PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp23 No. 1 ms. 8-9
  • 2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maksudnya
  • Manfaatnya untuk Kita
  • 3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
wp23 No. 1 ms. 8-9
Seorang lelaki yang berusia merenungkan apa yang dibacanya dalam Bible.

2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”

BIBLE KATA: “Segala yang tertulis sejak dahulu lagi ditulis untuk mengajar kita, supaya kita memiliki harapan kerana Ayat-Ayat Suci melegakan hati kita dan membantu kita bertabah hati.”​—ROMA 15:4.

Maksudnya

Kata-kata Bible yang melegakan hati dapat memberi kita kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk melawan fikiran yang negatif. Bible juga memberi kita harapan bahawa penderitaan emosi akan dilenyapkan tidak lama lagi.

Manfaatnya untuk Kita

Kita semua akan berasa susah hati dari masa ke masa, tetapi orang yang menghadapi masalah kemurungan atau keresahan mungkin menderita secara emosi setiap hari. Bagaimanakah Bible dapat membantu mereka?

  • Bible mengandungi banyak hal positif yang dapat kita fikirkan. (Filipi 4:8) Apabila kita mengisi minda kita dengan hal-hal yang melegakan dan menenangkan, kita dapat mengawal emosi kita dan melawan fikiran yang negatif.​—Mazmur 94:18, 19.

  • Bible dapat membantu kita supaya tidak lagi berfikir bahawa kita tidak bernilai.​—Lukas 12:6, 7.

  • Terdapat banyak ayat Bible yang meyakinkan kita bahawa kita tidak keseorangan, dan bahawa Tuhan yang menciptakan kita faham sepenuhnya perasaan kita.​—Mazmur 34:18; 1 Yohanes 3:19, 20.

  • Bible berjanji bahawa Tuhan akan melenyapkan kenangan pahit. (Yesaya 65:17; Wahyu 21:4) Semasa fikiran dan emosi kita terganggu, janji ini dapat menguatkan kita untuk bertabah.

Bagaimana Bible Membantu Jessica

Bagaimana Masalah Kemurungan Mempengaruhi Saya

Jessica tertidur sambil memegang Biblenya yang masih terbuka.

“Semasa saya berumur 25 tahun, saya mengalami tekanan perasaan (nervous breakdown) dan didapati menghidap masalah kemurungan yang teruk. Saya merana kerana kenangan pahit dari masa lalu akan tiba-tiba menghantui saya, dan saya tidak mampu mengawalnya. Doktor menjelaskan bahawa kemurungan saya berkaitan dengan fikiran negatif yang berpunca daripada trauma masa lalu. Selain diberi ubat, saya perlukan terapi untuk mengenal pasti dan membetulkan corak fikiran yang salah.”

Bagaimana Bible Membantu Saya

“Semasa kemurungan saya berada pada tahap yang paling teruk, saya mengalami serangan panik, keresahan yang melampau, dan tidak dapat tidur. Sering kali pada waktu malam, fikiran saya bercelaru, dan saya tidak dapat menghentikannya. Tetapi Mazmur 94:19 kata bahawa Tuhan dapat menenangkan dan melegakan jiwa kita. Jadi saya catatkan ayat-ayat Bible yang menggalakkan saya dalam buku nota, dan menyimpannya dekat katil bersama Bible saya. Bila saya tidak dapat lelapkan mata, saya akan baca beberapa ayat Bible supaya kata-kata Tuhan dapat menenangkan hati saya.

“Bible menggalakkan kita untuk membuang fikiran yang bertentangan dengan apa yang kita tahu tentang Tuhan. Dulu, saya percaya saya ini tidak berguna, tidak bernilai, dan tidak layak dikasihi. Tetapi saya sudah belajar bahawa fikiran sebegini bertentangan dengan ajaran Bible. Bible kata Tuhan ialah Bapa yang penyayang, berbelas kasihan, dan mengambil berat terhadap setiap orang. Secara beransur-ansur, saya dapat kawal fikiran saya dan tidak membiarkannya mengawal saya. Saya juga belajar untuk memandang diri sepertimana Tuhan memandang saya. Langkah ini telah membantu saya melawan pandangan negatif saya terhadap diri sendiri.

“Saya yakin bahawa pada masa depan, kemurungan dan penyakit mental lain tidak akan wujud lagi. Saya menantikan masanya apabila semua kenangan pahit dan pemikiran yang tidak sihat akan dilenyapkan. Harapan yang menakjubkan ini memberi saya kekuatan untuk menangani masalah saya sekarang.”

Bantuan Lanjut:

Baca artikel “Dapatkah Bible Membantu Saya Mengatasi Kemurungan?” di jw.org.

Baca buku Mazmur di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi