PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g25 No. 1 ms. 10-11
  • Berpuas Hati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Berpuas Hati
  • Sedarlah!—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • Sudahkah Anda “Mempelajari Rahsia untuk Berpuas Hati”?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Cara untuk Berpuas Hati
    Sedarlah!—2021
  • Masalah Wang dan Hutang—Dapatkah Bible Membantu Anda Menanganinya?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • “Ucapkanlah Syukur untuk Segala Sesuatu”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2025
g25 No. 1 ms. 10-11
Kolaj: 1. Seorang ayah yang baru habis syif kerjanya tersenyum sambil beredar dari tapak pembinaan. 2. Kemudian, dia bermain bersama dua orang anaknya dan anjingnya di luar rumah mereka yang sederhana. Isterinya duduk dan senyum semasa melihat mereka bermain.

KENAIKAN HARGA BARANG​—CARA HADAPINYA

Berpuas Hati

Orang yang tahu berpuas hati akan bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Apabila situasi mereka berubah, mereka sudi buat penyesuaian supaya dapat hidup menurut kemampuan mereka.

MENGAPA PENTING

Ahli psikologi yang bernama Jessica Koehler menyatakan bahawa orang yang tahu berpuas hati biasanya lebih positif dan kurang cemburu dengan orang lain. Maka tidak hairanlah mereka biasanya lebih gembira dan kurang stres. Sesetengah orang hanya ada sedikit harta, tetapi tergolong antara orang yang paling bahagia. Sebenarnya, banyak orang yang benar-benar bahagia mengutamakan hal-hal yang tidak dapat dibeli dengan wang, seperti masa riang yang diluangkan bersama keluarga dan kawan.

“Jika kita mempunyai makanan dan pakaian, kita akan berpuas hati.”—1 Timotius 6:8.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Jangan buat perbandingan. Jika anda membandingkan hidup anda yang sederhana dengan hidup orang yang mewah, anda mungkin berasa tidak puas hati dan bahkan berasa cemburu. Tambahan lagi, apa yang anda lihat mungkin hanya harta orang lain yang banyak, tetapi tidak sedar bahawa hutang mereka juga berlambak. Nicole, yang tinggal di Senegal, berkata, “Saya tidak perlu banyak barang untuk hidup bahagia. Jika saya berpuas hati, saya dapat gembira biarpun orang lain lebih kaya berbanding saya.”

Cubalah: Jangan melihat iklan atau post di media sosial yang mempamerkan harta benda atau gaya hidup yang mewah.

“Biarpun seseorang mempunyai banyak harta, harta miliknya tidak memberinya kehidupan.”—Lukas 12:15.


Bersyukur. Orang yang tahu bersyukur biasanya lebih puas hati dan tidak asyik berfikir bahawa mereka memerlukan atau patut memiliki lebih banyak harta. Roberton, yang berasal dari Haiti, berkata, “Saya luangkan masa untuk fikir bagaimana orang lain telah berbuat baik kepada saya dan keluarga saya. Kemudian, saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Saya juga ajar anak lelaki saya yang berumur lapan tahun untuk cakap terima kasih setiap kali dia menerima sesuatu.”

Cubalah: Setiap hari, tulislah sesuatu yang membuat anda rasa syukur, seperti kesihatan yang baik, keluarga yang penyayang, sahabat sejati, atau bahkan pemandangan yang indah semasa matahari terbenam.

“Bagi orang yang ceria, kehidupan sentiasa dipenuhi kegembiraan.”—Amsal 15:15.

Kadangkala, kita perlu berusaha keras untuk berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Tetapi usaha itu berbaloi! Jika kita memilih untuk berpuas hati, kita juga memilih untuk hidup bahagia, dan kebahagiaan ialah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang.

Erik.

“Kami sekeluarga telah belajar untuk berpuas hati, dan hal ini benar-benar membantu kami. Kami tidak lagi terlalu sibuk mencari wang, kami ada lebih banyak masa untuk satu sama lain, dan kami masih menikmati barang-barang yang kami miliki.”—Erik, A.S.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi