PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb22 Januari ms. 11
  • Kaum Muda—Curahkanlah Isi Hati Anda kepada Ibu Bapa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kaum Muda—Curahkanlah Isi Hati Anda kepada Ibu Bapa
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Hormatilah Ibu Bapa Kamu”
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Anda Dapat Menyumbang kepada Sukacita dalam Keluarga
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
  • Ibu Bapa—Bantulah Anak Anda Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 2
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
mwb22 Januari ms. 11

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kaum Muda​—Curahkanlah Isi Hati Anda kepada Ibu Bapa

Mengapakah anda harus cuba memberitahu ibu bapa apa yang anda fikirkan? (Ams 23:26) Kerana Yehuwa memberi mereka tanggungjawab untuk menjaga dan membimbing anda. (Mz 127:3, 4) Mereka tidak dapat membantu anda jika anda merahsiakan semua kerisauan anda. Anda juga tidak dapat meraih manfaat daripada pengalaman hidup mereka. Jadi perlukah anda memberitahu ibu bapa segala-galanya? Tidak semestinya, tetapi anda juga tidak patut cuba menipu mereka.​—Ams 3:32.

Bagaimanakah anda dapat bercakap kepada ibu bapa? Pilihlah masa yang sesuai bagi anda dan mereka. Jika anda tidak dapat mencari masa yang sesuai, anda boleh menulis surat untuk mengongsi perasaan anda. Bagaimana pula jika mereka ingin membincangkan sesuatu topik tetapi anda tidak? Ingatlah mereka ingin membantu anda, mereka bukanlah musuh anda. Apabila anda berusaha untuk berkomunikasi secara terbuka dengan ibu bapa, anda akan meraih manfaat untuk selama-lamanya!​—Ams 4:10-12.

SILA LIHAT VIDEO KEHIDUPAN REMAJAKU​—BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT BERCAKAP KEPADA IBU BAPA? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video “Kehidupan Remajaku—Bagaimanakah Saya Dapat Bercakap kepada Ibu Bapa?” Seorang gadis remaja memakai fon telinga dan menggunakan komputer. Dia tidak menghiraukan ibunya, yang sedang cuba bercakap dengannya.

    Apakah yang Esther dan Partik sedar tentang diri mereka?

  • Adegan daripada video “Kehidupan Remajaku—Bagaimanakah Saya Dapat Bercakap kepada Ibu Bapa?” Seorang gadis remaja bercakap dengan ibunya dan menunjukkan sesuatu di telefonnya.

    Apakah yang anda belajar daripada teladan Yesus?

  • Adegan daripada video “Kehidupan Remajaku—Bagaimanakah Saya Dapat Bercakap kepada Ibu Bapa?” Seorang ibu berehat dan meluangkan masa untuk bermain dengan anaknya.

    Bagaimanakah ibu bapa anda menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap anda?

  • Adegan daripada video “Kehidupan Remajaku—Bagaimanakah Saya Dapat Bercakap kepada Ibu Bapa?” Seorang jurulatih melakar strategi bermain bola keranjang pada sekeping papan untuk dilihat oleh pasukannya.

    Ibu bapa anda mahu anda berjaya

    Apakah prinsip-prinsip Bible yang dapat membantu anda untuk bercakap kepada ibu bapa?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi