PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwwd rencana 9
  • Kulit Gamat yang Pintar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kulit Gamat yang Pintar
  • Siapakah Perekanya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kulit Ikan Yu
    Siapakah Perekanya?
  • Kulit Limau Bali yang Menyerap Hentakan
    Siapakah Perekanya?
Siapakah Perekanya?
ijwwd rencana 9
Gamat

SIAPAKAH PEREKANYA?

Kulit Gamat yang Pintar

Gamat (timun laut) ialah sejenis binatang yang hidup di dasar laut dan terumbu karang. Tekstur badan gamat mungkin berketul-ketul, berbonggol, atau bahkan tercacak-cacak. Gamat begitu fleksibel sehingga berupaya menjadi lentur seperti lilin atau kaku seperti kayu dalam masa hanya beberapa minit, bahkan beberapa saat. Keanjalan sedemikian membolehkan gamat untuk menggeliang-geliutkan badannya untuk masuk ke celah-celah sempit, lalu mengeraskan badannya supaya pemangsa tidak dapat menariknya keluar. Rahsia gamat terdapat pada kulitnya yang mengagumkan.

Fikirkan: Kulit gamat mempunyai tiga jenis keadaan, iaitu kaku, sederhana dan lembut. Untuk membolehkan gamat bertukar antara keadaan-keadaan ini, gamat akan merantaikan atau memisahkan serat-serat dalam kulitnya dengan mengaktifkan protein yang berlainan supaya menjadi kaku atau lembut.

Protein yang tegang membentuk rantai antara serat-serat dalam tisu penghubung agar kulit gamat menjadi lebih keras. Protein yang lembut pula akan memisahkan serat-serat supaya kulit gamat menjadi lembut. Kulit gamat boleh menjadi begitu lembut sehingga kelihatan seperti mencair.

Para saintis cuba menghasilkan bahan-bahan yang dapat meniru sifat kulit gamat yang pandai menyesuaikan diri. Salah satu matlamat mereka adalah untuk menciptakan elektrod baharu yang boleh digunakan semasa pembedahan otak. Elektrod itu harus cukup tegang supaya dapat ditempatkan pada posisi yang tepat, tetapi kemudiannya harus menjadi lembut. Dengan demikian, elektrod itu akan lebih senang diterima oleh badan pesakit.

Apakah pandangan anda? Adakah kulit gamat yang pintar wujud secara kebetulan, atau wujud kerana adanya Pencipta?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi