PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lv ms. 253-ms. 255 per. 3
  • Menyelesaikan Masalah Urus Niaga

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menyelesaikan Masalah Urus Niaga
  • Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Berusahalah Untuk Mengekalkan Kedamaian
    Menara Pengawal—2011
  • Menyelesaikan Perselisihan Melalui Kasih
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Menjaga Kedamaian dan Kebersihan Sidang
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Para Penatua—Teruslah Meniru Teladan Rasul Paulus
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
lv ms. 253-ms. 255 per. 3

LAMPIRAN

Menyelesaikan Masalah Urus Niaga

Seperti yang tercatat di 1 Korintus 6:1-8 (ABB), hawari Paulus menyebut tentang tuntutan mahkamah di antara saudara Kristian. Dia berasa kecewa kerana sesetengah orang Kristian di Korintus sanggup ‘membawa [sesuatu] perkara ke hadapan hakim yang tidak mengenal Tuhan.’ (Ayat 1) Paulus memberikan sebab kukuh yang menunjukkan mengapa orang Kristian tidak patut mendakwa satu sama lain di mahkamah. Sebaliknya, pertikaian mereka harus diselesaikan mengikut garis panduan yang diberikan kepada sidang. Marilah kita bincangkan mengapa nasihat terilham ini diberikan. Kita juga akan menyentuh beberapa situasi yang tidak tertakluk kepada prinsip ini.

Jika kita mempunyai pertikaian dalam hal urus niaga dengan saudara lain, kita mahu menyelesaikan masalah ini dalam cara yang menyenangkan hati Yehuwa. (Amsal 14:12) Yesus menunjukkan bahawa masalah sebegini patut diselesaikan secepat mungkin, iaitu sebelum masalahnya bertambah rumit. (Matius 5:23-26) Malangnya, terdapat orang Kristian yang suka bertengkar dan bahkan membawa masalah sebegini ke mahkamah untuk diselesaikan. Paulus berkata, “Sebenarnya persengketaan di kalangan kamu yang memerlukan penyelesaian mahkamah, menunjukkan bahawa kamu tidak hidup berdasarkan ajaran Kristus.” Selain itu, tindakan sebegini akan menodai nama baik Tuhan dan sidang. Jadi, Paulus memberikan nasihat yang berikut: “Lebih baiklah kamu diperlakukan dengan tidak adil.”​—Ayat 7.

Selain itu, setiap sidang mempunyai para penatua untuk membantu saudara saudari menyelesaikan persengketaan dalam “kehidupan sehari-hari.” Para penatua mempunyai pengetahuan Bible dan Paulus menyatakan bahawa mereka “cukup bijaksana untuk menyelesaikan persengketaan antara sesama orang Kristian.” (Ayat 3-5) Yesus menunjukkan bahawa masalah yang melibatkan kesalahan serius, seperti fitnah dan penipuan, harus diselesaikan mengikut tiga langkah yang berikut: (1) pihak-pihak yang terlibat harus mencuba menyelesaikan masalah tersebut sesama sendiri; (2) jika hal ini tidak berjaya, mereka patut membawa satu atau dua orang saksi; (3) jika hal ini gagal, mereka boleh ‘memberitahukan perkara itu kepada jemaah’ yang diwakili oleh para penatua.​—Matius 18:15-17.

Dalam sidang, para penatua bukanlah peguam atau ahli peniaga yang berperanan untuk menetapkan syarat bagi menyelesaikan masalah perniagaan antara orang Kristian. Sebaliknya mereka membantu pihak yang terlibat untuk menerapkan prinsip Bible supaya masalah dapat diselesaikan dalam cara yang damai. Dalam kes-kes yang rumit, para penatua boleh mendapatkan bantuan penyelia litar atau pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Tetapi nasihat Paulus tidak mencakup semua situasi. Dalam situasi tertentu tuntutan mahkamah tidak dapat dielakkan. Apakah situasi-situasi yang dimaksudkan?

Dalam situasi tertentu, tuntutan mahkamah merupakan langkah yang wajib diambil mengikut undang-undang. Tuntutan mahkamah sebegini merupakan satu-satunya cara untuk mendapatkan penyelesaian yang damai, contohnya dalam soal perceraian, hak penjagaan anak, bayaran alimoni (bayaran nafkah), bayaran pampasan insurans, probet wasiat (pengesahan wasiat), dan untuk disenaraikan sebagai pemiutang dalam prosiding kebankrapan (kemuflisan). Selain itu, seorang saudara mungkin perlu melakukan tuntutan balas supaya dapat melindungi dirinya.a

Jika tuntutan mahkamah dilakukan tanpa niat yang salah, hal itu tidak bertentangan dengan nasihat Paulus.b Walau bagaimanapun, seorang Kristian perlu mengutamakan penyucian nama Yehuwa, dan memelihara kedamaian dan perpaduan dalam sidang. Ya, ciri utama pengikut-pengikut Kristus ialah kasih, dan kasih “tidak mementingkan diri sendiri.”​—1 Korintus 13:4, 5; Yohanes 13:34, 35.

a Walaupun jarang berlaku, seorang Kristian mungkin melakukan jenayah yang serius terhadap orang Kristian yang lain seperti merogol, menyerang, membunuh, atau merompak. Meskipun kes-kes ini mungkin melibatkan kes mahkamah atau perbicaraan jenayah, adalah tidak salah jika seorang Kristian melaporkannya kepada pihak berkuasa.

b Untuk maklumat lanjut, sila lihat The Watchtower, 15 Mac 1997, muka surat 17-22, dan 15 Oktober 1991, muka surat 25-28.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi