PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/13 ms. 2-3
  • Saudara Muda, Berusahalah untuk Berkhidmat dalam Sidang!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Saudara Muda, Berusahalah untuk Berkhidmat dalam Sidang!
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Anda Berusaha Menerima “Pekerjaan yang Baik”?
    Menara Pengawal—2014
  • Meningkatkan Usaha dalam Aktiviti Penyebaran Kita
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Pembantu Sidang Melakukan Tugas yang Penting
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Latih Saudara Untuk Memikul Tanggungjawab
    Menara Pengawal—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2013
km 7/13 ms. 2-3

Saudara Muda, Berusahalah untuk Berkhidmat dalam Sidang!

1. Bilakah saudara muda boleh mula menerapkan nasihat di 1 Timotius 3:1?

1 “Seseorang yang ingin menjadi pemimpin jemaah, dia menginginkan pekerjaan yang sangat baik.” (1 Tim. 3:1) Ayat ini menggalakkan saudara untuk berusaha melayakkan diri bagi peluang istimewa dalam sidang. Perlukah anda menunggu sehingga dewasa? Sebenarnya, anda boleh berusaha dari muda lagi. Dengan demikian, anda menerima latihan dan menunjukkan anda ingin menjadi pembantu sidang apabila dewasa nanti. (1 Tim. 3:10) Jika anda saudara muda yang dibaptis, bagaimanakah anda dapat memikul lebih banyak tanggungjawab?

2. Bagaimanakah semangat rela berkorban dapat dipupuk dan ditunjukkan?

2 Rela Berkorban: Ingatlah usaha memikul lebih banyak tanggungjawab adalah kerana anda menginginkan pekerjaan yang baik, bukan untuk mendapat gelaran. Oleh itu, pupuklah keinginan untuk membantu saudara saudari. Satu cara adalah dengan merenungkan teladan Yesus. (Mat. 20:28; Yoh. 4:6, 7; 13:4, 5) Mintalah bantuan Yehuwa untuk menunjukkan minat terhadap orang lain. (1 Kor. 10:24) Bolehkah anda membantu orang tua atau mereka yang sakit dalam sidang? Adakah anda rela melakukan kerja pembersihan di Dewan Perjumpaan? Bolehkah anda menyampaikan tugasan Sekolah Penyebaran Teokratik untuk menggantikan mereka yang tidak dapat hadir? Dengan membantu orang, anda akan menikmati sukacita.—Kis. 20:35.

3. Mengapakah kerohanian penting, dan apakah caranya untuk memupuk kerohanian?

3 Kerohanian: Kerohanian penting bagi seorang pembantu sidang. Bakat atau kebolehan tidaklah penting. Saudara yang bersifat rohani berusaha memiliki pandangan Yehuwa dan Yesus. (1 Kor. 2:15, 16) Perlihatkanlah buah daya aktif Tuhan. (Gal. 5:22, 23) Jadilah penginjil bersemangat yang mengutamakan Kerajaan Tuhan. (Mat. 6:33) Pupuklah sifat-sifat rohani melalui rutin pembelajaran peribadi seperti membaca Bible setiap hari dan membaca setiap terbitan majalah pembelajaran dan majalah berita. Membuat persediaan dan menghadiri perjumpaan juga penting. (Mzm. 1:1, 2; Ibr. 10:24, 25) Paulus menggalakkan Timotius untuk membuat kemajuan rohani dengan berkata, “Berhati-hatilah dengan . . . ajaranmu.” (1 Tim. 4:15, 16) Jadi, buatlah tugasan Sekolah Penyebaran Teokratik anda dengan sebaik mungkin. Buat persediaan dan ikut serta secara tetap dalam kerja penyebaran. Tetapkan dan berusahalah mencapai matlamat rohani seperti menjadi perintis, berkhidmat di Bethel, atau menghadiri Sekolah Bible untuk Saudara Bujang. Kerohanian akan membantu anda ‘menjauhkan diri daripada nafsu orang muda.’—2 Tim. 2:22.

4. Apakah manfaat menjadi seorang yang boleh dipercayai dan setia?

4 Boleh Dipercayai dan Setia: Pada abad pertama, sekumpulan saudara ditugaskan untuk memberi makanan kepada orang Kristian tertentu. Saudara-saudara ini memiliki nama yang baik kerana mereka boleh dipercayai dan setia. Oleh itu para rasul tidak perlu berasa risau, sebaliknya mereka dapat menumpukan perhatian pada perkara yang lebih penting. (Kis. 6:1-4) Jadi sewaktu anda mendapat tugasan, lakukanlah dengan sebaik mungkin. Tirulah Nuh yang mengikut arahan dengan teliti untuk membina bahtera. (Kej. 6:22) Kesetiaan anda dihargai oleh Yehuwa dan menunjukkan kematangan rohani anda.—1 Kor. 4:2; lihat kotak “Manfaat daripada Latihan.”

5. Mengapakah saudara muda digalakkan untuk memikul lebih banyak tanggungjawab?

5 Yehuwa sedang mempercepatkan kerja penyebaran. (Yes. 60:22) Secara purata 250,000 orang dibaptis setiap tahun. Oleh sebab ramai orang memeluk kebenaran, lebih banyak saudara berkelayakan rohani diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab di sidang. Sekarang ada banyak kerja dalam organisasi Yehuwa. (1 Kor. 15:58) Saudara muda, adakah anda berusaha untuk memikul lebih banyak tanggungjawab? Jika ya, anda memang “menginginkan pekerjaan yang sangat baik.”

[Blurb pada muka surat 2]

Oleh sebab ramai orang memeluk kebenaran, lebih banyak saudara berkelayakan rohani diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab di sidang

[Kotak pada muka surat 3]

Manfaat daripada Latihan

Saudara muda mendapat manfaat apabila penatua memberi mereka tugasan atau latihan. Seorang penyelia litar sedang duduk di pentas untuk memberikan galakan kepada penyiar selepas perjumpaan. Dia melihat seorang pemuda berdekatan. Dia bertanya sekiranya pemuda itu tunggu untuk bercakap dengannya. Pemuda itu mengatakan bahawa dia ditugaskan untuk membersihkan pentas selepas setiap perjumpaan. Walaupun ibu bapanya mahu beredar, pemuda itu masih ingin melaksanakan tugasnya. Maka penyelia litar rela beredar. Dia mengatakan, “Para penatua di sidang ini melatih saudara muda yang layak dengan memberi mereka tugasan. Jadi tidak hairanlah ramai saudara muda disyorkan sebagai pembantu sidang.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi