PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 41
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Kemarahan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Kemarahan?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kuiz
  • Mengapa penting
  • Apa yang dapat kamu lakukan
  • Apakah yang Dikatakan Bible tentang Kemarahan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Kesihatan Emosi
    Sedarlah!—2019
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 41
Muka seorang remaja lelaki yang menunjukkan: 1. Ketenangan; 2. Tidak senang hati; 3. Kemarahan

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Kemarahan?

  • Kuiz

  • Mengapa penting

  • Apa yang dapat kamu lakukan

  • Pandangan remaja lain

Kuiz

  • Seberapa kerapkah kamu berasa marah?

    • jarang

    • kadangkala

    • setiap hari

  • Seberapa teruk kemarahan kamu?

    • suam

    • panas

    • mendidih

  • Kamu selalu marah terhadap siapa?

    • ibu bapa

    • adik-beradik

    • kawan

Jika kamu berasa bahawa kamu perlu mengawal kemarahan, rencana ini dapat membantu kamu! Mula-mula, perhatikan mengapa penting untuk tetap tenang apabila orang lain buat kamu marah.

Mengapa penting

Kesihatan kamu. Amsal 14:30 berkata, “Hati yang tenang menyihatkan badan.” Menurut Journal of Medicine and Life, “kemarahan merupakan salah satu punca kepada penyakit jantung.”

Kawan kamu. Bible berkata, “Jangan bersahabat dengan orang yang panas baran, dan jangan bergaul dengan orang yang suka marah.” (Amsal 22:24) Jadi, jika kamu berasa susah untuk mengawal kemarahan, janganlah hairan apabila orang mengelak daripada kamu. “Jika kamu tidak belajar untuk kawal kemarahan, kamu tidak dapat menikmati persahabatan yang akrab,” kata seorang gadis yang bernama Jasmine.

Reputasi kamu. “Jika kamu selalu marah, hal ini akan diketahui oleh ramai orang dan ini juga akan mempengaruhi pandangan mereka terhadap kamu,” kata Ethan yang berumur 17 tahun. Tanyalah diri, “Adakah saya mahu dikenali sebagai orang yang tenang dan suka damai atau yang mudah meletup seperti bom?” Bible kata, “Orang yang sangat berpengertian lambat naik marah, tetapi orang yang cepat marah mempamerkan kebodohannya.”​—Amsal 14:29.

Kawan-kawan kepada seorang remaja lelaki beredar kerana dia naik marah

Tiada orang yang suka berada bersama orang yang cepat naik darah

Apa yang dapat kamu lakukan

Perhatikan ayat Bible dan komen berikut. Kemudian, tanyalah diri soalan-soalan yang diberikan.

  • Amsal 29:22: “Sesiapa yang cepat marah akan membangkitkan pertengkaran; sesiapa yang cenderung murka akan melakukan banyak kesalahan.”

    “Semasa remaja, saya berasa susah untuk kawal kemarahan. Saudara-mara sebelah bapa saya juga ada masalah yang sama. Kami cakap itu kerana keturunan. Memang susah mahu kawal kemarahan!”​—Kerri.

    Adakah saya cepat marah? Bolehkah saya kata sifat baik yang saya miliki ialah hasil kerja keras sendiri, tetapi sifat buruk pula disebabkan keturunan?

  • Amsal 15:1: “Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan, tetapi kata-kata yang pedas membangkitkan kemurkaan.”

    “Kuncinya ialah belajar untuk mengawal perasaan kamu. Jika kamu memupuk sikap yang lemah lembut dan bertumpu pada hal-hal positif, kamu tidak akan senang berasa marah.”​—Daryl.

    Jika orang buat saya marah, apakah reaksi yang patut saya tunjukkan dahulu? Mengapa itu penting?

  • Amsal 26:20: “Tanpa kayu, api padam.”

    “Apabila saya menjawab dengan lembut, itu dapat menenangkan orang tersebut. Hasilnya, kami dapat berkomunikasi dalam suasana yang damai.”​—Jasmine.

    Apakah perbuatan atau kata-kata saya yang dapat menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk?

  • Amsal 22:3: “Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang yang kurang pengalaman terus berjalan lalu menanggung derita.”

    “Kadangkala saya perlu beredar dan ambil masa untuk berfikir tentang apa yang telah berlaku. Apabila saya sudah tenang, saya boleh menyelesaikannya.”​—Gary.

    Bilakah masa yang sesuai untuk beredar daripada situasi yang tegang tanpa membuat orang itu fikir bahawa kamu tidak mempedulikan perasaannya?

  • Yakobus 3:2: “Kita semua sering berbuat silap.”

    “Jika kita buat silap, kita tidak mahu sekadar rasa bersalah. Tapi kita juga perlu belajar daripadanya. Apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan bertekad untuk buat lebih baik lain kali.”​—Kerri.

Tip: Tetapkan matlamat. Bertekadlah untuk mengawal kemarahan kamu buat suatu jangka masa, mungkin sekurang-kurangnya sebulan. Tulislah diari dan catatkan kemajuan kamu.

PANDANGAN REMAJA LAIN

Alyssa

“Dulu saya fikir orang yang sudi mengalah dan tidak naik marah ialah orang yang lemah. Tapi sekarang saya sedar mereka sebenarnya rendah hati, salah satu sifat penting yang kita perlu ada. Memang tidak senang bagi saya untuk mengawal kemarahan tetapi hal itu memang berbaloi!”​—Alyssa.

Erik

“Saya akan menarik nafas dalam-dalam dan berfikir sebelum melakukan sesuatu yang mungkin saya kesali. Kemarahan tidak dapat menyelesaikan apa-apa. Sebenarnya, kemarahan hanya memburukkan lagi keadaan.”​—Erik.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi