PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 83
  • Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Godaan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Godaan?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang perlu kamu ketahui
  • Apa yang dapat kamu lakukan
  • Teruslah Berjaga-Jaga agar Dapat Melawan Godaan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Anda Dapat Melawan Godaan!
    Menara Pengawal—2014
  • Anda Dapat Berjaya Melawan Keinginan yang Salah!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • 1 Korintus 10:13—“[Tuhan] Setia kepada Janji-Nya”
    Ayat Bible Dijelaskan
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 83
Seorang pemuda berasa tergoda apabila melihat pasangan yang bercinta, dua remaja yang sedang bermain alat elektronik, dan seorang gadis yang sedang berlalu

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Godaan?

Rasul Paulus menulis, “Apabila aku mahu melakukan apa yang baik, apa yang jahat ada padaku.” (Roma 7:21) Pernahkah kamu mempunyai perasaan yang serupa? Jika ya, rencana ini dapat membantu kamu.

  • Apa yang perlu kamu ketahui

  • Apa yang dapat kamu lakukan

  • Pandangan remaja lain

Apa yang perlu kamu ketahui

Godaan dan tekanan rakan sebaya dapat mempengaruhi kamu untuk melakukan hal yang buruk. Bible mengatakan, “Pergaulan yang buruk merosakkan akhlak yang baik.” (1 Korintus 15:33) Tekanan daripada rakan sebaya atau media sosial dapat membangkitkan keinginan yang salah dalam diri kamu sehingga menyebabkan kamu “terikut-ikut dengan orang ramai untuk berbuat jahat.”​—Keluaran 23:2.

“Tekanan untuk disukai dan diterima oleh orang lain dapat menyebabkan kamu meniru apa sahaja perbuatan mereka.”​—Jeremy.

Fikirkan: Mengapakah susah untuk melawan godaan jika kamu terlalu mengutamakan pandangan orang lain terhadap kamu?​—Amsal 29:25.

Kesimpulan: Jangan membiarkan tekanan daripada rakan sebaya menggoda kamu untuk mengubah pendirian kamu.

Apa yang dapat kamu lakukan

Ketahuilah pendirian kamu. Kamu mungkin akan dikawal oleh orang lain seperti sebuah boneka jika kamu tiada pendirian hidup. Adalah lebih baik untuk mengikuti nasihat Bible: “Periksalah semua perkara, dan berpautlah pada apa yang baik.” (1 Tesalonika 5:​21) Jika kamu memahami pegangan hidup sendiri dengan lebih baik, kamu akan dapat berpegang teguh padanya dan mudah melawan godaan.

Fikirkan: Mengapakah kamu percaya bahawa piawaian moral Tuhan bermanfaat bagi kamu?

“Apabila saya berpegang teguh pada pendirian hidup saya dan tidak menyerah kepada godaan, orang lain akan lebih menghormati saya.”​—Kimberly.

Teladan baik dalam Bible: Daniel. Semasa remaja, Daniel “bertekad dalam hatinya” untuk mematuhi hukum Tuhan.​—Daniel 1:8.

Seorang pemuda diikat tali, seolah-olah dikawal seperti boneka

Jika kamu tiada pendirian hidup, kamu mungkin dikawal oleh orang lain seperti sebuah boneka

Ketahuilah kelemahan kamu. Bible mengatakan bahawa “nafsu orang muda” akan kuat terutamanya sewaktu kamu masih muda. (2 Timotius 2:​22) Hal ini bukan sahaja merujuk kepada nafsu seks, tetapi juga keinginan untuk diterima oleh orang lain dan untuk hidup bebas.

Fikirkan: Bible mengatakan, “Setiap orang dicubai semasa dia digoda dan diumpan oleh keinginannya sendiri.” (Yakobus 1:​14) Apakah keinginan yang selalu menggoda kamu?

“Jujurlah pada diri sendiri tentang godaan apa yang mudah mempengaruhi kamu. Carilah cara-cara untuk melawan godaan itu, lalu catatkan kaedah yang dapat kamu guna. Dengan itu, apabila kamu menghadapi godaan nanti, kamu akan tahu cara untuk melawannya.”​—Sylvia.

Teladan baik dalam Bible: Daud. Dia pernah menyerah kepada tekanan daripada orang lain dan keinginannya sendiri. Tetapi Daud belajar daripada kesilapannya dan berusaha untuk berubah. Dia berdoa kepada Yehuwa, “Ciptakanlah hati yang murni dalam diriku, dan berilah aku sikap yang baharu agar aku tetap teguh.”​—Mazmur 51:10.

Mengawal diri. Bible mengatakan, “Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan.” (Roma 12:21) Hal ini bermaksud kamu tidak perlu menjadi mangsa godaan kerana kamu dapat memilih untuk melakukan hal yang betul.

Fikirkan: Bagaimanakah kamu dapat mengawal diri dan membuat apa yang betul apabila digoda untuk melakukan hal yang salah?

“Saya fikirkan tentang bagaimana perasaan saya jika saya menyerah kepada godaan. Adakah saya akan lega? Mungkin, tetapi hanya sementara. Selepas itu, saya akan berasa lebih tidak berguna. Adakah ini berbaloi? Tidak!”​—Sophia.

Teladan baik dalam Bible: Paulus. Walaupun Paulus ada kecenderungan yang salah, dia tetap dapat mengawal dirinya. Dia menulis, ‘Aku mendisiplinkan tubuhku dengan tegas dan mengawalnya seperti hamba.’​—1 Korintus 9:​27, nota kaki.

Kesimpulan: Seperti seorang pemandu yang dapat mengawal keretanya, kamu juga dapat menentukan cara untuk menghadapi godaan.

Ingatlah, godaan hanyalah bersifat sementara. Seperti yang dikatakan oleh Melissa yang berumur 20 tahun, “Godaan yang mencabar bagi saya semasa di sekolah menengah dulu tidak lagi mencabar sekarang. Hal ini meyakinkan saya bahawa godaan yang saya hadapi sekarang juga akan berlalu, dan pada masa akan datang, saya akan bersyukur kerana sudah membuat keputusan yang tepat.”

Pandangan remaja lain

Olivia

“Saya perlu mempunyai keberanian dan pendirian yang teguh semasa menghadapi godaan. Contohnya, apabila saya membuat keputusan untuk tidak melakukan sesuatu, saya berpegang teguh pada keputusan itu dan tidak akan mengubahkannya lagi ataupun membiarkan diri saya dipengaruhi oleh keputusan orang lain.”​—Olivia.

Jared

“Kaum muda menghadapi banyak tekanan untuk pergi ke parti dan melakukan hal-hal seperti mengambil minuman beralkohol, mengambil dadah, dan mengadakan hubungan seks. Dengan memberitahu ibu bapa tentang tekanan ini dan tetap sibuk dalam aktiviti yang membina, saya dibantu untuk menghindari godaan untuk melakukan hal yang salah.”​—Jared.

Mayan

“Salah satu godaan yang paling susah dihadapi berkaitan dengan hal yang mungkin tidak salah bagi orang lain tetapi salah bagi saya. Contohnya semasa memilih hiburan. Kita perlu betul-betul faham tentang pegangan hidup kita, dan hal ini mengambil masa dan memerlukan pengalaman.”​—Mayan.

Julian

“Kamu perlu jujur pada diri sendiri dan tahu bahagian-bahagian dalam Internet yang boleh menggoda kamu untuk melihat bahan lucah. Kamu juga perlu tahu cara untuk menanganinya jika hal itu berlaku. Kamu perlu merancang strategi agar kamu tidak dikalahkan oleh godaan.”​—Julian.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi