PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g25 No. 1 ms. 6-9
  • Urus Wang dengan Bijak

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Urus Wang dengan Bijak
  • Sedarlah!—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?
    Topik-Topik Lain
  • 2 | Urus Kewangan dengan Bijak
    Sedarlah!—2022
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Perbelanjaan Saya?
    Kaum Muda Bertanya
Sedarlah!—2025
g25 No. 1 ms. 6-9
Kolaj: 1. Sepasang suami isteri membincangkan perbelanjaan mereka di meja makan, manakala anak perempuan mereka berada di dapur. 2. Sebuah fon dengan aplikasi kalkulator diletakkan di atas beberapa helai bil dan resit.

KENAIKAN HARGA BARANG​—CARA HADAPINYA

Urus Wang dengan Bijak

Kita semua memang rasa susah semasa harga barang meningkat. Namun kita masih dapat melakukan sesuatu untuk menghadapinya.

MENGAPA PENTING

Jika kewangan anda tidak terurus, ini boleh membuat anda lebih khuatir dan tertekan. Walaupun anda tidak mempunyai banyak wang, ada beberapa perkara yang dapat anda lakukan untuk mengurus wang anda dengan baik.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Berbelanja mengikut kemampuan. Dengan itu, anda akan rasa lebih tenang dan lebih bersedia untuk menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka.

Untuk hidup mengikut kemampuan anda, sediakan bajet. Tuliskan pendapatan dan perbelanjaan anda supaya anda dapat tahu berapa banyak wang yang keluar atau masuk. Pastikan anda hanya beli apa yang anda benar-benar perlukan. Kemudian, berbelanjalah mengikut bajet anda dan buatlah penyesuaian jika harga barang atau pendapatan anda berubah. Sudah pasti, jika anda sudah berkahwin, bincanglah dengan pasangan anda sebelum membuat apa-apa keputusan.

Cubalah: Semasa membeli barang, daripada menggunakan kad kredit atau skim ansuran, bayarlah dengan wang tunai jika dapat. Sesetengah orang mendapati cara ini berkesan untuk mengurus wang dan bahkan dapat mengelakkan hutang. Selain itu, luangkanlah masa untuk menyemak penyata bank anda. Apabila anda tahu jumlah wang yang anda miliki, anda dapat merancang dengan lebih baik dan mengurangkan stres.

Mengawal perbelanjaan memang tidak mudah. Tetapi bajet yang praktikal dan yang disediakan dengan teliti dapat membantu anda. Hasilnya, anda tidak perlu terlalu khuatir tentang wang.

‘Kira perbelanjaan terlebih dahulu.’—Lukas 14:28.


Jadilah pekerja yang baik. Majikan biasanya menghargai pekerja sebegitu. Oleh itu, berusahalah untuk menepati masa, bersikap positif terhadap kerja, bersikap hormat, rajin, dan berinisiatif. Selain itu, patuhilah peraturan di tempat kerja dan berusahalah untuk meningkatkan kemahiran anda.


Elakkan pembaziran. Tanyalah diri, “Adakah saya sering membelanjakan wang untuk hal-hal yang tidak diperlukan atau yang memudaratkan?” Contohnya, banyak orang membazirkan wang untuk membeli dadah, alkohol, rokok, atau berjudi. Tabiat sebegini juga dapat merosakkan kesihatan mereka dan membuat mereka kehilangan kerja.

“Berbahagialah orang yang mendapat kebijaksanaan . . . Memiliki kebijaksanaan lebih baik daripada memiliki perak.”—Amsal 3:​13, 14.


Sediakan payung sebelum hujan. Jika dapat, simpanlah sedikit wang untuk kecemasan atau kejadian yang tidak terduga. Dengan itu, anda tidak perlu terlalu risau jika anda atau seorang ahli keluarga anda jatuh sakit, kehilangan kerja, atau menghadapi situasi yang tidak dijangkakan.

“Waktu dan kejadian yang tidak terduga menimpa [kita] semua.”—Pengkhutbah 9:11.

Tip untuk Menjimatkan Wang

Sebuah bekas kaca yang penuh dengan syiling.

Memasak di rumah dengan lebih kerap.

Anda perlu membayar lebih jika anda sering makan di restoran atau membeli makanan dan minuman di kedai. Biarpun anda perlu mencurahkan masa dan usaha untuk memasak di rumah, amalan ini dapat menjimatkan banyak wang. Anda juga dapat menyediakan makanan yang lebih menyihatkan badan.

Bijak berbelanja.

  • Buatlah senarai barang yang perlu dibeli dan janganlah membeli sesuka hati.

  • Jika bajet anda mengizinkan, belilah barangan secara borong kerana harga borong biasanya lebih murah. Namun, pastikan barangan yang mudah rosak disimpan di tempat yang sesuai supaya tahan lama.

  • Pilih jenama yang lebih murah jika kualitinya masih boleh diterima.

  • Beli barang secara online untuk mencari tawaran yang lebih baik dan untuk mengetahui berapa banyak wang yang anda telah belanjakan. Jika perkhidmatan membeli barang secara online terdapat di kawasan anda, dapatkah anda mencubanya?

  • Carilah tempat yang menawarkan diskaun dan gunakan kupon jika ada. Semasa membandingkan harga barang, pertimbangkan juga kos penyelenggaraan dan penggunaan tenaga.

Fikir dua kali sebelum membeli peralatan baharu.

Syarikat yang menghasilkan fon dan peralatan selalu mengeluarkan model yang baharu untuk mengaut keuntungan. Jadi berhentilah sejenak dan tanyalah diri, “Adakah saya benar-benar memerlukan peralatan yang baharu? Jika ya, adakah saya perlu membelinya sekarang? Jika saya perlu membelinya, adakah saya benar-benar memerlukan model yang terkini?”

Baiki dan guna semula.

Jagalah peralatan anda dengan baik untuk memanjangkan jangka hayatnya. Apabila peralatan anda rosak, cubalah membaikinya jika cara itu lebih menjimatkan wang. Anda juga boleh membeli peralatan yang terpakai.

Bercucuk tanam dan menternak.

Jika anda menanam sayur dan buah-buahan sendiri atau menternak haiwan, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang, hasil kebun anda mungkin dapat ditukar dengan barang lain, dijual, atau dikongsi.

“Rancangan orang rajin pasti berjaya.”—Amsal 21:​5, nota kaki.

Kad kredit.

“Kami selalu periksa harga barang keperluan sebelum membelinya dan kami juga memantau penggunaan kad kredit kami.”—Miles, England.

Sebuah buku nota, pen, dan kunci kereta.

“Sebelum membeli-belah, saya dan keluarga selalu menyediakan senarai barang yang kami perlukan.”—Jeremy, A.S.

Nota harian dan kalkulator.

“Kami selalu memastikan kami berbelanja mengikut kemampuan dan kami menyimpan sedikit wang untuk perbelanjaan yang tidak dijangka.”—Yael, Israel.

Sepana boleh laras dan pemutar skru.

“Saya dan isteri ajar anak kami bahawa jika ada barang yang rosak, seperti kereta atau peralatan di rumah, cubalah membaikinya dan bukan segera membeli yang baharu. Saya dan isteri saya juga mengelak daripada membeli model yang terkini.”—Jeffrey, A.S.

“Untuk mengurangkan belanja, saya tanam sayur sendiri dan membela ayam. Saya bahkan dapat memberikan sedikit sayur kepada orang lain.”—Hono, Myanmar.

Seorang lelaki mengumpulkan pelbagai jenis sayur di kebun.
    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi