PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 70
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Emosi Saya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Emosi Saya?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah sebabnya?
  • Tiga perkara yang dapat kamu lakukan
  • Bagaimana Saya Dapat Mengatasi Kemurungan?
    Kaum Muda Bertanya
  • 3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • 2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Apakah yang Perlu Saya Lakukan Selepas Dibaptis?—Bahagian 1: Teruskan Aktiviti Rohani Kamu
    Kaum Muda Bertanya
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 70
Seorang remaja sedang melakar wajah sedih dan wajah gembira

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Emosi Saya?

“Hari ini saya berasa sangat gembira, esoknya pula saya berasa sangat sedih. Perkara yang saya anggap kecil semalam menjadi besar hari ini dan saya rasa susah untuk mengatasinya.”​—Carissa.

Adakah perasaan kamu seperti ombak laut yang tidak tentu naik turunnya?a Jika ya, rencana ini dapat membantu kamu!

  • Apakah sebabnya?

  • Tiga perkara yang dapat kamu lakukan

  • Pandangan remaja lain

Apakah sebabnya?

Semasa kamu mengalami akil baligh, keadaan emosi yang tidak stabil adalah biasa. Meskipun kamu tidak lagi mengalami akil baligh, kamu mungkin hairan kerana masih mengalami perubahan emosi yang tidak menentu.

Jika kamu berasa runsing disebabkan perubahan tersebut, ingatlah bahawa kamu sedang mengalami perubahan hormon. Kamu mungkin akan berasa risau atau kurang keyakinan diri. Tetapi perkara ini adalah sebahagian daripada proses tumbesaran manusia. Meskipun demikian, kamu dapat memahami emosi kamu dan belajar untuk menanganinya.

Faktanya: Adalah penting untuk belajar menangani emosi kamu semasa masih muda. Dengan itu, kamu akan dibantu untuk menghadapi pelbagai situasi selepas dewasa nanti.

Seorang pemuda sedang mengelak lubang-lubang besar di jalan raya

Emosi yang negatif adalah seperti lubang di atas jalan raya. Jika kamu tahu cara untuk mengelak lubang-lubang yang besar, perjalanan kamu akan lancar

Tiga perkara yang dapat kamu lakukan

Luahkan. Bible berkata, “Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.”​—Amsal 17:17.

“Keluarga saya ada seorang kenalan yang rapat. Saya menganggapnya sebagai mak cik saya. Saya berasa sangat senang untuk meluahkan isi hati saya kepadanya kerana dia mendengar dengan penuh perhatian. Apabila pandangan saya betul, dia memuji saya. Tetapi jika saya salah, dia membetulkan pandangan saya dengan cara yang baik.”​—Yolanda.

Cadangan: Sahabat-sahabat yang sebaya dengan kamu mungkin menghadapi emosi yang tidak stabil seperti kamu. Jadi, daripada meluahkan kepada mereka, beritahulah masalah kamu kepada ibu bapa atau orang dewasa yang boleh dipercayai.

Tuliskan. Ayub juga pernah berasa sangat tertekan. Dia berkata, “Aku akan meluahkan kepahitan jiwaku.” (Ayub 10:1) Selain daripada meluahkan perasaan, kamu boleh “meluahkan” isi hati dengan mencatatkan perasaan kamu.

“Ke mana sahaja saya pergi, saya selalu membawa buku nota kecil. Apabila sesuatu yang mengecewakan berlaku, saya mencatatkannya. Cara ini adalah seperti terapi bagi saya.”​—Iliana.

Cadangan: Kamu boleh menyimpan diari untuk mencatatkan perasaan kamu, sebab-sebab kamu berasa demikian, dan cara untuk menanganinya. Kamu juga boleh menggunakan lembaran kerja yang disediakan dalam rencana ini.

Berdoa. Bible berkata, ‘Serahkanlah kekhuatiranmu kepada Yehuwa, maka Dia akan membela kamu; Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.’​—Mazmur 55:22.

“Apabila saya berasa tertekan, saya selalu berdoa kepada Yehuwa. Selepas meluahkan isi hati saya kepada-Nya, saya selalu berasa lega.”​—Jasmine.

Cadangan: Semasa kamu berasa khuatir, cubalah fikirkan tiga perkara yang kamu hargai. Semasa berdoa, mintalah bantuan Yehuwa. Janganlah lupa juga untuk mengucapkan syukur atas berkat-berkat yang kamu terima daripada-Nya.

Pandangan remaja lain

Daniel

“Filipi 4:6 menunjukkan bahawa apabila kita berdoa tentang kerisauan kita, doa kita juga harus ‘disertai ucapan syukur.’ Jadi saya berusaha menunjukkan kesyukuran dalam doa saya. Saya mencari perkara baharu supaya saya dapat mengucapkan terima kasih kepada Yehuwa. Dengan itu, rasa kekhuatiran saya pun berkurang.”​—Daniel.

Jessica

“Ada kalanya saya berasa tidak berdaya untuk meluahkan perasaan saya kepada Yehuwa. Tetapi saya tetap berusaha melakukannya. Doa membantu saya sedar bahawa Yehuwa sangat pengasih dan tidak lama lagi Dia akan ‘menyapu semua air mata kita,’ seperti yang dikatakan di Wahyu 21:4.”​—Jessica.

a Rencana ini membincangkan perubahan emosi yang sering dihadapi kaum muda. Jika kamu sedang mengalami gangguan bipolar atau masalah murung yang lain, sila lihat rencana “Bagaimana Saya Dapat Mengatasi Kemurungan?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi