PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp25 No. 1 ms. 6-8
  • Dapatkah Manusia Mengakhiri Perang dan Konflik?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dapatkah Manusia Mengakhiri Perang dan Konflik?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MEMBANGUNKAN EKONOMI
  • MEMBUAT PERJANJIAN DAMAI
  • MENGURANGKAN ATAU MENYINGKIRKAN SENJATA API
  • KERJASAMA ANTARA NEGARA-NEGARA
  • Mengapakah Manusia Tidak Dapat Mencapai Kedamaian?—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Bilakah Peperangan Akan Berakhir?—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
wp25 No. 1 ms. 6-8

Dapatkah Manusia Mengakhiri Perang dan Konflik?

Ada banyak sebab perang berlaku. Ada orang mahu perubahan dari segi politik, ekonomi, atau sosial. Yang lain pula mahu mengambil alih tanah dan sumber orang lain. Banyak konflik juga berlaku kerana masalah perkauman atau perbezaan agama. Apakah yang dilakukan untuk mengakhiri perang dan mencapai keamanan? Dapatkah usaha manusia berjaya?

Foto yang terkoyak menunjukkan pekerja sedang berbincang tentang projek mereka di tapak pembinaan.

Drazen_/​E+ via Getty Images

MEMBANGUNKAN EKONOMI

Matlamat: Kebanyakan konflik disebabkan oleh jurang ekonomi yang besar antara orang kaya dengan orang miskin. Dengan meningkatkan mutu kehidupan rakyat, matlamat kerajaan adalah agar konflik dapat dikurangkan.

Cabaran: Kerajaan perlu mengubah cara mereka membelanjakan wang. Sebagai contoh, pada tahun 2022, kira-kira 34.1 bilion dolar Amerika telah dibelanjakan untuk menjaga keamanan di seluas dunia. Namun, jumlah ini sangat kecil, iaitu hanya 0.4 peratus daripada wang yang dibelanjakan untuk tujuan ketenteraan pada tahun yang sama.

“Daripada mencegah konflik, kita menghabiskan lebih banyak wang dan sumber untuk menangani konflik yang sudah berlaku.”​—António Guterres, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apa yang Bible katakan: Kerajaan dan institusi lain dapat membantu orang miskin, tetapi mereka tidak dapat membasmi kemiskinan dengan sepenuhnya.​—Ulangan 15:11; Matius 26:11.

Foto yang terkoyak menunjukkan dua orang yang berjabat tangan.

MEMBUAT PERJANJIAN DAMAI

Matlamat: Mencegah atau menyelesaikan perselisihan dengan aman melalui perbincangan dan rundingan yang menjaga kepentingan kedua-dua pihak.

Cabaran: Salah satu pihak atau lebih mungkin tidak mahu berkompromi, berunding, atau menerima syarat perjanjian. Selain itu, perjanjian damai senang dibatalkan kerana syarat-syaratnya tidak dipenuhi.

“Perjanjian damai tidak selalunya berjaya. Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua pihak mungkin tidak adil sehingga mencetuskan perselisihan yang lebih teruk pada masa depan.”​—Raymond F. Smith, American Diplomacy.

Apa yang Bible katakan: Manusia berusaha untuk berdamai. (Mazmur 34:14) Tetapi ramai orang hari ini ‘tidak setia, tidak mahu dibawa berbincang, dan suka berkhianat.’ (2 Timotius 3:​1-4) Sifat-sifat buruk ini menghalang pemimpin politik yang berniat baik daripada menyelesaikan konflik.

Foto yang terkoyak menunjukkan senapang yang hancur berkecai.

MENGURANGKAN ATAU MENYINGKIRKAN SENJATA API

Matlamat: Mengurangkan atau menyingkirkan senjata api, terutamanya senjata nuklear, kimia, dan biologi.

Cabaran: Kerajaan tidak mahu menyingkirkan senjata api kerana mereka risau akan kehilangan kuasa atau tidak dapat melindungi negara sendiri. Biarpun semua senjata api disingkirkan, punca konflik tetap tidak dapat dilenyapkan.

“Banyak kerajaan yang berjanji untuk menyingkirkan senjata api selepas tahun 1991 tidak menepati janji mereka. Selain itu, mereka tidak mengambil langkah untuk mengurangkan bahaya dan ketegangan antarabangsa agar kita semua dapat hidup dalam dunia yang lebih aman dan selamat.”​—Buku “Securing Our Common Future: An Agenda for Disarmament.”

Apa yang Bible katakan: Manusia patut “menempa pedang menjadi bajak” dengan menyingkirkan semua senjata. (Yesaya 2:4) Namun, memandangkan hal-hal yang jahat timbul dari hati, manusia juga harus menyingkirkan keganasan dari hati mereka.​—Matius 15:19.

Foto yang terkoyak menunjukkan sekumpulan pemimpin dari pelbagai negara duduk di meja bersama-sama. Mereka semua menandatangani dokumen yang sama.

KERJASAMA ANTARA NEGARA-NEGARA

Matlamat: Kerajaan-kerajaan bersetuju untuk mempertahankan satu sama lain daripada ancaman musuh. Mereka fikir musuh tidak akan berani memulakan perang jika mereka bergabung tenaga.

Cabaran: Hal ini tidak menjamin keamanan kerana kerajaan-kerajaan tidak selalu menepati janji mereka. Mereka juga tidak bersependapat tentang bila dan bagaimana untuk menghadapi musuh.

“Biarpun Liga Bangsa-Bangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bekerja keras untuk mewujudkan kerjasama antara kerajaan-kerajaan, perang masih tidak dapat dicegah.”​—Buku “Encyclopedia Britannica.”

Apa yang Bible katakan: Memang baik untuk bekerjasama dengan satu sama lain. (Pengkhutbah 4:12) Namun, kita tidak patut berharap kepada institusi manusia untuk mendapat keamanan dan keselamatan sejati. “Jangan berharap kepada pemerintah manusia, tidak seorang pun dapat menyelamatkan kamu. Apabila mereka mati, mereka kembali ke tanah; pada hari itu segala rancangan mereka musnah.”​—Mazmur 146:​3, 4, Alkitab Berita Baik.

Biarpun negara-negara bekerjasama untuk mewujudkan keamanan, perang masih berleluasa.

Adakah dunia semakin aman?

Sesetengah orang mendakwa bahawa dunia sekarang jauh lebih aman berbanding dahulu. Mereka berkata bahawa tempoh perang hari ini lebih pendek dan jumlah orang yang terkorban juga lebih sedikit. Namun, orang lain pula tidak bersetuju dengan pandangan itu dan statistik yang digunakan untuk menyokong dakwaan itu.

Tidak kira apa yang orang katakan, kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa perang dan konflik masih meninggalkan kesan yang buruk ke atas banyak orang hari ini.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi