PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp23 No. 1 ms. 3-4
  • Krisis Kesihatan Mental

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Krisis Kesihatan Mental
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah itu kesihatan mental?
  • Gangguan mental . . .
  • Mendapatkan bantuan untuk masalah kesihatan mental
  • Tuhan Menjanjikan Kesihatan Mental yang Sempurna
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • 4 | Bible Memberikan Nasihat yang Praktikal
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Penjagaan Kesihatan—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?
    Topik-Topik Lain
  • Pengenalan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
wp23 No. 1 ms. 3-4
Seorang wanita yang susah hati duduk dekat tingkap.

Krisis Kesihatan Mental

“Saya selalu berasa resah, biarpun semasa duduk seorang diri di dalam bilik.”

“Bila saya terlampau gembira, saya akan risau. Saya tahu selepas itu, saya akan menjadi murung.”

“Saya cuba menghadapi masalah sehari demi sehari, tetapi kadangkala, saya dibanjiri banyak kerisauan secara tiba-tiba.”

Itulah luahan sesetengah individu yang bergelut dengan masalah kesihatan mental. Adakah anda atau orang tersayang anda menghadapi cabaran yang sama?

Yakinlah bahawa anda tidak keseorangan. Dewasa ini, masalah kesihatan mental mempengaruhi banyak orang atau orang kesayangan mereka.

Sememangnya kita hidup pada “masa genting yang sukar dihadapi,” dan hal itu menyebabkan pelbagai masalah. (2 Timotius 3:1) Menurut satu kajian, seorang daripada lapan orang di serata dunia mengalami gangguan mental. Pada tahun 2020, pandemik COVID-19 menyebabkan jumlah orang yang mengalami masalah keresahan meningkat sebanyak 26 peratus dan jumlah orang yang mempunyai kemurungan teruk (major depressive disorder) meningkat sebanyak 28 peratus.

Statistik itu memang penting. Namun yang lebih penting ialah perasaan anda dan orang tersayang anda, dan bagaimana anda dapat menangani masalah ini.

Apakah itu kesihatan mental?

Apabila seseorang sihat secara mental, dia akan berasa sejahtera dan dapat menjalankan aktiviti seharian dengan baik. Dia dapat menangani stres, bekerja dengan cekap, dan berasa puas dengan hidupnya.

Gangguan mental . . .

  • TIDAK disebabkan oleh kelemahan sendiri.

  • IALAH penyakit yang membuat seseorang sangat runsing, dan dapat menjejaskan pemikiran, perasaan, dan kelakuannya.

  • Sering menjejaskan kebolehan seseorang untuk memahami orang lain dan menangani cabaran seharian.

  • Boleh mempengaruhi orang daripada pelbagai umur, budaya, bangsa, kaum, agama, tahap pendidikan, dan tahap pendapatan.

Kolaj: 1. Seorang remaja yang kelihatan sedih dan murung. 2. Seorang lelaki memujuk isterinya yang susah hati. 3. Seorang wanita bercakap dengan pakar perubatan.

Mendapatkan bantuan untuk masalah kesihatan mental

Adakah anda atau orang tersayang anda mengalami perubahan besar dalam perangai, corak makan, atau corak tidur? Adakah anda menghadapi kemurungan, keresahan, atau kesedihan yang berpanjangan? Jika ya, anda mungkin memerlukan bantuan pakar untuk mengenal pasti puncanya dan memberikan rawatan. Namun, dari manakah anda boleh mendapatkan bantuan?

Yesus Kristus, manusia yang paling bijak yang pernah hidup di bumi, berkata, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.” (Matius 9:12) Jika orang yang mengalami masalah kesihatan mental diberi rawatan dan ubat yang sesuai, simptom atau gejala penyakit mereka dapat dikurangkan, dan mereka dapat dibantu untuk menikmati hidup yang lebih bahagia. Jika simptom mereka serius atau berpanjangan, mereka harus mendapatkan rawatan dengan segera.a

Walaupun Bible bukan buku panduan perubatan, nasihatnya dapat membantu kita menangani masalah kesihatan mental. Bacalah rencana-rencana yang berikutnya.

a Majalah Menara Pengawal tidak mengesyorkan rawatan tertentu. Setiap orang harus mempertimbangkan pilihan yang ada dan membuat keputusan peribadi.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi