Sabtu, 25 Oktober
Safan membaca kitab itu di hadapan raja.—2 Taw. 34:18.
Semasa Yosia dewasa, dia mengaturkan agar Rumah Tuhan dibaiki. Ketika projek itu berlangsung, ada orang menjumpai “kitab Hukum Yehuwa, yang diberikan kepada Musa.” Apabila kitab itu dibacakan, raja segera mematuhi apa yang tertulis. (2 Taw. 34:14, 19-21) Inginkah anda membaca Bible secara tetap? Jika anda sedang melakukannya, adakah anda menikmatinya? Adakah anda mencatatkan ayat-ayat yang berguna bagi anda? Semasa Yosia berumur kira-kira 39 tahun, dia mempercayai diri sendiri dan tidak mencari bimbingan Yehuwa. Akibatnya, dia membuat kesilapan yang menyebabkannya mati. (2 Taw. 35:20-25) Apakah pengajarannya? Tidak kira berapa umur kita atau berapa lama kita sudah mempelajari Bible, kita mesti terus mencari Yehuwa. Maksudnya kita perlu selalu berdoa meminta bimbingan-Nya, mengkaji Bible, dan mendengar nasihat saudara saudari yang matang. Dengan itu, kita dapat mengelakkan banyak kesilapan serius dan akan lebih gembira.—Yak. 1:25. w23.09 12 ¶15-16
Ahad, 26 Oktober
Tuhan menentang orang yang angkuh, tetapi Dia menunjukkan kebaikan hati yang unggul kepada orang yang rendah hati.—Yak. 4:6.
Bible mempunyai banyak contoh wanita setia yang mengasihi Yehuwa dan menyembah-Nya. Mereka “sederhana dalam segala hal” dan “setia dalam segala sesuatu.” (1 Tim. 3:11) Selain itu, para saudari dapat mencari teladan saudari yang matang dalam sidang sendiri. Saudari-saudari muda, carilah beberapa orang saudari yang matang dan tirulah teladan mereka. Perhatikanlah sifat-sifat baik mereka dan cubalah untuk menirunya. Kerendahan hati penting bagi seorang saudari Kristian yang matang. Jika seorang saudari bersikap rendah hati, dia akan menikmati hubungan yang baik dengan Yehuwa dan orang lain. Contohnya, seorang saudari yang mengasihi Yehuwa akan menyokong aturan kekepalaan yang diasaskan oleh-Nya. (1 Kor. 11:3) Aturan itu boleh diterapkan dalam sidang dan dalam lingkungan keluarga. w23.12 18-19 ¶3-5
Isnin, 27 Oktober
Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri.—Ef. 5:28.
Yehuwa mahu suami mengasihi isteri dan menjaga keperluan fizikal, emosi, dan rohaninya. Pupuklah daya pemikiran, melayan wanita dengan hormat, dan menjadi orang yang boleh diharapkan. Selepas berkahwin, anda mungkin menjadi seorang bapa. Bagaimanakah teladan Yehuwa dapat membantu anda menjadi bapa yang baik? (Ef. 6:4) Yehuwa memberitahu Anak-Nya Yesus secara terbuka bahawa Dia mengasihinya dan berkenan kepadanya. (Mat. 3:17) Jika anda ialah bapa, pastikan anda sering memberitahu anak bahawa anda mengasihi mereka. Pujilah mereka selalu apabila mereka buat sesuatu yang baik. Bapa yang meniru Yehuwa akan membantu anak mereka menjadi lelaki dan wanita Kristian yang matang. Bagaimanakah anda dapat bersedia sekarang untuk menjadi bapa dan suami yang baik? Jagalah dan sayangilah ahli keluarga dan rakan seiman. Belajarlah juga untuk meluahkan kasih dan penghargaan terhadap mereka.—Yoh. 15:9. w23.12 28-29 ¶17-18