PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 20 ms. 23
  • Kata-Kata Penutup yang Berkesan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kata-Kata Penutup yang Berkesan
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Penggunaan Ayat Bible Dijelaskan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Berusaha Mencapai Hati
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Menjelaskan Nilai Praktikal
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Isi Utama Ditonjolkan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
Lihat Selanjutnya
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 20 ms. 23

PELAJARAN 20

Kata-Kata Penutup yang Berkesan

Ayat rujukan Bible

Pengkhutbah 12:13, 14

RINGKASAN: Gunakan kata-kata penutup yang mendorong pendengar untuk menerima dan melakukan apa yang dipelajari.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Kaitkan kata-kata penutup anda dengan topik utama. Ulangi atau rumuskan isi-isi utama dan tema anda.

  • Galakkan pendengar. Tunjukkan apa yang harus dilakukan dan berikan sebab yang baik untuk bertindak. Berucap dengan yakin dan bersungguh-sungguh.

  • Pastikan kata-kata penutup anda ringkas dan singkat. Jangan perkenalkan isi utama yang baharu. Akhiri penyampaian anda dengan beberapa patah perkataan yang akan mendorong pendengar untuk bertindak.

    Tip

    Jangan menyampaikan kata-kata penutup secara tergesa-gesa, dan jangan mengakhiri penyampaian anda dengan suara yang semakin perlahan sehingga tidak kedengaran lagi. Kata-kata penutup anda harus menunjukkan bahawa penyampaian anda bakal berakhir.

DALAM KERJA PENYEBARAN

Pada penghujung penyampaian anda, ulangi isi penting yang harus diingati pendengar. Jika perbualan dihentikan secara tiba-tiba, akhirinya dengan kata-kata yang positif. Biarpun pendengar bersikap biadab, jawablah dalam cara yang positif supaya dia mungkin sudi mendengar pada masa lain.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi