Kaum Muda Bertanya—Apa yang akan Aku Lakukan dalam Hidupku? (Bahagian 1)
Seraya orang muda meningkat dewasa, mereka perlu membuat keputusan yang penting. Video “Kaum Muda Bertanya—Apa yang akan Aku Lakukan dalam Hidupku?” (Young People Ask—What Will I Do With My Life?) boleh membantu mereka. Di menu utama (main menu), pilih Mainkan Drama (Play Drama), dan cuba menjawab soalan dalam perenggan 2. Kemudian, pilih Temu Ramah (Interviews) pada menu utama lalu pilih Mengimbas Kembali (Looking Back), dan cuba jawab soalan-soalan di perenggan 3.
Drama: (1) Apakah persamaan Timotius dengan muda-mudi Kristian hari ini? (2) Bagaimanakah Andre didesak supaya cemerlang dalam bidang olahraga? (3) Apakah yang dikatakan oleh Saudara Fleissig kepada Andre berkenaan (a) membaktikan diri kepada Yehuwa dan kepada bidang sukan? (Mat. 6:24) (b) sumber kebahagiaan sejati? (c) mangkuknya dari kem konsentrasi mengingatkannya tentang apa? (d) orang yang bergambar dengan dia dan isterinya? (e) sama ada dia menyesal kerana melepaskan impiannya? (Flp. 3:8) (4) Bagaimanakah nenek Andre menjawab soalannya, “Adakah salah jika saya ingin menjadi pelari yang terkenal?” (Luk. 4:5-7) (5) Adakah Andre betul-betul puas hati setelah memenangi perlumbaan? (6) Surat terakhir Saudara Fleissig kepada Andre meninggalkan kesan apa terhadap anda? (Ams. 10:22) (7) Saudara Fleissig membantu Andre untuk menyedari apa?
Mengimbas Kembali (Looking Back): (8) Apakah kerjaya-kerjaya yang dikejar oleh saudara dan saudari tersebut? Mengapa? (9) Sejauh manakah pencapaian mereka? (10) Apakah titik perubahan dalam hidup masing-masing? (2 Kor. 5:15) (11) Apakah kerjaya teokratik yang telah menggantikan kerjaya sekular mereka? Mengapakah mereka berasa bahawa mereka tidak boleh mengejar kedua-duanya? (12) Adakah mereka menyesal kerana telah mengubah tumpuan hidup? (13) Apakah kata-kata mereka yang khasnya membuat anda berfikir tentang apa yang ingin anda lakukan dengan hidup?
Sila tonton temu ramah yang lain dan Bahan Tambahan (Supplementary Material) sebagai persiapan untuk perbincangan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran pada minggu depan.