PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 69
  • Mengapakah Saya Harus Berdoa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Saya Harus Berdoa?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah itu doa?
  • Adakah Tuhan mendengar doa?
  • Apakah yang dapat saya doakan?
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Menghampiri Tuhan Melalui Doa
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Hargailah Penghormatan untuk Berdoa!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 69
Seorang remaja perempuan sedang duduk di tepi tasik

KAUM MUDA BERTANYA

Mengapakah Saya Harus Berdoa?

Menurut sebuah tinjauan, terdapat 80 peratus remaja di Amerika yang berdoa, tetapi hanya separuh daripada jumlah itu yang berdoa setiap hari. Maka, sesetengah remaja tertanya-tanya: “Adakah doa sekadar membantu kita secara emosi, atau doa juga mempunyai manfaat yang lain?”

  • Apakah itu doa?

  • Adakah Tuhan mendengar doa?

  • Apakah yang dapat saya doakan?

  • Pandangan remaja lain

Apakah itu doa?

Sebenarnya, doa merupakan cara kita dapat berkomunikasi dengan Pencipta segala sesuatu. Jadi apakah maknanya bagi kita? Fikirkanlah, Yehuwa lebih agung daripada sesiapa pun, namun Dia “tidak jauh daripada kita masing-masing.” (Kisah 17:27) Bukan itu sahaja, Bible juga memberitahu kita suatu jemputan yang sangat istimewa: “Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu.”​—Yakobus 4:8.

Bagaimanakah kamu dapat menghampiri Tuhan?

  • Satu cara adalah melalui doa. Begitulah cara kamu dapat bercakap dengan Tuhan.

  • Cara yang lain adalah melalui pembelajaran Bible. Begitulah cara Tuhan “bercakap” dengan kamu.

Kita dapat bercakap dengan Tuhan menerusi doa dan pembelajaran Bible. Komunikasi dua hala ini dapat mengukuhkan persahabatan kamu dengan Tuhan.

“Berkomunikasi dengan Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, merupakan suatu penghormatan yang besar bagi manusia.”​—Jeremy.

“Saya berasa semakin rapat dengan Yehuwa apabila saya mencurahkan isi hati saya kepada-Nya melalui doa.”​—Miranda.

Adakah Tuhan mendengar doa?

Meskipun kamu percaya kepada Tuhan dan berdoa kepada-Nya, mungkin susah untuk percaya bahawa Dia benar-benar mendengar. Namun, Bible mengatakan bahawa Yehuwa “mengabulkan doa.” (Mazmur 65:3) Kamu juga dijemput untuk ‘lemparkan segala kekhuatiran kepada Tuhan.’ Mengapa? “Kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”​—1 Petrus 5:7.

Cuba renungkan: Adakah kamu meluangkan masa untuk bercakap dengan sahabat rapat kamu? Jika ya, kamu juga boleh berbuat demikian dengan Tuhan. Bercakaplah dengan-Nya melalui doa secara tetap. Semasa berdoa, gunakanlah nama-Nya, Yehuwa. (Mazmur 86:​5-7; 88:10) Ya, Bible menjemput kamu untuk ‘berdoa sentiasa.’​—1 Tesalonika 5:​17.

“Apabila saya berdoa, saya dapat berbual dengan Bapa di syurga. Saya mencurahkan seluruh isi hati saya kepada-Nya.”​—Moises.

“Sepertimana saya bercakap secara terbuka dengan ibu atau kawan yang paling rapat, begitulah juga cara saya bercakap dengan Yehuwa.”​—Karen.

Apakah yang dapat saya doakan?

Bible berkata, “Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan yang disertai ucapan syukur.”​—Filipi 4:6.

Jadi, bolehkah kamu berdoa tentang masalah-masalah kamu? Ya! Bible bahkan berkata, ‘Serahkanlah kekhuatiranmu kepada Yehuwa, maka Dia akan membela kamu.’​—Mazmur 55:23.

Sudah tentu, kamu bukan hanya bercakap tentang masalah-masalah kamu dalam doa. Seorang kaum muda yang bernama Chantelle berkata, “Jika saya hanya meminta Yehuwa membantu saya, saya rasa kami bukan sahabat yang baik. Bagi saya, mengucapkan kesyukuran kepada-Nya perlu didahulukan, saya perlu meluahkan semua perkara yang saya hargai.”

Cuba renungkan: Apakah perkara yang kamu hargai dalam hidup kamu? Hari ini, apakah tiga perkara yang membuat kamu bersyukur kepada Yehuwa?

“Perkara yang biasa, seperti melihat bunga yang sangat cantik, pun dapat mendorong kita untuk mengucapkan doa kesyukuran kepada Yehuwa.”​—Anita.

“Kamu boleh merenungkan ciptaan yang membuat kamu berasa kagum atau ayat Bible yang benar-benar menyentuh hati kamu. Kemudian, kamu boleh ucapkan syukur kepada Yehuwa.”​—Brian.

Pandangan remaja lain

Moises

“Kita harus berdoa dari lubuk hati kita, bukannya dengan sambil lewa. Yehuwa ingin membantu kita. Meskipun Dia tahu apa yang kita perlukan sebelum kita memintanya, kita boleh menunjukkan bahawa kita beriman kepada-Nya menerusi doa kita yang sungguh-sungguh.”​—Moises.

Miranda

“Doa seperti seutas tali. Yehuwa memegang sebelah hujung dan saya memegang sebelah hujung yang satu. Apabila saya meluahkan isi hati saya, saya berasa seolah-olah sedang menarik tali itu, kemudian Yehuwa juga menariknya. Hal ini menguatkan lagi hubungan kami.”​—Miranda.

Jeremy

“Jika kita tidak berhati-hati, doa kita mungkin menjadi suatu senarai permintaan. Tetapi, apabila kita berdoa dan mengucapkan syukur kepada Yehuwa, kita akan menghargai segala sesuatu yang diberikan-Nya. Doa kita juga tidak akan sekadar bertumpu kepada perkara yang kita inginkan, tetapi sesuatu yang lebih bermakna.”​—Jeremy.

Shelby

“Semakin kerap kita mengucapkan terima kasih kepada Yehuwa, kita juga akan dibantu untuk menjadi semakin bersyukur. Apabila kita mengucapkan syukur kepada Yehuwa melalui doa, kita dapat bertumpu kepada berkat-berkat yang kita nikmati, bukannya masalah yang kita hadapi.”​—Shelby.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi