PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w18 Julai ms. 32
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menjaga Kedamaian dan Kebersihan Sidang
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
w18 Julai ms. 32

Pertanyaan Pembaca

Jika seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan suami isteri berdua-duaan semalaman tanpa sebab yang munasabah, adakah perbuatan mereka merupakan dosa yang memerlukan tindakan jawatankuasa pengadilan?

Dua kereta yang terletak di luar sebuah apartmen pada waktu malam

Ya. Jika mereka berdua-duaan semalaman tanpa sebab yang munasabah, jawatankuasa pengadilan akan dibentuk kerana situasi itu dapat dijadikan bukti bahawa mereka telah melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral.​—1 Kor. 6:18.

Dalam setiap situasi, badan penatua akan meneliti faktor-faktor yang terlibat semasa menentukan sama ada jawatankuasa pengadilan perlu dibentuk atau tidak. Contohnya, adakah mereka sedang berdating? Pernahkah mereka ditegur berkenaan cara mereka memperlakukan satu sama lain? Mengapakah mereka bermalam bersama? Adakah hal itu dirancang? Di manakah mereka tidur? Adakah mereka mempunyai pilihan lain, atau adakah mereka terpaksa bermalam bersama-sama kerana kecemasan, perkara yang tidak diduga, atau situasi yang di luar kawalan mereka? (Pkh. 9:11) Oleh sebab setiap situasi berbeza, mungkin terdapat perkara lain yang perlu dipertimbangkan oleh para penatua.

Setelah mengenal pasti semua maklumat yang terlibat, badan penatua akan memutuskan sama ada jawatankuasa pengadilan perlu dibentuk atau tidak.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi