PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 3 ms. 6-7
  • Tunjukkan Empati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tunjukkan Empati
  • Sedarlah!—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Masalahnya
  • Prinsip Bible
  • Pentingnya Menunjukkan Empati
  • Apa yang Dapat Anda Lakukan
  • Menunjukkan Empati
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Adakah Tuhan Memiliki Sifat Empati?
    Menara Pengawal (Umum)—2018
  • Hubungan dengan Keluarga dan Sahabat
    Sedarlah!—2019
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Bercakap tentang Kerajaan Tuhan dengan Yakin
    Kerja Teokratik Kita—2014
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2020
g20 No. 3 ms. 6-7
Seorang lelaki orang putih dan seorang lelaki Sikh duduk bersebelahan di dalam kapal terbang. Mereka berbual dengan gembira.

Tunjukkan Empati

Masalahnya

Jika kita terlampau berfokus kepada perbezaan antara kita dengan orang lain, kita mungkin memandang rendah terhadap orang yang berbeza daripada kita kerana menganggap perbezaan itu sebagai kelemahan atau kekurangan. Apabila kita mempunyai pandangan sebegini, kita sudah berprasangka terhadap orang lain, dan hal ini akan membuat kita berasa susah untuk menunjukkan empati.

Prinsip Bible

“Bersukacitalah bersama orang yang bersukacita dan menangislah bersama orang yang menangis.”​—ROMA 12:15.

Apakah maksudnya? Ayat ini mengajar kita bahawa kita perlu menunjukkan sifat empati. Empati ialah kebolehan untuk menyelami perasaan orang lain.

Pentingnya Menunjukkan Empati

Apabila kita menunjukkan empati, kita akan sedar bahawa kita mempunyai banyak persamaan dengan orang lain, misalnya dari segi perasaan dan reaksi. Sifat empati membantu kita ingat bahawa semua manusia sama sahaja, tidak kira apa latar belakang mereka. Apabila kita berfokus kepada persamaan antara kita dengan orang lain, kita akan dibantu supaya tidak berpandangan buruk terhadap mereka.

Sifat empati juga dapat mendorong kita untuk menghormati orang lain. Anne-Marie dari Senegal dahulunya memandang rendah terhadap orang daripada lapisan masyarakat tertentu, tetapi sifat empati telah membantunya berubah. Dia berkata, “Semasa saya lihat orang daripada kelas bawahan hidup susah, saya tanya diri apa perasaan saya jika saya berada dalam situasi mereka. Biarpun saya daripada kelas atasan, itu bukannya atas usaha saya sendiri. Jadi, saya sedar bahawa saya tidak patut menganggap diri lebih istimewa daripada mereka.” Ya, jika kita berusaha memahami kesusahan orang lain, kita akan lebih cenderung untuk menunjukkan empati dan bukannya mengkritik mereka.

Apa yang Dapat Anda Lakukan

Jika anda berpandangan negatif terhadap golongan tertentu, cubalah mencari persamaan antara anda dengan mereka. Misalnya, bayangkan perasaan mereka dalam situasi berikut:

Sifat empati membantu kita sedar bahawa semua manusia sama sahaja

  • Semasa makan bersama ahli keluarga

  • Setelah bekerja keras sehari suntuk

  • Semasa meluangkan masa bersama sahabat

  • Semasa mendengar muzik kegemaran mereka

Kemudian, bayangkan diri anda dalam situasi mereka. Tanyalah diri:

  • “Apakah reaksi saya jika seseorang membuat saya rasa tidak berguna?”

  • “Apakah perasaan saya jika orang lain menghakimi saya walaupun belum mengenali saya?”

  • “Jika saya merupakan salah seorang daripada golongan itu, bagaimanakah saya ingin dilayan?”

Lelaki orang putih dan lelaki Sikh tadi mengongsi gambar-gambar yang menunjukkan persamaan antara mereka, seperti keluarga, sukan, dan pekerjaan.

Kisah Benar: Robert (Singapura)

“Dahulu, saya fikir orang pekak semuanya pelik, tidak bijak, dan terlampau sensitif, jadi saya mengelakkan mereka. Pada masa itu, saya rasa saya tidak berprasangka terhadap mereka.

“Sifat empati telah bantu saya mengatasi rasa prasangka terhadap orang pekak. Misalnya, dahulu saya fikir orang pekak tidak bijak kerana semasa saya bercakap kepada mereka, mereka nampak bingung sahaja. Jadi, saya cuba membayangkan perasaan saya jika saya tidak dapat dengar semasa orang lain bercakap kepada saya. Sudah tentu saya juga akan bingung! Biarpun saya guna alat pendengaran, raut wajah saya mungkin masih memberikan tanggapan, ‘Saya tidak faham,’ tetapi punca sebenarnya ialah saya tidak dengar.

“Semasa saya membayangkan diri dalam situasi orang pekak, sikap prasangka saya terhadap mereka pun lenyap.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi