PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w18 Februari ms. 28-30
  • Sukacita—Sifat daripada Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sukacita—Sifat daripada Tuhan
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APAKAH ITU SUKACITA?
  • TELADAN YANG PATUT DITIRU
  • SEBAB UNTUK BERSUKACITA
  • CARA UNTUK LEBIH BERSUKACITA
  • MANFAAT YANG DIRAIH
  • Yehuwa ialah ‘Sumber Kegembiraan Kita’
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • ‘Orang yang Baik Akan Bersukacita kerana Yehuwa’
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
w18 Februari ms. 28-30

Sukacita​—Sifat daripada Tuhan

  • KASIH

  • SUKACITA

  • KEDAMAIAN

  • KESABARAN

  • KEBAIKAN HATI

  • KEBAIKAN

  • IMAN

  • KELEMAHLEMBUTAN

  • KAWALAN DIRI

ORANG inginkan kebahagiaan. Tetapi pada hari-hari terakhir ini, semua orang berdepan dengan cabaran “yang sukar dihadapi.” (2 Tim. 3:1) Sesetengah orang hilang sukacita kerana menghadapi kerisauan, ketidakadilan, kesihatan yang merosot, hilang pekerjaan, atau kerana orang tersayang mereka meninggal. Sesetengah hamba Tuhan juga mungkin berasa tawar hati dan hilang sukacita. Jika itulah yang berlaku terhadap anda, bagaimana anda dapat pulihkan semula sukacita anda?

Untuk menjawab soalan tersebut, kita perlu memahami maksud sukacita sejati dan cara sesetengah orang tetap bersukacita walaupun menghadapi cabaran. Selepas itu, kita akan belajar cara kita dapat mengekalkan dan menambahkan sukacita kita.

APAKAH ITU SUKACITA?

Seorang yang periang tidak semestinya bersukacita. Fikirkan contoh berikut: Orang yang mabuk mungkin akan selalu ketawa. Namun bila dia sedar, ketawanya mungkin hilang dan dia kembali kepada kehidupan yang penuh dengan kedukaan. Keriangannya itu hanyalah sementara dan bukannya sukacita sejati.​—Ams. 14:13.

Sukacita pula merupakan perasaan yang timbul di hati apabila kita mendapat atau mengharapkan sesuatu yang baik. Sukacita juga akan kekal tidak kira pada masa senang atau susah. (1 Tes. 1:6) Orang yang berasa susah hati pun masih dapat kekalkan sukacita dalam hatinya. Contohnya, para rasul dicambuk kerana menginjil tentang Yesus. Namun, apabila mereka “meninggalkan Majlis Orang Yahudi, mereka bersukacita kerana Tuhan menganggap mereka layak dihina demi nama Yesus.” (Kis. 5:41) Mereka bersukacita bukan kerana dipukul, tetapi kerana mereka dapat tetap setia kepada Tuhan.

Sukacita tidak wujud secara automatik. Mengapa? Kerana sukacita sejati merupakan buah kuasa suci Tuhan. Dengan bantuan kuasa suci itu, kita dapat “mengenakan keperibadian baharu” yang merangkumi perasaan sukacita. (Ef. 4:24; Gal. 5:22) Dengan adanya sukacita, kita dapat menangani tekanan hidup dengan lebih baik.

TELADAN YANG PATUT DITIRU

Yehuwa ingin melihat perkara yang baik berlaku di bumi, namun bumi penuh dengan kejahatan. Tetapi, kejahatan yang dilakukan orang tidak meragut sukacita Yehuwa. Firman-Nya menyatakan, “Kuasa dan sukacita memenuhi tempat kediaman-Nya.” (1 Taw. 16:27) Selain itu, perbuatan baik umat-Nya membuat ‘hati-Nya gembira.’​—Ams. 27:11.

Kita dapat meniru Yehuwa dengan tetap bersukacita walaupun apa yang kita harapkan tidak berlaku. Bertumpulah kepada perkara baik yang kita nikmati sekarang, dan bersabarlah sambil menantikan berkat yang lebih besar pada masa depan.a

Bible mengandungi banyak contoh orang yang tetap bersukacita walaupun menghadapi cabaran. Contohnya, nyawa Abraham pernah diancam dan perbuatan orang lain pernah menyusahkannya. (Kej. 12:10-20; 14:8-16; 16:4, 5; 20:1-18; 21:8, 9) Namun Abraham tetap bersukacita. Mengapa? Dia menantikan harapan untuk hidup di dunia baharu yang akan diperintah oleh Mesias. (Kej. 22:15-18; Ibr. 11:10) Yesus berkata, “Abraham sangat bersukacita kerana dia mempunyai harapan untuk melihat zamanku.” (Yoh. 8:56) Kita juga dapat meniru Abraham dengan merenungkan sukacita yang akan dinikmati pada masa depan.​—Rm. 8:21.

Rasul Paulus dan sahabatnya Silas juga bertumpu kepada janji Tuhan. Mereka mempunyai iman yang kuat, dan tetap bersukacita walaupun berada dalam keadaan yang susah. Contohnya, selepas mereka dipukul dengan teruk dan dipenjarakan, mereka “berdoa dan menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan.” (Kis. 16:23-25) Mereka bertabah kerana merenungkan janji Tuhan pada masa depan. Mereka juga bersukacita kerana sedar bahawa mereka menderita demi nama Yesus. Kita dapat meniru mereka dengan mengingat hasil baik yang akan dinikmati apabila kita setia kepada Tuhan.​—Flp. 1:12-14.

Hari ini, banyak saudara saudari juga menetapkan teladan baik dengan tetap bersukacita sewaktu menghadapi kesusahan. Contohnya pada November 2013, Taufan Haiyan telah memusnahkan lebih daripada 1,000 buah rumah Saksi di Filipina. George tinggal di kota Tacloban dan rumahnya telah musnah sama sekali. Dia berkata, “Walau apa pun yang berlaku, saudara saudari tetap gembira. Susah untuk gambarkan sukacita yang kami rasakan.” Sewaktu menghadapi kesusahan, kita dapat kekalkan sukacita dengan merenungkan apa yang telah dilakukan Yehuwa bagi kita. Apakah perkara lain yang disediakan Yehuwa yang memberi kita sebab untuk bersukacita?

SEBAB UNTUK BERSUKACITA

Sebab utama kita bersukacita adalah kerana kita memiliki hubungan akrab dengan Yehuwa. Fikirkan hal ini: Kita mengenali Pemerintah Alam Semesta. Dia ialah Bapa, Tuhan, dan Sahabat kita!​—Mzm. 71:17, 18.

Kita juga bersyukur kerana dapat menikmati kurniaan kehidupan daripada Yehuwa. (Pkh. 3:12, 13) Dia telah membolehkan kita menghampiri-Nya dan kita dapat memahami kehendak-Nya bagi kita. (Kol. 1:9, 10) Tidak seperti kebanyakan orang yang tidak memahami tujuan hidup, kita mempunyai bimbingan dan tujuan hidup yang sejati. Paulus menekankan perbezaan ini dengan berkata, “‘Mata belum pernah melihat, telinga belum pernah mendengar, dan belum pernah timbul dalam hati manusia apa yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi-Nya.’ Namun begitu, Tuhan menggunakan kuasa suci-Nya untuk menyingkapkan hal-hal itu kepada kita.” (1 Kor. 2:9, 10) Tidakkah kita bersukacita kerana memahami kehendak dan tujuan Yehuwa?

Fikirkan hal lain yang dilakukan Yehuwa demi umat-Nya. Tidakkah kita gembira kerana dosa kita dapat diampunkan? (1 Yoh. 2:12) Kerana belas kasihan Tuhan, kita memiliki harapan bahawa dunia baharu akan datang tidak lama lagi. (Rm. 12:12) Bahkan pada masa sekarang, Yehuwa memberi kita banyak rakan seiman. (Mzm. 133:1) Firman Tuhan juga meyakinkan kita bahawa Tuhan akan melindungi umat-Nya daripada Syaitan dan roh-roh jahat. (Mzm. 91:11) Jika kita merenungkan semua berkat ini, sukacita kita akan semakin bertambah.​—Flp. 4:4.

CARA UNTUK LEBIH BERSUKACITA

Bagaimanakah orang Kristian yang sudah bersukacita dapat lebih bersukacita? Yesus berkata, “Aku telah mengatakan semua ini kepada kamu agar kamu dapat bersukacita seperti aku dan supaya sukacita kamu menjadi sempurna.” (Yoh. 15:11) Hal ini menunjukkan bahawa kita dapat meningkatkan sukacita kita. Sukacita boleh digambarkan seperti api. Anda perlu menambahkan kayu agar api lebih membara. Begitu juga, anda harus meningkatkan kerohanian anda agar dapat lebih bersukacita. Ingatlah: Kuasa suci Tuhan membantu kita bersukacita, maka teruslah berdoa meminta kuasa suci itu. Anda juga perlu sentiasa merenungkan Bible yang diilhami oleh kuasa suci Tuhan.​—Mzm. 1:1, 2; Luk. 11:13.

Anda juga dapat lebih bersukacita dengan tetap sibuk dalam hal-hal yang menyenangkan hati Yehuwa. (Mzm. 35:27; 112:1) Mengapa? Kita diciptakan agar ‘takut akan Yehuwa dan mematuhi hukum-Nya.’ (Pkh. 12:13) Maksudnya, kita diciptakan untuk melakukan kehendak Tuhan. Dengan berkhidmat kepada-Nya, kita akan meraih banyak sukacita.b

MANFAAT YANG DIRAIH

Kita akan menikmati banyak manfaat apabila sukacita kita bertambah. Contohnya, Yehuwa akan lebih senang hati apabila kita menyembah-Nya dengan sukacita walaupun menghadapi masalah. (Ul. 16:15; 1 Tes. 5:16-18) Kita juga akan menolak keinginan untuk mengejar kebendaan dan rela membuat pengorbanan demi Kerajaan Tuhan. (Mat. 13:44) Apabila kita melihat hasil baik daripada pengorbanan yang dibuat, kita akan lebih bersukacita, berasa puas hati, dan menggembirakan orang lain.​—Kis. 20:35; Flp. 1:3-5.

Seorang penyelidik kesihatan dari Universiti Nebraska di Amerika Syarikat berkata, “Jika anda gembira dan puas sekarang, anda akan lebih sihat pada masa depan.” Hal itu selaras dengan apa yang dinyatakan Bible, “Hati yang gembira bagaikan ubat yang mujarab.” (Ams. 17:22) Ya, jika anda lebih bersukacita, anda akan ada kesihatan yang lebih baik.

Walaupun menghadapi kehidupan yang penuh tekanan, kita dapat menikmati sukacita sejati dengan berdoa memohon kuasa suci Tuhan, serta mempelajari dan merenungkan Firman Tuhan. Sukacita kita juga akan bertambah apabila kita merenungkan berkat yang dinikmati sekarang, meniru iman orang lain, dan melakukan kehendak Tuhan. Dengan demikian, kita akan merasakan kebenaran Mazmur 64:10: “Orang yang baik akan berlindung kepada Yehuwa dan bersukacita kerana Dia.”

a Sifat kesabaran akan dibincangkan kelak dalam siri rencana ini mengenai “buah kuasa suci Tuhan.”

b Cadangan lain untuk menambahkan sukacita terdapat dalam kotak “Cara Lain untuk Lebih Bersukacita.”

Cara Lain untuk Lebih Bersukacita

  • Hidup sederhana.​—Luk. 12:15.

  • Jangan mengharapkan kesempurnaan.​—Mi. 6:8.

  • Pastikan bahawa jadual anda (bagi kerja, sekolah, rekreasi, dan sebagainya) tidak menghalang matlamat rohani anda.​—Ef. 5:15, 16.

  • Bersikap munasabah terhadap diri sendiri dan orang lain.​—Flp. 4:5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi