PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwwd rencana 13
  • Kulit Limau Bali yang Menyerap Hentakan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kulit Limau Bali yang Menyerap Hentakan
  • Siapakah Perekanya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kulit Ikan Yu
    Siapakah Perekanya?
  • Cahaya daripada Benda Hidup
    Siapakah Perekanya?
  • Kulit Gamat yang Pintar
    Siapakah Perekanya?
  • Pengkhususan Sel ialah Keupayaan yang Menakjubkan!
    Siapakah Perekanya?
Siapakah Perekanya?
ijwwd rencana 13
Limau bali di atas pokok.

SIAPAKAH PEREKANYA?

Kulit Limau Bali yang Menyerap Hentakan

Pokok limau bali menghasilkan buah sitrus yang besar dan manis. Walaupun jatuh dari pokok yang ketinggiannya lebih daripada 10 meter, buah limau tidak rosak. Apakah rahsianya?

Fikirkan: Terdapat lapisan putih pada kulit limau bali. Penyelidik mendapati bahawa lapisan ini kelihatan seperti span yang dibentuk daripada sel-sel dan terdapat rongga di antaranya. Rongga pada lapisan yang lebih dalam akan menjadi semakin besar dan dipenuhi cecair. Apabila buah itu jatuh ke tanah, cecair di dalam lapisan itu akan bertindak seperti kusyen. Kulitnya akan menjadi mampat dan padat agar dapat menyerap hentakan dan tidak hancur.

Limau bali yang dipotong dua menunjukkan kulitnya yang kelihatan seperti span. Gambar daripada mikroskop menunjukkan sel dan rongga-rongga di antara sel tersebut.

Ahli sains sedang berusaha untuk mereka sejenis logam berongga yang menyerap hentakan dengan meniru struktur kulit limau bali. Mereka yakin bahawa rekaan sebegitu dapat digunakan untuk mencipta topi keledar motosikal, perlindungan bagi kenderaan untuk menahan impak, dan perlindungan daripada hentakan meteor bagi pangkalan angkasa lepas.

Apakah pandangan anda? Adakah kulit limau bali yang menyerap hentakan wujud secara kebetulan, atau wujud kerana adanya Pencipta?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi