Adakah Anda Menggunakan Buku Kecil Perbincangan dan Buku “Bertukar Fikiran”?
1. Bagaimanakah hawari Paulus dan Yesus mengajar orang lain?
1 Hawari Paulus berusaha untuk menaakul berdasarkan ayat-ayat Bible. (Kis. 17:2, 3; 18:19) Dia telah meneladani Yesus yang sering memetik ayat-ayat Bible dan menggunakan perumpamaan untuk membantu para pendengarnya memahami kehendak Tuhan. (Mat. 12:1-12) Buku kecil Cara Memulakan dan Meneruskan Perbincangan Bible dan buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning From the Scriptures) telah disediakan untuk membantu kita berbuat demikian.
2. Bagaimanakah kita dapat menggunakan buku kecil Perbincangan untuk menyediakan penyampaian yang berkesan?
2 Menyediakan Penyampaian yang Berkesan: Pada muka surat 3-11, buku kecil Perbincangan mengandungi penyampaian-penyampaian yang membangkitkan minat. Apabila anda mempelajari dan menggunakan penyampaian yang berbeza, anda akan mempunyai banyak topik perbincangan untuk aktiviti penyebaran, terutamanya bagi kawasan penyebaran yang sering dikunjungi. Anda juga akan menjadi lebih mahir dan berkesan dalam memulakan perbualan. Penyampaian-penyampaian ini boleh dibacakan terus daripada buku kecil Perbincangan semasa menjalankan kerja penyebaran melalui telefon atau semasa menggunakan interkom di bangunan-bangunan yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.
3. Apakah yang terdapat dalam buku kecil Perbincangan, muka surat 12-18 yang dapat membantu kita dalam aktiviti penyebaran?
3 Mengatasi Penghalang Perbualan: Cuba fikirkan beberapa penghalang perbualan yang sering timbul di kawasan penyebaran anda. Sebelum kerja penyebaran, luangkan beberapa minit untuk mengkaji cadangan-cadangan dalam buku kecil Perbincangan, muka surat 12-18 tentang apa yang boleh kita katakan.
4. Bagaimanakah kita dapat menggunakan buku “Bertukar Fikiran” semasa soalan atau subjek yang kontroversial dikemukakan?
4 Menjawab Soalan: Buku “Bertukar Fikiran” juga dapat membantu kita apabila seseorang mengemukakan soalan atau subjek yang sering dipertikaikan, iaitu subjek yang kontroversial. Anda boleh mengatakan bahawa anda ingin menunjukkannya sesuatu yang menarik tentang subjek itu lalu mengeluarkan buku “Bertukar Fikiran” anda. Lihat tajuk utama yang anda rasa mengandungi maklumat yang diperlukan. Subjek-subjek itu disenaraikan mengikut susunan abjad. Kemudian, secara sepintas lalu, lihat soalan-soalan yang dicetak dalam huruf tebal. Jika anda tidak dapat menemui apa yang sedang dicari, rujuk bahagian indeks di belakang buku. Apabila anda menemui maklumat yang sesuai, bacakan maklumat tersebut terus daripada buku itu. Jika anda sedang membincangkan suatu ayat Bible, anda mungkin menemui maklumat yang berguna pada muka surat 445 di bawah tajuk “Ayat-ayat yang Sering Disalahtafsirkan.”
5. Apakah kegunaan lain buku “Bertukar Fikiran” dan buku kecil Perbincangan?
5 Kegunaan Lain: Sesetengah penyiar menyimpan buku “Bertukar Fikiran” di tempat kerja atau di sekolah untuk digunakan semasa menjawab soalan-soalan seperti “Mengapakah anda tidak menyambut hari perayaan?” Semasa menyiapkan tugasan sekolah, kaum muda juga mendapati maklumat di bawah tajuk “Penciptaan” dan “Evolusi” adalah berguna. Adakah anda akan menziarahi seseorang yang sakit atau yang sedang bersedih atas kematian orang kesayangannya? Anda mungkin boleh menggunakan bahan di bawah tajuk “Anjuran” untuk membawakannya kelegaan hati daripada Bible. Buku “Bertukar Fikiran” dan buku kecil Perbincangan juga mengandungi maklumat yang dapat membantu mereka yang menyiapkan tugasan atau mengendalikan perjumpaan sebelum kerja penyebaran.
6. Apakah matlamat kita semasa menjalankan kerja penyebaran?
6 Matlamat kita semasa menjalankan kerja penyebaran bukanlah untuk menunjukkan bahawa kita pandai bertikam lidah dan juga bukan sekadar menyampaikan maklumat. Kita ingin mahir menaakul berdasarkan ayat-ayat Bible. Seraya kita memanfaatkan buku “Bertukar Fikiran” dan buku kecil Perbincangan, kita menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi perhatian pada ajaran kita.—1 Tim. 4:16.