PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hdu rencana 33
  • Projek Mesra Alam yang Membawa Banyak Manfaat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Projek Mesra Alam yang Membawa Banyak Manfaat
  • Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dewan Perhimpunan Lebih Nyaman dengan Kaedah Mesra Alam
  • Menggunakan Sumber Tenaga yang Dapat Diperbaharui
  • Mengumpul dan Menggunakan Air Hujan
  • Pejabat Penterjemahan Membawa Banyak Manfaat bagi Jutaan Orang
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Tempat-Tempat Ibadat Kita
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Projek Pembinaan Menyokong Kerja Penyebaran Sedunia
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Kerja Penyelenggaraan Dewan Perjumpaan
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
Lihat Selanjutnya
Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
hdu rencana 33
Seorang saudara sedang memasang panel solar.

BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN

Projek Mesra Alam yang Membawa Banyak Manfaat

1 APRIL 2025

Bumi kita telah dirosakkan oleh manusia. Tetapi, sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, kita tahu bahawa Tuhan Yehuwa akan bertindak untuk memulihkannya. (Wahyu 11:18) Walaupun demikian, kita masih mahu buat apa yang terdaya untuk menjaga bumi kita. Contohnya, kita telah menggunakan banyak rekaan mesra alam untuk bangunan teokratik.

Kaedah ini, yang dikenali sebagai inisiatif mesra alam, bertujuan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Apakah kaedah yang telah kita gunakan dan bagaimanakah cara ini bantu kita menggunakan wang sumbangan dengan bijak?

Dewan Perhimpunan Lebih Nyaman dengan Kaedah Mesra Alam

Dulu, Dewan Perhimpunan Matola di Mozambique hanyalah satu ruang terbuka dengan atap yang diperbuat daripada kepingan besi. Atap itu menyebabkan dewan itu sangat panas. Seorang saudara tempatan kata, “Kami banyak berpeluh kerana terlalu panas! Pada hujung program, saudara saudari akan cepat-cepat keluar untuk dapatkan udara segar. Di luar lagi sejuk.” Apakah yang dapat dilakukan untuk membuat Dewan Perhimpunan lebih selesa?

Penebat dipasang untuk mengurangkan haba daripada matahari. Hasilnya, dewan tidak menjadi begitu panas. Selain itu, kipas yang menggunakan kuasa angin telah dipasang di bumbung untuk meningkatkan pengudaraan. Harga setiap kipas itu kira-kira $50.a

Kipas yang menggunakan kuasa angin di Dewan Perhimpunan Matola

Cara ini membawa banyak kebaikan. Oleh kerana terdapat pengudaraan yang baik, kadar oksigen dapat ditingkatkan. Ini juga mengurangkan kelembapan dalam udara dan menghalang kulat daripada bertumbuh. Hasilnya, hadirin lebih selesa dan dapat memberikan lebih banyak perhatian kepada program. Saudara yang sama berkata, “Sekarang kami mahu terus berada dalam dewan selepas habis program. Kami dapat makan dan bergaul bersama. Kami tidak perlu cepat-cepat keluar. Rasanya sangat nyaman seperti duduk di bawah pokok yang besar!”

Saudara saudari menghadiri perhimpunan litar di Dewan Perhimpunan Matola.

Saudara saudari dapat lebih menikmati program perhimpunan dan konvensyen

Menggunakan Sumber Tenaga yang Dapat Diperbaharui

Di serata dunia, sistem fotovoltan digunakan dalam bangunan-bangunan teokratik. Sistem ini menggunakan panel solar yang menjana kuasa elektrik daripada cahaya matahari. Oleh itu, kita tidak perlu terlalu bergantung pada bahan api fosil seperti arang, petroleum, dan gas untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sistem ini mengurangkan pencemaran dan membantu kita menggunakan wang sumbangan dengan cermat.

Pada 2023, sistem ini telah dipasangkan di pejabat cawangan Slovenia. Sistem ini dapat menampung 30 peratus tenaga yang digunakan oleh bangunan itu. Dengan itu, bil elektrik cawangan dapat dikurangkan. Jika sistem ini menjana elektrik lebih daripada apa yang diperlukan, tenaga yang selebihnya akan disalurkan kepada komuniti tempatan. Harga sistem ini berjumlah $360,000. Tetapi dalam empat tahun sahaja, wang yang dijimatkan dapat meliputi kos pembelian sistem ini.

Sistem fotovoltan dipasangkan di bumbung pejabat cawangan Slovenia.

Pejabat cawangan Slovenia

Pada 2024, sistem ini dan bateri yang besar telah dipasangkan di pejabat cawangan Sri Lanka. Harga projek ini kira-kira $3 juta dan dapat menampung 70 peratus tenaga yang digunakan oleh cawangan itu. Hanya dalam tiga tahun, wang yang dijimatkan dapat menutupi kos pembelian sistem ini. Pada tahun yang sama, sistem ini juga telah dipasangkan di pejabat cawangan Belanda. Harga sistem ini berjumlah $1.1 juta dan menampung 35 peratus tenaga yang digunakan oleh pejabat cawangan itu. Setelah menggunakannya selama sembilan tahun, wang yang dijimatkan dapat meliputi kos pembelian sistem ini.

Sistem fotovoltan dipasangkan di bumbung pejabat cawangan Belanda.

Pejabat cawangan Belanda

Sistem ini juga dipasangkan di beberapa pejabat penterjemahan (RTO) di Mexico. Salah satunya ialah RTO Tarahumara (Tengah) yang terletak di Chihuahua. Pada musim sejuk, suhu dapat turun di bawah 0 darjah Celsius. Pada musim panas, suhu dapat mencapai lebih daripada 40 darjah Celsius. Oleh kerana kadar elektrik mahal, saudara saudari elak daripada menggunakan penghawa dingin dan pemanas. Saudara Jonathan yang bekerja di RTO berkata, “Kami guna selimut dan pakaian yang tebal pada musim sejuk dan buka tingkap pada musim panas.”

Pada 2024, sistem fotovoltan dipasangkan di RTO Tarahumara (Tengah). Harganya berjumlah $21,480. Setelah menggunakannya selama lima tahun, wang yang dijimatkan dapat menutupi kos pembelian sistem ini. Sekarang, saudara saudari menggunakan penghawa dingin dan pemanas dengan lebih kerap. Jonathan berkata, “Kami dapat menikmati tugasan kami dan membuat kerja dengan lebih baik. Pada masa yang sama, kami rasa gembira kerana sistem ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang sumbangan tetapi juga mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.”

Kumpulan penterjemah di RTO Tarahumara (Tengah) bekerja dalam suasana yang lebih selesa

Mengumpul dan Menggunakan Air Hujan

Di Afrika, sesetengah Dewan Perjumpaan tidak mempunyai sumber air yang baik. Jadi, saudara saudari harus berjalan beberapa kilometer untuk mengangkat air ke Dewan Perjumpaan. Di tempat lain, saudara saudari mendapatkan air daripada lori tangki air. Tetapi, cara ini sangat mahal dan menjejaskan alam sekitar.

Untuk menyelesaikan masalah ini, para saudara membuat penyelidikan untuk tahu keadaan cuaca dan peralatan yang paling sesuai digunakan. Akhirnya, mereka memasang gutter di bumbung Dewan Perjumpaan untuk mengumpul dan menyalurkan air hujan ke dalam tangki yang besar. Kos peralatan untuk setiap Dewan Perjumpaan berharga antara $600 hingga $3,000. Dengan kaedah ini, perbelanjaan bagi Dewan Perjumpaan dapat dikurangkan kerana mereka tidak lagi perlu membeli air.

Tangki air di Dewan Perjumpaan Phuthaditjhaba, Afrika Selatan

Peralatan ini telah membawa banyak manfaat kepada saudara saudari. Noemia, seorang saudari dari Mozambique, berkata, “Sebelum ini, kami perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air. Kami rasa sangat penat apabila tiba di dewan. Kami juga susah menjaga kebersihan sebab tidak cukup air. Sekarang semua orang boleh cuci tangan dan kami juga tidak berasa terlalu penat semasa perjumpaan. Terima kasih banyak!”

Seorang saudari dan anak lelakinya menggunakan air hujan yang dikumpulkan

Bagaimanakah semua projek mesra alam ini dapat dilaksanakan? Projek ini dapat dilakukan dengan adanya sokongan anda, termasuk sumbangan kepada kerja sedunia yang dibuat menerusi donate.jw.org. Terima kasih atas kemurahan hati anda!

a Nilai dolar dalam rencana ini merujuk kepada dolar Amerika.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi