PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
Pengumuman
Bahasa baharu: Betsileo
  • Hari Ini

Selasa, 28 Oktober

Yehuwa gunung batuku; maka aku tidak sekali-kali goyah.​—Mzm. 62:2.

Sebagai penyembah Yehuwa yang setia, kita menghadapi kesusahan dan masalah penyakit yang biasa dialami orang. Kita juga perlu menghadapi tentangan atau penganiayaan daripada orang yang membenci umat Tuhan. Walaupun Yehuwa tidak melindungi kita daripada semua masalah, Dia berjanji untuk membantu kita. (Yes. 41:10) Dengan bantuan-Nya, kita dapat bersukacita, buat keputusan bijak, dan tetap setia, bahkan dalam situasi yang mencabar. Yehuwa berjanji untuk memberi kita ‘kesejahteraan daripada-Nya.’ (Flp. 4:​6, 7) Kesejahteraan ini ialah ketenangan hati dan minda yang dirasai kerana kita ada hubungan rapat dengan Yehuwa. Kesejahteraan ini luar biasa dan “jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia.” Pernahkah anda berdoa dengan bersungguh-sungguh dan tiba-tiba berasa sangat tenang? Itulah “kesejahteraan daripada Tuhan.” w24.01 20 ¶2; 21 ¶4

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Rabu, 29 Oktober

Pujilah Yehuwa, hai jiwaku; pujilah nama-Nya yang suci, hai seluruh jiwaku.​—Mzm. 103:1.

Nama Yehuwa melibatkan reputasi-Nya. Maka, apabila kita mendengar nama Yehuwa, kita berfikir tentang sifat-sifat-Nya yang indah dan perbuatan-Nya yang menakjubkan. Orang yang mengasihi Yehuwa mahu memuji nama-Nya dengan sepenuh hati. Daud tahu bahawa semasa dia memuji nama Yehuwa, dia juga memuji Yehuwa. Itulah sebabnya dia mahu menyucikan dan memuji nama Bapa-Nya dengan ‘seluruh jiwanya.’ Begitu juga dengan orang Lewi yang mengambil pimpinan untuk memuji Yehuwa. Dengan rendah hati, mereka mengakui bahawa kata-kata yang dilaungkan mereka tidak cukup untuk mengungkapkan pujian yang layak diterima oleh nama suci Yehuwa. (Neh. 9:5) Orang Lewi telah menggembirakan hati Yehuwa kerana memuji nama-Nya. w24.02 9 ¶6

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Khamis, 30 Oktober

Tidak kira apa tahap kemajuan kita, marilah kita terus maju dengan cara yang sama.​—Flp. 3:16.

Yehuwa tidak akan menyalahkan anda jika anda gagal mencapai matlamat yang di luar kemampuan anda. (2 Kor. 8:12) Belajarlah daripada kegagalan. Ingatlah apa yang sudah anda capai. Bible kata, “[Tuhan] tidak melupakan kerja yang telah kamu lakukan.” (Ibr. 6:10) Jika begitu, anda pun tidak patut melupakan apa yang sudah anda capai, seperti memupuk persahabatan dengan Yehuwa, mengongsi kebenaran dengan orang, atau dibaptis. Anda pernah membuat kemajuan dan mencapai matlamat rohani pada masa lalu, jadi anda pasti dapat terus membuat kemajuan dan mencapai matlamat yang seterusnya. Dengan bantuan Yehuwa, anda dapat melakukannya. Seraya anda berusaha untuk mencapai matlamat rohani anda, perhatikanlah bagaimana Yehuwa membantu dan memberkati usaha anda sepanjang perjalanan rohani anda. (2 Kor. 4:7) Jika anda tidak putus asa, anda akan menerima berkat yang jauh lebih besar.​—Gal. 6:9. w23.05 31 ¶16-18

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi