LAGU 100
Sambutlah Mereka dengan Ramah
Edisi Cetak
1. Yah sambut orang dengan ramah mesra.
Dia jaga semua dengan saksama.
Hujan dan suria
diterima semua;
Kita puas hati, gembira.
Mari kita tiru kebaikan Yah,
Sambut mereka yang dipandang rendah.
Kita akan dapat
perkenan Yehuwa
Kerana kebaikan kita.
2. Kita ingin bantu sesiapa saja,
Walaupun kita tak kenal mereka.
Kita sambut semua
dengan ramah mesra,
Tanpa mengharapkan balasan.
Jemputlah mereka ke rumah kita;
Bermurah hatilah seperti Lidia.
Perbuatan kita
yang belas kasihan
Akan menggembirakan Tuhan.
(Lihat juga Kis. 16:14, 15; Rm. 12:13; 1 Tim. 3:2; Ibr. 13:2; 1 Ptr. 4:9.)