PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 88
  • Bagaimanakah Saya Dapat Memperoleh Dorongan untuk Bersenam?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Memperoleh Dorongan untuk Bersenam?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapakah saya patut bersenam?
  • Apakah yang menghalang saya untuk bersenam?
  • Bagaimanakah saya dapat memastikan saya rajin bersenam?
  • Jangan keterlaluan
  • Adakah Saya Terlalu Mementingkan Penampilan Saya?
    Kaum Muda Bertanya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 88
Seorang budak remaja bangun daripada kerusi dan mula berlari

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Memperoleh Dorongan untuk Bersenam?

  • Mengapakah saya patut bersenam?

  • Apakah yang menghalang saya untuk bersenam?

  • Bagaimanakah saya dapat memastikan saya rajin bersenam?

  • Jangan keterlaluan

  • Pandangan remaja lain

Mengapakah saya patut bersenam?

Di sesetengah negara, kaum muda jarang melakukan kegiatan fizikal dan hal ini menjejaskan kesihatan mereka. Tetapi, Bible menyatakan bahawa ‘latihan jasmani membawa manfaat.’ (1 Timotius 4:8) Pertimbangkanlah hal yang berikut:

  • Senaman dapat mengurangkan stres. Kegiatan fizikal dapat meningkatkan hormon endorfin. Endorfin ialah bahan kimia di dalam otak yang membuat anda berasa tenang dan gembira. Ada orang yang memanggil senaman sebagai ubat kemurungan semula jadi.

    “Jika saya berjoging pada awal pagi, saya berasa lebih gembira dan dapat melakukan lebih banyak hal pada hari itu. Berjoging membantu meningkatkan mood saya.”—Regina.

  • Senaman dapat meningkatkan penampilan kamu. Jika kamu bersenam, kamu akan menjadi lebih kuat, lebih sihat, dan lebih yakin.

    “Saya berasa gembira dapat membuat 10 kali senaman mendagu. Setahun yang lalu, mahu buat satu kali pun susah. Lagipun saya berasa gembira kerana saya menjaga tubuh saya.”—Olivia.

  • Senaman dapat memanjangkan hayat kamu. Kegiatan fizikal menyihatkan jantung dan sistem pernafasan kamu. Senaman aerobik dapat mencegah risiko penyakit jantung yang merupakan penyakit yang sering menyebabkan kematian.

    “Jika kita sering bersenam, kita menunjukkan bahawa kita menghargai tubuh yang dikurniakan oleh Pencipta kita.”—Jessica.

Kesimpulan: Senaman membawa banyak manfaat sekarang dan pada masa depan. “Kamu tidak akan berkata, ‘Saya menyesal kerana pergi hiking atau joging,’” kata seorang wanita muda yang bernama Tonya. “Saya tidak pernah menyesal jika saya pergi bersenam dan tidak mencari alasan untuk tidak pergi.”

Seorang budak remaja melihat enjin sebuah kereta yang terbiar

Kereta yang tidak dijaga akan rosak; demikian juga halnya dengan badan kamu jika kamu tidak bersenam

Apakah yang menghalang saya untuk bersenam?

Berikut merupakan beberapa halangan untuk bersenam:

  • Tiada motivasi. “Orang muda rasa mereka tidak akan mengalami masalah kesihatan. Mereka berasa bahawa hanya orang tua yang mempunyai masalah kesihatan.”—Sophia.

  • Tiada masa. “Saya sangat sibuk. Tetapi saya memaksa diri untuk menjaga pemakanan dan memastikan saya mendapat tidur yang cukup. Tetapi saya selalu tiada masa untuk bersenam.”—Clarissa.

  • Tiada duit. “Mahu menjadi ahli gim sangat mahal!”—Gina.

Cuba renungkan:

Apakah halangan terbesar bagi kamu untuk bersenam? Kamu perlu berusaha untuk mengatasi halangan itu tetapi usaha kamu akan membuahkan hasil yang baik.

Bagaimanakah saya dapat memastikan saya rajin bersenam?

Berikut merupakan beberapa cadangan:

  • Jangan bergantung pada orang lain kerana kesihatan kamu ialah tanggungjawab kamu sendiri.—Galatia 6:5.

  • Jangan berdalih. (Pengkhutbah 11:4) Sebagai contoh, kamu tidak perlu mempunyai keahlian gim untuk mula bersenam. Carilah senaman yang kamu suka dan jadikannya sebahagian daripada jadual harian kamu.

  • Dapatkan cadangan orang lain tentang idea senaman.—Amsal 20:18.

  • Tetapkan waktu bersenam. Tetapkan matlamat dan catatkan kemajuan kamu agar kamu mendapat dorongan untuk terus bersenam.—Amsal 21:5.

  • Cari teman untuk bersenam. Dia dapat menggalakkan kamu untuk terus bersenam dan mengikut jadual senaman yang telah ditetapkan.—Pengkhutbah 4:9, 10.

  • Kamu mungkin gagal sekali dua, tetapi janganlah berputus asa.—Amsal 24:10.

Jangan keterlaluan

Bible menggalakkan kita untuk “bersikap sederhana dalam segala hal.” (1 Timotius 3:2, 11) Jadi janganlah bersikap keterlaluan. Orang yang terlalu mementingkan senaman sering kali terlalu mementingkan penampilan luarannya. “Lelaki yang otot besar tapi otak kecil langsung tidak menarik,” kata seorang wanita muda yang bernama Julia.

Berhati-hati dengan cogan kata seperti “Biarpun kamu sangat penat, buatlah 10 kali lagi.” Nasihat sedemikian akan membuat kamu tercedera atau hilang tumpuan terhadap “perkara-perkara yang lebih penting.”—Filipi 1:10.

Selain itu, dorongan yang digunakan untuk menguatkan semangat kamu mungkin akan melemahkan semangat kamu. Seorang wanita muda yang bernama Vera berkata, “Banyak gadis menyimpan gambar bentuk tubuh impian mereka supaya mereka terdorong untuk bersenam. Tetapi jika mereka asyik membandingkan bentuk tubuh mereka dengan bentuk tubuh orang lain, mereka senang menjadi tawar hati dan akhirnya berputus asa. Lebih baik jika kamu menetapkan matlamat untuk meningkatkan keadaan kesihatan kamu dan bukannya terlalu bertumpu pada penampilan kamu.”

Pandangan remaja lain

Yasmine

“Saya suka berlari kerana senaman ini membantu saya menghilangkan stres. Selain itu, berlari juga membantu meningkatkan kadar denyutan jantung saya dan membantu saya membakar lemak. Selepas berlari, saya berasa lebih positif dan lebih bertenaga.”—Yasmine.

Joel

“Saya suka bersukan, terutamanya main bola keranjang. Bila saya mula bermain, saya lupa yang saya sedang bersenam. Masa diperlukan untuk menjadi mahir dalam sukan tertentu, tetapi hasilnya sangat berbaloi.”—Joel.

Lily

“Hiking membawa banyak manfaat! Hiking membantu saya dari segi fizikal dan juga dari segi mental. Seperti kebanyakan orang, hidup saya sangat sibuk dan saya perlu berdepan dengan kekhuatiran hidup. Tetapi semasa saya pergi hiking, saya rasa disegarkan dan lebih berfokus.”—Lily.

Miles

“Jika kamu tidak terlalu bertumpu kepada hal-hal yang membuat senaman dianggap susah, kamu akan lebih suka bersenam. Sebagai contoh, semasa saya bermain bola keranjang, saya berfokus kepada permainan itu dan bukannya kepenatan yang dirasai. Lagipun, bermain bola keranjang ialah cara yang baik untuk mendapat kawan baru.”—Miles.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi