PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp23 No. 1 ms. 6-7
  • 1 | Doa—“Lemparkanlah Segala Kekhuatiran Kamu kepada Tuhan”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1 | Doa—“Lemparkanlah Segala Kekhuatiran Kamu kepada Tuhan”
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maksudnya
  • Manfaatnya untuk Kita
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?
    Kaum Muda Bertanya
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
wp23 No. 1 ms. 6-7
Seorang lelaki muda yang susah hati sedang berdoa.

1 | Doa “Lemparkanlah Segala Kekhuatiran Kamu kepada Tuhan”

BIBLE KATA: “Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”​—1 PETRUS 5:7.

Maksudnya

Tuhan Yehuwa mahu kita memberitahu-Nya apa sahaja masalah yang membebani hati dan minda kita. (Mazmur 55:22) Tiada masalah yang terlalu besar atau terlalu kecil untuk disebutkan dalam doa. Jika suatu hal membuat kita risau, Yehuwa ingin kita memberitahu-Nya kerana Dia mengambil berat terhadap kita. Berdoa merupakan langkah yang penting untuk mendapat ketenangan minda.​—Filipi 4:6, 7.

Manfaatnya untuk Kita

Semasa kita bergelut dengan masalah kesihatan mental, kita mungkin berasa keseorangan, kerana orang lain tidak selalunya memahami apa yang sedang kita lalui. (Amsal 14:10) Tetapi apabila kita meluahkan perasaan kita kepada Tuhan melalui doa, Dia sentiasa sudi mendengar, dan Dia faham sepenuhnya perasaan kita. Yehuwa memperhatikan kita, dan Dia mengetahui keperitan dan pergelutan kita. Dia mahu kita berdoa dan memberitahu-Nya segala kerisauan kita.​—2 Tawarikh 6:29, 30.

Apabila kita berdoa kepada Yehuwa, kita akan bertambah yakin bahawa Dia mengambil berat terhadap kita. Kita akan berasa seperti penulis mazmur yang berkata, “Engkau telah melihat penderitaanku, dan Engkau mengetahui kesengsaraanku.” (Mazmur 31:7) Ya, Yehuwa tahu masalah yang kita hadapi. Sekadar mengetahui hal itu pun sudah membantu kita bertabah hati. Namun, Yehuwa bukan sahaja memperhatikan kesusahan kita. Dia juga amat memahami apa yang sedang kita lalui, dan Dia menggunakan Bible untuk memberi kita galakan dan kelegaan.

Bagaimana Bible Membantu Julian

Bagaimana Masalah Keresahan Mempengaruhi Saya

Julian.

“Saya mengalami masalah keresahan dan gangguan obsesif kompulsif (OCD). Masalah ini akan timbul pada masa yang tidak dijangkakan. Untuk suatu ketika saya mungkin rasa OK, tetapi entah kenapa saya akan tiba-tiba rasa sangat gelisah. Saya akan rasa begitu terutamanya semasa bersama orang lain, kerana saya risau tentang pandangan mereka terhadap saya.

“Kawan-kawan yang tahu tentang masalah saya selalu cuba membantu saya. Ada kalanya mereka cakap sesuatu yang buat saya kecewa, tapi saya tahu mereka memang berniat baik, dan saya menghargai usaha mereka.

“Ada masanya saya rasa susah untuk berdoa kerana masalah keresahan dan OCD saya. Saya perlu sangat berusaha untuk berfokus semasa berdoa kepada Yehuwa. Hal-hal yang terlintas dalam fikiran saya berubah dengan sangat cepat sehingga saya sendiri pun rasa keliru. Bila minda saya kusut, sangat susah untuk memberitahu Yehuwa fikiran dan perasaan saya.”

Bagaimana Bible Membantu Saya

“Selepas belajar Bible, saya sedar bahawa biarpun doa saya tidak panjang atau berbunga-bunga, Tuhan masih dengar doa saya. Kadang-kadang, saya tidak dapat ungkapkan perasaan saya dan hanya mampu berdoa, ‘Yehuwa, tolonglah saya.’ Namun begitu, saya dapat rasa Yehuwa memahami saya dan beri saya bantuan yang diperlukan. Selain berdoa, saya juga dapatkan terapi. Saya bersyukur kerana keadaan saya bertambah baik dengan adanya dua bantuan ini. Saya perlu berusaha keras untuk meminta bantuan daripada Bapa saya yang di syurga, tetapi usaha saya memang berbaloi kerana saya dapat rasai kasih dan sokongan-Nya.”

Bantuan untuk Anak Muda

Video “Jadilah Sahabat Yehuwa—Berdoalah Sentiasa.”

Di laman web jw.org, lihatlah sebabnya anda dapat yakin Yehuwa akan mendengar dan menjawab doa anda.

Lihat video Jadilah Sahabat Yehuwa​—Berdoalah Sentiasa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi