PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr16 September ms. 1
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2016)
  • Tajuk Kecil
  • 5-11 SEPTEMBER
  • 12-18 SEPTEMBER
  • 19-25 SEPTEMBER
  • 26 SEPTEMBER–2 OKTOBER
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2016)
mwbr16 September ms. 1

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

5-11 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 119

Mencari Permata Rohani

(Mazmur 119:71) Memang baik Engkau menghukum aku, supaya aku memahami perintah-Mu.

w06-E 1/9 14 ¶4

Sorotan daripada Mazmur Buku Kelima

119:71—Apakah manfaatnya apabila kita dihukum, atau menderita? Penderitaan mengajar kita untuk lebih bersandar pada Yehuwa, berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh, serta menyelidiki dan menerapkan ajaran Bible dengan lebih tekun. Selain itu, penderitaan dapat mendedahkan kelemahan kita agar kita dapat memperbaik keperibadian kita. Kita tidak akan menjadi marah dan kecewa jika kita membenarkan penderitaan untuk memperbaik sifat kita.

12-18 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 120-134

Mencari Permata Rohani

(Mazmur 123:2) Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya, dan seorang hamba perempuan kepada puannya, demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya Yehuwa, Tuhan kami, sehingga Engkau mengasihani kami.

w06-E 1/9 15 ¶4

Sorotan daripada Mazmur Buku Kelima

123:2—Apakah maksud perumpamaan dalam ayat ini? Terdapat dua sebab seorang hamba bergantung pada tuannya: Untuk mengenal pasti kehendak tuannya dan untuk memperoleh perlindungan serta keperluan hidup. Begitu juga, kita bersandar pada Yehuwa untuk mengetahui kehendak-Nya dan memperoleh perkenan-Nya.

19-25 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 135-141

Mencari Permata Rohani

(Mazmur 141:5) Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik, tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahat kerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.

w15-E 15/4 31 ¶1

Mengapakah Penyingkiran ialah Aturan yang Pengasih?

Untuk membantu orang yang disingkirkan, kita harus tegas dan menunjukkan kasih. Pemazmur Daud menulis, “Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik.” (Mzm. 141:5) Sebagai contoh, bayangkan seseorang sedang mengembara ketika musim sejuk. Dia terlalu penat dan tidak mampu berjalan lagi. Suhu badannya sangat rendah dan dia berasa mengantuk. Jika dia tertidur dalam keadaan yang sejuk itu, dia akan mati. Sementara menunggu pasukan penyelamat datang, temannya kadangkala menampar mukanya supaya dia tidak tertidur. Tamparan itu mungkin menyakitinya, tetapi dapat menyelamatkan hidupnya. Begitu juga, Daud mengakui bahawa dia perlu menerima teguran daripada orang yang melakukan apa yang benar demi kebaikannya sendiri.

26 SEPTEMBER–2 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 142-150

Mencari Permata Rohani

(Mazmur 143:8) Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu, kerana aku berharap kepada-Mu. Aku berdoa kepada-Mu; tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.

w10-E 15/1 21 ¶1-2

Gunakan Setiap Hari dalam Kehidupan untuk Memuliakan Tuhan

DAUD berdoa kepada Yehuwa, “Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu, . . . tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.” (Mzm. 143:8) Ketika anda bangun dan bersyukur kepada Yehuwa atas kurniaan kehidupan, adakah anda meniru teladan Daud dan memohon Yehuwa untuk membimbing anda semasa membuat keputusan dan supaya anda dapat bertindak dengan bijak? Anda pasti berbuat demikian.

Sebagai hamba Yehuwa yang telah membaktikan diri kepada-Nya, ‘sama ada makan, minum, atau melakukan hal-hal yang lain,’ kita mahu berusaha ‘melakukan semuanya untuk memuliakan Tuhan.’ (1 Kor. 10:31) Kita sedar bahawa cara kita menjalani kehidupan seharian dapat memuliakan atau mencela nama Yehuwa. Kita juga ingat bahawa menurut Firman Tuhan, Syaitan sedang menuduh saudara-saudara Kristus, bahkan semua hamba Tuhan di bumi, “siang dan malam.” (Why. 12:10) Maka, kita ingin bertekad untuk menjawab tuduhan Syaitan dan menggembirakan hati Yehuwa dengan berkhidmat kepada-Nya “siang dan malam.”​—Why. 7:15; Ams. 27:11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi