PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g24 No. 1 ms. 7-9
  • Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Nyawa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Nyawa?
  • Sedarlah!—2024
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI NYAWA
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN
  • Lindungi Diri Anda daripada Penyakit
    Sedarlah!—2016
  • Memastikan Dewan Perjumpaan Selamat semasa COVID-19
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Apakah yang Patut Saya Tahu tentang Merokok dan Vape?
    Kaum Muda Bertanya
  • Ke Mana Hilangnya Sikap Hormat?
    Sedarlah!—2024
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2024
g24 No. 1 ms. 7-9
Seorang lelaki muda minum sambil memandu. Kawan-kawannya dalam kereta juga sedang minum alkohol.

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Nyawa?

MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI NYAWA

Amalan dan tindakan yang membahayakan nyawa mampu mengancam kesihatan dan keselamatan masyarakat.

  • Merokok bukan sahaja menyebabkan kanser, tetapi juga menjejaskan kebolehan tubuh untuk melawan kanser. Kira-kira 90 peratus kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru berpunca daripada merokok atau pendedahan kepada asap rokok basi (secondhand smoke).

  • Kejadian tembakan beramai-ramai menyebabkan trauma emosi bagi banyak orang setiap tahun. Laporan daripada Stanford University menyatakan, “Menurut kajian, bahkan orang yang terselamat [semasa tembakan beramai-ramai di sekolah] tanpa kecederaan fizikal pun mengalami masalah emosi yang mungkin mempengaruhi hidup mereka selama bertahun-tahun.”

  • Orang yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membahayakan pemandu lain dan bahkan pejalan kaki. Apabila orang tidak menghargai nyawa, orang yang tidak bersalah sering menjadi mangsa.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Lindungi kesihatan anda. Masih tidak terlambat untuk berhenti merokok, vaping, minum berlebihan, atau mengambil dadah. Amalan sedemikian memudaratkan kesihatan anda dan menunjukkan bahawa anda tidak menghormati nyawa orang lain, termasuk nyawa ahli keluarga anda.

“Marilah kita menyucikan diri daripada semua perkara yang menajiskan jiwa dan raga.”​—2 Korintus 7:1.

Utamakan keselamatan. Untuk mencegah kemalangan, pastikan rumah dan benda-benda dalam rumah anda dijaga dengan baik. Pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik dan pandulah dengan cermat. Janganlah tunduk kepada tekanan orang lain untuk terlibat dalam aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian.

“Jika kamu membina rumah baharu, kamu harus memasang pagar di sekeliling bumbung rumah itu. Dengan demikian, kamu dan keluarga kamu tidak akan berhutang darah jika seseorang terjatuh dari situ.”​—Ulangan 22:8.a

Layan orang lain dengan baik. Jika kita menghormati nyawa, kita akan melayan semua orang dengan baik tidak kira apa latar belakang mereka. Kebanyakan keganasan dan peperangan berpunca daripada kebencian dan sikap prasangka.

“Buangkanlah segala rasa dendam yang membara, kemarahan, perasaan berang, jeritan, kata-kata hinaan, dan segala kejahatan. Tunjukkanlah kebaikan hati kepada satu sama lain.”​—Efesus 4:​31, 32.

APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN

Saksi-Saksi Yehuwa menggalakkan orang untuk hidup sihat dan seimbang. Program pendidikan Bible kami telah membantu orang mengatasi ketagihan dan amalan yang buruk.

Kami mengikut garis panduan keselamatan dengan teliti semasa melakukan projek pembinaan. Para pekerja sukarela yang membantu membina Dewan Perjumpaan dan bangunan lain yang kami gunakan telah dilatih untuk mengelakkan kecederaan. Bangunan kami diperiksa secara tetap agar memenuhi piawaian keselamatan tempatan.

Kami menyediakan bantuan kemanusiaan. Pada tahun 2022, kami menyediakan bantuan bagi kira-kira 200 bencana di serata dunia dan membelanjakan hampir 12 juta USD untuk membantu mangsa bencana.

Semasa penyakit Ebola mula merebak di Afrika Barat (2014) dan Republik Demokratik Congo (2018), kami mendidik orang tentang cara untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini daripada merebak. Kami menghantar wakil untuk memberi taklimat yang bertajuk “Kepatuhan Menyelamatkan Nyawa.” Kami menyediakan tempat cuci tangan di pintu masuk setiap tempat ibadat kami dan menekankan pentingnya mencuci tangan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang lain.

Di Sierra Leone, terdapat pengumuman di radio yang memuji Saksi-Saksi Yehuwa kerana membantu orang yang bahkan bukan Saksi untuk menghindari virus Ebola.

Saksi-Saksi Yehuwa beratur dengan sabar untuk membasuh tangan sebelum masuk ke dalam Dewan Perjumpaan.

Tempat mencuci tangan di Dewan Perjumpaan pada tahun 2014 semasa penyakit Ebola tercetus di Liberia

a Rumah di Timur Tengah kuno mempunyai bumbung yang rata, dan orang biasanya melakukan aktiviti seharian di situ. Peraturan ini menekankan pentingnya mengutamakan keselamatan ahli keluarga dan orang lain.

Óscar Serpas.

BELAJAR LEBIH LANJUT

Óscar Serpas merupakan bekas ahli kongsi gelap. Dahulu dia tidak menghargai nyawa diri sendiri dan orang lain. Lihatlah bagaimana Saksi-Saksi Yehuwa membantunya berubah. Cari rencana “Saya Menggali Kubur Sendiri” di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi