PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/12 ms. 2
  • Menginjil di Kawasan Perniagaan dengan Yakin

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menginjil di Kawasan Perniagaan dengan Yakin
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menginjil di Kawasan Perniagaan
    Kerja Teokratik Kita—2015
  • Aturan Baru untuk Kesaksian di Tempat Awam
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Kesaksian Tidak Formal yang Berkesan
    Kerja Teokratik Kita—2011
Kerja Teokratik Kita—2012
km 3/12 ms. 2

Menginjil di Kawasan Perniagaan dengan Yakin

1. Mengapakah kita tidak harus berasa takut ketika menyebar di kawasan perniagaan?

1 Adakah perasaan takut menyelubungi anda semasa menginjil di kawasan perniagaan? Jika begitu, jangan berputus asa. Walaupun Paulus tidak mengenal takut, namun dia masih perlu memupuk keberanian untuk menginjil. (1 Tes. 2:2) Kita akan membincangkan beberapa cabaran dan cara-cara untuk mengatasinya.

2. Mengapakah kita tidak perlu risau tentang reaksi pekerja?

2 Adakah Saya Sedang Mengganggu Pekerja? Pekerja-pekerja biasanya perlu melayan pelanggan. Maka mereka tidak kisah jika diganggu, malah anda mungkin dipandang sebagai pelanggan mereka. Dengan berpakaian kemas dan bersikap ramah anda mungkin mendapat layanan yang baik daripada mereka.

3. Bagaimanakah kita boleh memastikan kita tidak mengganggu para pelanggan?

3 Patutkah Saya Menginjil di Depan Ramai Pelanggan? Pilihlah masa yang sesuai ketika kedai kurang dikunjungi pelanggan. Contohnya, ketika mereka memulakan perniagaan. Tunggulah sehingga pengurus atau pekerja bersendirian. Pastikan penyampaian anda singkat.

4. Apakah yang boleh kita katakan semasa menginjil di kawasan perniagaan?

4 Apakah yang Harus Saya Katakan? Anda boleh berjumpa dengan pengurus kedai atau pejabat dan berkata, “Ramai orang tiada di rumah kerana sedang bekerja. Maka, kami melawat anda di sini. Anda mungkin sibuk, jadi saya tidak akan ambil banyak masa.” Lebih baik jika kita tidak menyebut tentang sumbangan sukarela supaya kita tidak disalah anggap sebagai jurujual, kecuali apabila ditanya. Bergantung pada keadaan, anda boleh meminta izin pengurus untuk bercakap dengan pekerja lain. Gunakan penyampaian yang sama. Jika mereka sibuk, singkatkan penyampaian anda dan tinggalkan sehelai risalah. Jika kita tidak dibenarkan untuk menginjil kepada pekerja lain, tinggalkan bahan bacaan di ruang menunggu atau bilik rehat pekerja.

5. Mengapakah kita dapat menyebar di kawasan perniagaan dengan yakin?

5 Anda boleh menyebar di kawasan perniagaan dengan yakin seperti Yesus dan Paulus. (Mat. 4:18-21; 9:9; Kis. 17:17) Berdoalah kepada Yehuwa untuk mendapat ketenangan hati dan keberanian. (Kis. 4:29) Sebenarnya, kita menemui lebih banyak orang di kawasan perniagaan. Maka, rebutlah peluang agar dapat menuai hasil yang baik!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi