PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 34
  • Bagaimanakah Kita Menunjukkan Kasih kepada Yehuwa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Kita Menunjukkan Kasih kepada Yehuwa?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Kasih Setia Yehuwa—Manfaatnya bagi Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bagaimanakah Anda Dapat Menjadi Sahabat Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Adakah Anda Menghargai Sifat Kasih yang Setia seperti Yehuwa?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Kasih Tuhan Kekal Abadi
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 34
Pelajaran 34. Seorang lelaki di kawasan bandar memandang ke atas sambil berfikir.

PELAJARAN 34

Bagaimanakah Kita Menunjukkan Kasih kepada Yehuwa?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Sejak anda mula belajar Bible, adakah anda rasa lebih dekat dengan Tuhan? Adakah anda ingin terus menghampiri-Nya? Jika ya, ingatlah bahawa semakin dalam kasih anda kepada Tuhan, semakin Dia mengasihi anda. Tapi, bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih anda kepada Tuhan?

1. Bagaimanakah kita dapat memperlihatkan kasih kepada Yehuwa?

Kita menunjukkan kasih kepada Yehuwa dengan mematuhi-Nya. (Baca 1 Yohanes 5:3.) Tetapi Yehuwa tidak memaksa kita untuk berbuat demikian. Bible kata bahawa Tuhan mahu kita mematuhi-Nya “dengan rela hati.” (Roma 6:17) Dia memberi kita peluang untuk memilih sama ada kita mahu mendengar cakap-Nya atau tidak. Bahagian 3 dan 4 dalam buku ini akan mengajar kita hal-hal yang menyenangkan hati Yehuwa dan yang dibenci-Nya. Apabila kita mematuhi perintah-Nya, kita menunjukkan kita mengasihi-Nya.

2. Mengapakah ada kalanya susah untuk menunjukkan kasih kepada Yehuwa?

Bible kata, “Orang yang melakukan apa yang benar mengalami banyak kesusahan.” (Mazmur 34:19) Kita semua tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Kita juga mungkin menghadapi masalah kewangan, dilayan dengan tidak adil, atau menghadapi cabaran lain. Ini boleh buat kita susah mematuhi Yehuwa dan ingin mengikut cara sendiri. Tetapi jika anda mematuhi Yehuwa biarpun tidak senang, anda menunjukkan anda setia dan mengasihi-Nya lebih daripada segala-galanya. Yakinlah, jika anda setia kepada Tuhan, Dia juga akan setia kepada anda. Dia tidak akan meninggalkan anda.​—Baca Mazmur 4:3.

KETAHUILAH

Belajar mengapa Yehuwa gembira apabila anda mematuhi-Nya dan bagaimana anda dapat tetap setia kepada-Nya.

3. Isu yang melibatkan anda

Dalam buku Ayub, Syaitan melontarkan tuduhan terhadap Ayub dan semua orang yang mahu menyembah Yehuwa. Baca Ayub 1:1, 6–2:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut Syaitan, mengapakah Ayub mahu mematuhi Yehuwa?—Lihat Ayub 1:9-11.

  • Apakah tuduhan Syaitan terhadap semua manusia, termasuk anda?—Lihat Ayub 2:4.

Baca Ayub 27:5b, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah Ayub menunjukkan dia betul-betul mengasihi Yehuwa?

Syaitan mencabar Yehuwa. Dia menuduh Ayub tidak menyembah Tuhan dengan ikhlas. Terdapat gambar Ayub yang dijangkiti bisul dan seorang penyembah Yehuwa pada zaman moden.

Kesetiaan Ayub membuktikan kasihnya kepada Yehuwa

Kesetiaan kita juga membuktikan kasih kita kepada Yehuwa

4. Gembirakanlah hati Yehuwa

Baca Amsal 27:11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perasaan Yehuwa apabila anda bertindak dengan bijak dan mematuhi-Nya? Mengapa?

5. Anda dapat tetap setia kepada Yehuwa

Biarpun menghadapi cabaran, kasih kepada Yehuwa menggerakkan kita untuk menginjil tentang-Nya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Membela Iman meskipun Ditentang (5:09)

  • Pernahkah anda rasa susah untuk beritahu orang lain tentang Yehuwa?

  • Dalam video ini, apakah yang membantu Grayson mengatasi perasaan takut?

Kita akan rasa lebih senang untuk setia kepada Yehuwa jika kita mengasihi apa yang dikasihi-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya. Baca Mazmur 97:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Berdasarkan apa yang sudah anda pelajari, apakah sesetengah hal yang Yehuwa kasihi dan benci?

  • Bagaimanakah kita dapat memupuk kasih terhadap apa yang baik dan membenci apa yang jahat?

6. Berkat kerana mematuhi Yehuwa

Kita mendapat banyak manfaat apabila mentaati Yehuwa. Baca Yesaya 48:17, 18, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda yakin bahawa Yehuwa selalu tahu apa yang terbaik bagi anda? Mengapa?

  • Apakah manfaat yang anda peroleh sejak mula belajar Bible dan mengenali Yehuwa, Tuhan yang benar?

ORANG MUNGKIN TANYA: “Adakah perbuatan saya betul-betul dapat menggembirakan Tuhan?”

  • Apakah ayat Bible yang dapat anda tunjukkan untuk menjelaskan bahawa perbuatan kita mempengaruhi perasaan Yehuwa?

RINGKASAN

Anda dapat membuktikan kasih anda kepada Yehuwa dengan mematuhi-Nya dan tetap setia semasa menghadapi cabaran.

Ulang Kaji

  • Apakah yang anda belajar daripada contoh Ayub?

  • Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa?

  • Apakah yang dapat membantu anda setia kepada Yehuwa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat bagaimana anda dapat setia kepada Yehuwa dan sidang.

“Engkau Setia kepada Orang yang Setia” (16:49)

Ketahui lebih banyak tentang tuduhan yang dilontarkan Syaitan terhadap manusia.

“Ayub Berpegang pada Integritinya” (Bible​—Apakah Mesejnya? bahagian 6)

Perhatikan bagaimana orang muda dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa.

Gembirakan Hati Yehuwa (8:16)

Bagaimanakah kaum muda dapat mengekalkan kesetiaan kepada Tuhan semasa menghadapi tekanan rakan sebaya?

Lawanlah Tekanan Rakan Sebaya! (4:00)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi