PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/11 ms. 3-6
  • Aturan demi Manfaat Keluarga

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Aturan demi Manfaat Keluarga
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Penyembahan Keluarga​—Jadikannya Lebih Menyeronokkan
    Menara Pengawal—2014
  • Apakah Itu Penyembahan Keluarga?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Pembelajaran Bible Peribadi dan Keluarga Amatlah Penting!
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Cadangan bagi Penyembahan Keluarga dan Pembelajaran Peribadi
    Menara Pengawal—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2011
km 1/11 ms. 3-6

Aturan demi Manfaat Keluarga

1. Bagaimanakah keluarga Israel mendapat manfaat dengan menyambut hari Sabat setiap minggu?

1 Yehuwa menyuruh orang Israel menyambut hari Sabat, aturan yang pengasih ini telah mendatangkan manfaat kepada keluarga mereka. Pada hari Sabat, orang Israel berhenti bekerja dan meluangkan masa untuk merenungkan kebaikan Yehuwa dan hubungan mereka dengan-Nya. Ibu bapa berpeluang mengajar anak-anak berulang kali supaya Hukum Musa tertanam di hati mereka. (Ul. 6:6, 7) Hari Sabat setiap minggu merupakan masa bagi umat Tuhan untuk bertumpu pada hal-hal rohani.

2. Apakah sifat Yehuwa yang disingkapkan menerusi aturan Sabat?

2 Meskipun Yehuwa tidak lagi menghendaki keluarga Kristian mematuhi aturan Sabat, hukum ini mengajar kita bahawa Tuhan kita betul-betul prihatin dengan keadaan rohani umat-Nya. (Yes. 48:17, 18) Dewasa ini, salah satu cara Yehuwa memperlihatkan keprihatinan dan kasih-Nya adalah menerusi malam Penyembahan Keluarga.

3. Apakah tujuan malam Penyembahan Keluarga?

3 Apakah Tujuan Malam Penyembahan Keluarga? Bermula Januari 2009, Kumpulan Pembelajaran Buku, Sekolah Penyebaran Teokratik, dan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran diadakan pada petang yang sama. Perubahan ini dibuat agar seisi keluarga dapat mengekhaskan satu malam setiap minggu untuk mengadakan penyembahan keluarga. Dengan ini, kerohanian sekeluarga dapat dikuatkan. Seboleh-bolehnya, setiap keluarga digalakkan untuk mengadakan pembelajaran keluarga pada malam yang dahulunya digunakan untuk pembelajaran buku. Mereka juga boleh meluangkan masa yang secukupnya untuk perbincangan dan pembelajaran Bible yang disesuaikan dengan keperluan keluarga.

4. Adakah masa perbincangan keluarga terhad kepada satu jam sahaja? Jelaskan.

4 Sebelum ini, persiapan untuk menghadiri Kumpulan Pembelajaran Buku yang panjangnya satu jam menelan banyak masa. Kita perlu berdandan, bertolak dari rumah, dan sebagainya. Jadual perjumpaan yang baru membolehkan kita menyembah Yehuwa pada malam itu bersama dengan keluarga. Maka, kita tidak perlu mengehadkan masa malam Penyembahan Keluarga kita kepada satu jam sahaja. Sebaliknya, kita patut memikirkan keperluan dan keterbatasan keluarga kita semasa menentukan tempoh masanya.

5. Adakah malam ini hanya untuk perbincangan secara berkumpulan? Jelaskan.

5 Adakah Malam Ini Hanya untuk Perbincangan Secara Berkumpulan? Apabila suami isteri atau ibu bapa dengan anak membincangkan topik Bible bersama-sama, mereka dapat saling menggalakkan. (Rm. 1:12) Hasilnya, ikatan keluarga bertambah erat. Oleh itu, malam Penyembahan Keluarga harus berpusat pada perbincangan topik Bible. Namun, setiap ahli keluarga juga boleh melakukan pembelajaran peribadi. Misalnya, selepas perbincangan secara berkumpulan, ahli-ahli keluarga tidak perlu bersurai dengan serta-merta. Secara berasingan, mereka boleh menghabiskan persiapan untuk perjumpaan atau membaca majalah-majalah. Ada keluarga yang tidak memasang televisyen sepanjang malam itu.

6. Bagaimanakah perbincangan ini dikendalikan?

6 Bagaimanakah Perbincangan Ini Dikendalikan? Perbincangan ini tidak semestinya selalu sesi soal jawab. Agar dapat menjadikan malam Penyembahan Keluarga lebih menarik, banyak keluarga mengadakannya seperti perjumpaan kita pada pertengahan minggu. Perbincangan mereka terbahagi kepada beberapa bahagian yang dikendalikan dalam pelbagai cara. Contohnya, mereka mungkin akan membaca Bible bersama-sama, menyiapkan sebahagian maklumat bagi perjumpaan, dan mengadakan sesi latihan untuk aktiviti penyebaran. Muka surat 6 menyediakan beberapa cadangan.

7. Apakah suasana yang patut diwujudkan oleh ibu bapa?

7 Apakah Suasana yang Patut Diwujudkan oleh Ibu Bapa? Suasana yang tenang dan bercirikan kasih paling sesuai untuk proses pembelajaran keluarga anda. Adakalanya, anda boleh belajar di luar rumah jika cuaca baik. Rehatlah sebentar jika perlu. Sesetengah keluarga menikmati hidangan ringan selepas program. Ibu bapa patut mengelak daripada memarahi atau mendisiplinkan anak semasa malam Penyembahan Keluarga. Namun, mereka mungkin perlu meluangkan masa untuk membincangkan kecenderungan atau masalah yang diperhatikan oleh mereka dalam diri anak-anak. Agar tidak memalukan seseorang anak di hadapan adik-beradiknya, adalah baik untuk membincangkan isu-isu yang sensitif dengannya secara peribadi pada masa lain. Malam Penyembahan Keluarga patut mencerminkan ‘Tuhan kita yang gembira,’ dan tidak sepatutnya membosankan atau terlalu serius.—1 Tim. 1:11, NW.

8, 9. Apakah persiapan yang perlu dilakukan oleh ketua keluarga?

8 Apakah Persiapan yang Boleh Dilakukan oleh Ketua Keluarga? Keluarga akan meraih faedah terbesar sekiranya ketua keluarga membuat persiapan bagi malam Penyembahan Keluarga terlebih dahulu. Dia boleh menentukan bahan yang akan dibincangkan dan cara yang terbaik untuk melakukannya. (Ams. 21:5) Suami digalakkan untuk membincangkan hal ini dengan isterinya. (Ams. 15:22) Ketua keluarga sekalian, cubalah mendapatkan buah fikiran anak-anak anda. Dengan ini, anda dapat mengetahui hal-hal yang menarik minat atau yang merunsingkan mereka.

9 Biasanya, ketua keluarga tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk membuat persiapan. Dia tidak perlu asyik menyediakan program yang baru kerana keluarganya mungkin menggemari sesetengah aktiviti yang boleh diadakan setiap minggu, seperti pembacaan Bible. Adalah baik juga untuk membuat persiapan selepas setiap pembelajaran ketika keperluan rohani keluarganya masih segar dalam ingatan. Sesetengah ketua keluarga menyediakan atur cara yang ringkas lalu menampalkannya di tempat yang mudah dilihat, misalnya pada peti sejuk. Dengan ini, dia dapat membangkitkan minat keluarganya dan memberikan masa kepada mereka untuk membuat persiapan jika perlu.

10. Bagaimanakah mereka yang tinggal bersendirian dapat menggunakan malam Penyembahan Keluarga?

10 Bagaimana Pula jika Saya Tinggal Bersendirian? Mereka yang tinggal bersendirian boleh menggunakan malam Penyembahan Keluarga untuk membuat pembelajaran peribadi. Biasanya, dalam program pembelajaran peribadi yang baik, seseorang harus membuat persediaan untuk perjumpaan dan membaca Bible, majalah pembelajaran, serta majalah berita. Sesetengah penyiar juga membuat projek pembelajaran tambahan. Sekali-sekala, mereka juga boleh menjemput penyiar atau keluarga yang lain untuk menyertai mereka dalam perbincangan Bible yang bermakna.

11, 12. Nyatakan beberapa manfaat yang akan diperoleh sekiranya malam Penyembahan Keluarga diadakan dengan tetap.

11 Apakah Manfaatnya jika Anda Mengadakan Malam Penyembahan Keluarga Secara Tetap? Menyertai penyembahan sejati dengan sepenuh hati mendekatkan seseorang dengan Yehuwa. Selain itu, keluarga yang menyembah Yehuwa bersama-sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Sepasang suami isteri menuliskan berkat-berkat yang dinikmati, “Sebagai suami isteri yang merintis dan tidak mempunyai anak, kami menantikan malam Penyembahan Keluarga dengan berdebar-debar. Kami merasakan bahawa hubungan kami berdua semakin rapat, dan kami juga bertambah akrab dengan Bapa kami yang di syurga. Semasa kami bangun dari tidur pada hari yang dijadualkan untuk mempelajari Bible bersama-sama, kami akan berkata kepada satu sama lain, ‘Cuba teka malam ini malam apa? Malam Penyembahan Keluarga!’”

12 Aturan malam penyembahan keluarga juga dapat membantu keluarga-keluarga yang sibuk. Seorang perintis biasa yang juga ibu tunggal yang sedang membesarkan dua orang anak lelaki menulis, “Dulu, pembelajaran keluarga kami tidak tetap kerana saya letih. Saya langsung tidak dapat meluangkan masa untuknya. Jadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas aturan malam Penyembahan Keluarga. Kini, pembelajaran keluarga kami diadakan dengan tetap dan kami sedang mendapat manfaatnya.”

13. Apakah yang menentukan seberapa banyak manfaat rohani yang dapat dituai oleh keluarga anda daripada aturan ini?

13 Seperti aturan Sabat, malam Penyembahan Keluarga dikurniakan oleh Bapa kita yang di syurga demi manfaat keluarga. (Yak. 1:17) Cara orang Israel menggunakan hari Sabat menentukan seberapa banyak manfaat rohani yang diperoleh keluarga mereka. Begitu juga, cara kita menggunakan malam yang dikhaskan untuk penyembahan keluarga akan menentukan seberapa banyak manfaat rohani yang dapat dituai oleh keluarga kita. (2 Kor. 9:6; Gal. 6:7, 8; Kol. 3:23, 24) Dengan menggunakan aturan ini secara bijak, keluarga anda boleh berkata seperti penulis mazmur, ‘Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Tuhan. Aku mendapat perlindungan daripada Yehuwa.’—Mzm. 73:28.

[Blurb pada muka surat 5]

Malam Penyembahan Keluarga patut mencerminkan Tuhan kita yang gembira, dan tidak sepatutnya membosankan atau terlalu serius

[Kotak pada muka surat 6]

SIMPAN

Cadangan untuk Malam Penyembahan Keluarga

Bible:

• Baca sebahagian daripada pembacaan Bible mingguan. Jika sesuai, seorang boleh membaca kisahnya, dan yang lain boleh membaca kata-kata watak yang berbeza.

• Lakonkan sebahagian daripada pembacaan Bible.

• Minta setiap ahli keluarga untuk membaca beberapa bab Bible terlebih dahulu dan mencatatkan satu atau dua soalan yang ingin dikaji. Kemudian, buatlah penyelidikan bersama-sama.

• Setiap minggu, tuliskan satu ayat Bible pada sekeping kad. Cuba menghafal dan menjelaskannya. Kumpulkan kad-kad ini dan ulang kajinya setiap minggu untuk menguji ingatan anda.

• Ikuti pembacaan Bible sambil mendengar rakaman audio.

Perjumpaan:

• Bersama-sama menyediakan sebahagian maklumat bagi perjumpaan.

• Berlatih menyanyikan lagu-lagu teokratik yang dijadualkan untuk minggu yang akan datang.

• Jika seseorang diberi tugasan untuk Sekolah Penyebaran Teokratik atau demonstrasi dalam Perjumpaan Aktiviti Penyebaran, bincangkan cara menyampaikannya atau adakan sesi latihan di hadapan keluarga.

Keperluan Keluarga:

• Bincang maklumat daripada buku “Pertanyaan Kaum Muda” atau buku “Guru Agung.”

• Adakan sesi latihan tentang cara menangani situasi yang mungkin timbul di sekolah.

• Ibu bapa dan anak bertukar peranan semasa sesi latihan. Anak-anak akan menyelidiki suatu subjek dan menaakul dengan ibu bapa.

Aktiviti Penyebaran:

• Sediakan dan berlatih penyampaian untuk digunakan pada hujung minggu.

• Bincang dan tetapkan matlamat yang berpatutan bagi seisi keluarga agar mereka dapat lebih bergiat dalam kerja penyebaran sepanjang musim Peringatan atau masa cuti.

• Beri setiap orang beberapa minit untuk menyelidiki cara menjawab soalan yang mungkin timbul semasa aktiviti penyebaran. Kemudian adakan sesi latihan.

Cadangan Tambahan:

• Baca bersama sebuah rencana daripada majalah terkini.

• Tugaskan setiap ahli keluarga untuk memilih sebuah rencana yang menarik minat mereka dalam majalah terkini dan membacanya terlebih dahulu. Kemudian, minta mereka untuk memberikan ulasan.

• Kadangkala, jemput seorang penyiar atau pasangan untuk menyertai malam Penyembahan Keluarga anda dan mendengar pengalaman mereka.

• Tontoni dan bincang salah satu program video kita.

• Bincang rencana “Kaum Muda Bertanya” atau “Untuk Tinjauan Keluarga” daripada majalah berita.

• Bincang rencana “Ajarlah Anak Anda” atau “Untuk Kaum Muda” daripada majalah pembelajaran.

• Baca dan bincang sebahagian maklumat daripada “Buku Tahunan” terkini atau terbitan baru semasa kovensyen distrik yang lalu.

• Ulang kaji isi-isi penting selepas menghadiri konvensyen atau perhimpunan.

• Perhatikan ciptaan Yehuwa dan bincang apa yang kita pelajari tentang Yehuwa menerusinya.

• Lakukan satu projek bersama-sama, misalnya membuat model, peta, atau carta.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi