat membantu orang lain?
  • Bermurah Hati
    Sedarlah!—2025
  • Berbahagialah Orang yang Murah Hati
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Saya Dapat Berdamai dengan Tuhan dan Ibu Saya
    Menara Pengawal—2015
  • Bagaimana jika Ibu Bapa Saya Sakit?
    Kaum Muda Bertanya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 25

KAUM MUDA BERTANYA

Mengapa Saya Patut Membantu Orang Lain?

  • Dua rahsia yang tidak diketahui oleh orang ramai

  • Kaum muda yang prihatin

  • Bagaimana saya dapat membantu orang lain?

Dua rahsia yang tidak diketahui oleh orang ramai

Rahsia #1: Jika anda berbuat baik kepada orang lain, orang lain juga akan berbuat baik kepada anda!

Orang akan tahu jika anda seorang yang murah hati. Hasilnya mereka mungkin akan bermurah hati kepada anda. Bible mengatakan:

  • “Amalkanlah tabiat memberi dan orang lain juga akan memberi kepada kamu. . . . Sukatan yang kamu gunakan untuk orang, juga akan digunakan untuk kamu.”​—Lukas 6:​38.

  • “Orang lain akan melayan anda sebagaimana anda melayan mereka.”​—Lukas 6:​38, Contemporary English Version.

Rahsia #2: Jika anda membantu orang lain, anda sedang membantu diri sendiri!

Melakukan sesuatu yang baik kepada orang lain dapat meningkatkan keyakinan dan memberi kepuasan hati. Bible mengatakan:

  • “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”​—Kisah 20:35.

  • “Sebaliknya, semasa kamu mengadakan jamuan, jemputlah orang miskin, orang tempang, orang buta, dan orang lain yang kurang upaya. Berbahagialah kamu setelah berbuat demikian, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk membalas kamu.”​—Lukas 14:13, 14.

Kaum muda yang prihatin

Di serata tempat terdapat kaum muda yang mengambil berat terhadap orang lain! Perhatikan beberapa contoh.

“Kadang-kadang saya mahu duduk di sofa sambil menonton TV, tetapi saya terfikir akan ibu bapa saya dan betapa penatnya mereka apabila mereka balik dari kerja. Jadi saya pergi cuci pinggan, sapu lantai, dan lap habuk. Saya juga membuat kopi kesukaan ibu bapa saya. Semasa ibu saya pulang rumah, dia berkata,: ‘Wah! Bersihnya! Wah! Wanginya kopi! Terima kasih banyak sayang!’ Saya berasa sangat gembira apabila saya dapat membantu ibu bapa saya.”​—Casey.

“Ibu bapa saya selalu menyokong saya dalam kehidupan. Jadi sewaktu kereta mereka rosak, saya memberi mereka sebahagian besar duit simpanan saya supaya kereta mereka dapat diperbaiki. Mereka menolaknya tetapi saya mendesak mereka untuk menerimanya. Mereka layak menerimanya kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya. Saya sangat gembira dapat membantu mereka.”​—Holly.

Tahukah anda? Ramai kaum muda dalam kalangan Saksi-Saksi Yehuwa mendapat sukacita kerana membantu dalam kerja pendidikan Bible. Ada yang telah berpindah ke tempat lain yang memerlukan guru Bible.

“Saya berpindah dari Amerika Syarikat ke Mexico untuk membantu mengajar Bible. Kadang-kadang, susah bagi saya untuk memberi wang atau benda kerana saya tidak mampu. Tetapi, saya sedar memberikan masa dan tenaga dalam kerja penyebaran lebih berharga daripada wang atau kebendaan.”​—Evan.

Bagaimana saya dapat membantu orang lain?

Adakah anda mahu merasai sukacita dalam membantu orang lain? Berikut ada beberapa cara.

Membantu keluarga:

  • Menyapu lantai, cuci pinggan, atau membersih bilik​—tanpa disuruh

  • Memasak

  • Menulis kad penghargaan untuk ibu bapa

  • Membantu adik dalam kerja sekolah

Membantu orang lain:

  • Menulis sekeping kad untuk mereka yang kurang sihat

  • Membantu jiran yang lanjut usia untuk membersihkan halaman rumahnya

  • Melawat seseorang yang tidak berupaya keluar dari rumah

  • Membeli hadiah untuk seseorang yang menghadapi kesusahan

Tip: Fikirkan cara lain untuk membantu orang lain. Kemudian, gunakan cara itu dalam minggu ini. Anda pasti akan gembira!

“Kamu akan gembira setelah membantu orang lain kerana melakukan hal yang baik dan menyedari bahawa orang lain menghargainya. Kamu akan rasa seronok​—walaupun pada mulanya kamu tidak terfikir bahawa membantu orang lain akan buat kamu gembira. Kamu tidak akan rasa apa yang kamu lakukan ialah suatu pengorbanan kerana pada akhirnya kamu akan menerima lebih banyak lagi.”​—Alana.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi