PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w22 Februari ms. 31
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tahukah Anda?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
w22 Februari ms. 31

Tahukah Anda?

Burung tekukur dan burung merpati boleh dipersembahkan sebagai korban. Mengapakah aturan ini bermanfaat?

DALAM Hukum Musa, burung tekukur dan burung merpati boleh dipersembahkan sebagai korban kepada Yehuwa. Dua jenis burung ini sentiasa disebut bersama-sama dalam hukum mengenai korban, dan orang Israel boleh memilih untuk mempersembahkan mana-mana satu jenis burung ini sebagai korban. (Im. 1:14; 12:8; 14:30) Mengapakah aturan ini bermanfaat? Salah satu sebabnya ialah burung tekukur ada kalanya susah dicari. Mengapa pula?

Burung tekukur

Burung tekukur ialah sejenis burung yang berhijrah. Semasa cuaca panas, burung tekukur terdapat di merata negeri Israel. Namun pada bulan Oktober, burung tekukur akan berhijrah ke kawasan selatan yang lebih panas, dan hanya akan kembali ke negeri Israel semasa musim bunga. (Kid. 2:11, 12; Yer. 8:7) Oleh itu, burung tekukur susah didapati untuk dipersembahkan sebagai korban semasa musim sejuk.

Burung merpati

Burung merpati pula biasanya tidak berhijrah. Oleh itu, burung merpati terdapat di negeri Israel sepanjang tahun. Tambahan lagi, burung merpati merupakan haiwan peliharaan. (Bandingkan Yohanes 2:14, 16.) Menurut buku Bible Plants and Animals, “orang di semua kampung dan pekan di Palestin [Israel kuno] memelihara burung merpati. Pada dinding setiap rumah terdapat lubang yang menjadi tempat tinggal bagi burung merpati.”​—Bandingkan Yesaya 60:8.

Seekor burung merpati di dalam lubangnya

Burung tekukur atau burung merpati boleh didapati di negeri Israel. Hal ini memudahkan orang Israel yang ingin mempersembahkan burung sebagai korban kepada Yehuwa. Aturan ini membuktikan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih dan bertimbang rasa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi