PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 5 ms. 12-13
  • Samuel Terus Berbuat Baik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Samuel Terus Berbuat Baik
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Budak yang Berkhidmat kepada Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Dia “Terus Membesar dan Mendapat Perkenan Yehuwa”
    Tirulah Iman Mereka
  • Yehuwa Bercakap kepada Samuel
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Dia Tabah Menghadapi Kekecewaan
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 5 ms. 12-13

PELAJARAN 5

Samuel Terus Berbuat Baik

Sejak kecil lagi, Samuel tinggal dan bekerja di khemah suci, tempat orang menyembah Yehuwa. Tahukah adik bagaimana Samuel boleh berada di khemah suci? Pertama, mari kita belajar tentang ibu Samuel, iaitu Hana.

Sudah lama Hana menunggu, tetapi dia masih belum mendapat seorang anak. Jadi, dia berdoa dan merayu supaya Yehuwa membantunya. Jika mendapat anak, dia berjanji akan menghantar anak itu untuk tinggal dan bekerja di khemah suci. Yehuwa menjawab doanya dan dia mendapat seorang anak. Anak itu diberi nama Samuel. Hana menepati janjinya. Apabila Samuel berumur tiga atau empat tahun, dia menghantar Samuel ke khemah suci untuk bekerja bagi Tuhan.

Eli ialah imam agung di khemah suci. Dua anak lelakinya juga bekerja di khemah suci. Ingatlah, khemah suci ialah rumah Tuhan. Mereka patut buat perkara yang baik di sana. Tetapi, anak-anak Eli buat perkara-perkara yang sangat jahat. Samuel nampak apa yang mereka buat. Adakah Samuel berbuat jahat seperti anak-anak Eli?— Tidak, dia tetap berbuat baik, seperti yang diajar oleh ibu bapanya.

Apakah yang patut Eli lakukan terhadap dua anaknya?— Dia patut menghukum anaknya. Dia tidak patut membenarkan mereka kerja di rumah Tuhan lagi. Tetapi, Eli tidak menghukum mereka. Jadi, Yehuwa berasa marah terhadap Eli dan dua anaknya. Yehuwa akan menghukum mereka.

Samuel bercakap dengan Imam Agung Eli

Samuel memberitahu kata-kata Yehuwa kepada Eli

Pada suatu malam, semasa Samuel sedang tidur, dia terdengar seseorang memanggilnya, “Samuel!” Dia berlari kepada Eli, tetapi Eli kata, “Saya tidak panggil kamu.” Hal ini berlaku tiga kali. Selepas kali ketiga, Eli memberitahu Samuel, jika dia mendengar suara itu lagi, dia patut kata, “Ya, Yehuwa, bercakaplah; saya sedang mendengar.” Itulah yang dilakukan oleh Samuel. Kemudian, Yehuwa memberitahu Samuel, “Beritahu Eli, Aku akan menghukum keluarganya kerana mereka buat perkara-perkara jahat.” Adakah mudah bagi Samuel untuk memberitahu Eli hal ini?— Tidak. Walaupun Samuel takut, dia tetap taat kepada Yehuwa. Kata-kata Yehuwa benar-benar berlaku. Anak-anak Eli dibunuh, dan Eli juga mati.

Samuel ialah contoh yang baik untuk kita. Dia tetap berbuat baik walaupun orang lain berbuat jahat. Bagaimanakah dengan adik? Adakah adik ingin menjadi seperti Samuel dan terus berbuat baik? Jika ya, adik akan gembirakan Yehuwa dan ibu bapa adik.

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • 1 Samuel 2:22-26; 3:1-21

SOALAN:

  • Apakah janji yang dibuat oleh ibu Samuel?

  • Apakah yang Samuel nampak anak-anak Eli buat di khemah suci?

  • Apakah yang Yehuwa minta Samuel lakukan?

  • Mengapakah Samuel ialah contoh yang baik untuk kita?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi