PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 12 ms. 26-27
  • Anak Buah Paulus Berani

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Anak Buah Paulus Berani
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Dengarlah Aku Membela Diri’
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Jadilah Berani kerana Yehuwa ialah Penolongmu!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • “Aku Bersih daripada Darah Semua Orang”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Seorang Lelaki yang Berani
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 12 ms. 26-27
Anak buah Paulus bercakap dengan ketua askar

PELAJARAN 12

Anak Buah Paulus Berani

Mari kita belajar tentang seorang lelaki muda. Dia menyelamatkan nyawa pak ciknya. Pak ciknya ialah rasul Paulus. Kita tidak tahu nama lelaki muda ini. Tetapi, kita tahu dia telah melakukan sesuatu yang sangat berani. Mahukah adik tahu apa yang dia lakukan?—

Paulus dipenjarakan di Yerusalem. Dia ditangkap kerana menginjil tentang Yesus. Beberapa orang yang jahat membenci Paulus. Jadi mereka membuat rancangan jahat. Mereka kata, “Mari kita jumpa ketua askar dan meminta supaya askarnya membawa Paulus ke mahkamah. Kita akan bersembunyi di tepi jalan. Apabila Paulus lalu, kita akan bunuh dia!”

Rasul Paulus yang dipenjarakan mendengar berita daripada anak buahnya

Anak buah Paulus memberitahu Paulus dan ketua askar tentang rancangan jahat itu

Anak buah Paulus terdengar tentang rancangan itu. Apakah yang akan dia lakukan? Dia pergi ke penjara dan memberitahu Paulus tentang hal itu. Paulus segera menyuruh dia memberitahu ketua askar tentang rancangan jahat itu. Adakah senang bagi anak buah Paulus untuk bercakap dengan ketua askar?— Tidak, sebab ketua askar itu ialah orang yang penting. Tetapi, anak buah Paulus berani dan dia bercakap dengan ketua askar itu.

Ketua askar itu tahu apa yang perlu dilakukan. Dia mendapatkan hampir 500 orang askar untuk melindungi Paulus! Pada malam itu juga, dia menyuruh askar-askar membawa Paulus ke Kaisarea. Adakah Paulus selamat?— Ya, orang jahat itu tidak dapat menyerang Paulus! Rancangan jahat mereka gagal.

Apakah yang adik dapat belajar daripada cerita ini?— Adik juga dapat berani seperti anak buah Paulus. Kita perlu berani semasa memberitahu orang tentang Yehuwa. Adakah adik akan berani dan terus bercakap tentang Yehuwa?— Jika ya, adik mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang.

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • Kisah 23:12-24

  • Matius 24:14; 28:18-20

  • 1 Timotius 4:16

SOALAN:

  • Apakah rancangan beberapa orang yang jahat terhadap Paulus?

  • Apakah yang dilakukan oleh anak buah Paulus? Mengapakah perbuatan itu berani?

  • Bagaimanakah adik dapat berani seperti anak buah Paulus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi