LAGU 125
“Berbahagialah Orang yang Berbelas Kasihan!”
Edisi Cetak
1. Tuhan berbelas kasihan
Suka ampun kesalahan,
Sedia memberi bantuan,
Kepada yang memerlukan.
Kerana belas kasihan,
Dia sudi dengar keluhan.
Belas kasihan-Nya limpah
Kepada kita yang lemah.
2. Bila kita susah hati
Atas kesilapan diri,
Yesus ajar kita doa
Minta ampun atas dosa.
Kita saling memaafkan;
Dosa orang dilupakan.
Janganlah menaruh dendam
Baru minda hati tenang.
3. Beri dengan murah hati,
Jangan mementingkan diri.
Kita akan dikasihi;
Belas kasihan nikmati.
Tuhan pasti memberkati
Kasih kita yang sejati.
Berusaha setiap hari,
Tunjuk sifat mulia ini.
(Lihat juga Mat. 6:2-4, 12-14.)