PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 10 ms. 22-23
  • Yesus Selalu Taat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Selalu Taat
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maria Menyimpannya dalam Hati
    Tirulah Iman Mereka
  • Yesus yang Masih Muda
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Maria Hamil tetapi Belum Berkahwin
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Dia Bertanggungjawab dan Setia
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 10 ms. 22-23
Yusuf dan Maria jumpa Yesus di rumah Tuhan

PELAJARAN 10

Yesus Selalu Taat

Adakah senang untuk selalu taat kepada ibu bapa?— Kadangkala susah. Adakah adik tahu bahawa Yesus taat kepada Yehuwa dan ibu bapanya?— Contoh Yesus dapat membantu adik untuk mentaati ibu bapa walaupun susah. Mari kita belajar lebih banyak tentang hal ini.

Sebelum Yesus datang ke bumi, dia tinggal bersama Bapanya di syurga, iaitu Yehuwa. Tetapi, Yesus juga ada ibu bapa di bumi. Mereka ialah Yusuf dan Maria. Tahukah adik bagaimana mereka menjadi ibu bapa Yesus?—

Yehuwa memindahkan nyawa Yesus di syurga ke dalam rahim Maria. Oleh itu, Yesus dapat dilahirkan dan hidup di bumi. Ini adalah mukjizat! Seperti bayi lain, Yesus membesar dalam rahim Maria. Selepas sembilan bulan, Yesus dilahirkan. Dengan itu, Maria dan suaminya, Yusuf, menjadi ibu bapa Yesus di bumi.

Semasa berumur 12 tahun, Yesus melakukan sesuatu yang menunjukkan dia sangat mengasihi Bapanya, Yehuwa. Hal ini berlaku semasa Yesus dan keluarganya pergi ke Yerusalem untuk perayaan Paska. Dalam perjalanan balik ke rumah, Yusuf dan Maria mendapati Yesus tidak bersama mereka. Tahukah adik di mana Yesus berada?—

Mengapakah Yesus berada di rumah Tuhan?

Yusuf dan Maria terus balik ke Yerusalem dan mencari Yesus. Mereka sangat risau kerana tidak menjumpainya. Tetapi selepas tiga hari, mereka jumpa dia di rumah Tuhan! Tahukah adik mengapa Yesus berada di rumah Tuhan?— Sebab di sana dia dapat belajar tentang Bapanya, Yehuwa. Dia mengasihi Yehuwa dan mahu belajar cara untuk gembirakan Yehuwa. Yesus selalu taat kepada Yehuwa biarpun sudah besar. Yesus juga tetap taat tidak kira susah, dan walaupun dia harus menderita. Adakah Yesus juga taat kepada Yusuf dan Maria?— Ya, Bible kata dia tetap taat.

Apakah yang adik dapat belajar daripada contoh Yesus?— Adik perlu taat kepada ibu bapa, tidak kira susah atau senang. Adakah adik akan melakukannya?—

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • Lukas 1:30-35; 2:45-52

  • Efesus 6:1

  • Ibrani 5:8

SOALAN:

  • Bagaimanakah Yusuf dan Maria menjadi ibu bapa Yesus di bumi?

  • Di manakah Yesus semasa Yusuf dan Maria mencarinya di Yerusalem?

  • Apakah yang adik dapat belajar daripada contoh Yesus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi