PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g18 No. 2 ms. 10
  • 7 Nilai Murni

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 7 Nilai Murni
  • Sedarlah!—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MAKSUDNYA
  • MENGAPA PENTING
  • LANGKAH-LANGKAH
  • Mementingkan Nilai-Nilai Moral
    Sedarlah!—2019
  • Betul atau Salah? Cara Banyak Orang Membuat Keputusan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
Sedarlah!—2018
g18 No. 2 ms. 10
Bapa dan anak menggunakan kompas untuk melihat arah

Nilai murni bagaikan kompas yang dapat bantu anak anda mengenal pasti hala tujunya

IBU BAPA

7 Nilai Murni

MAKSUDNYA

Nilai murni berkaitan dengan pegangan moral anda. Contohnya, adakah anda sentiasa jujur? Jika begitu, barangkali anda ingin menanam nilai itu dalam diri anak-anak anda.

Nilai murni juga merangkumi etika. Seseorang yang beretika bersifat rajin, adil, dan bertimbang rasa. Semua sifat itu perlu dipupuk sejak kecil lagi.

PRINSIP BIBLE: “Ajarilah anak haluan yang harus ditempuhnya; maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.”​—Amsal 22:6.

MENGAPA PENTING

Pada zaman teknologi ini, nilai moral amat diperlukan. “Melalui alat mudah alih, pengaruh jahat dapat ditemui bila-bila sahaja,” kata seorang ibu yang bernama Karyn. “Anak kita dapat menonton sesuatu yang tidak senonoh padahal dia mungkin sedang duduk di sebelah kita!”

PRINSIP BIBLE: ‘Orang matang menggunakan daya penilaian untuk membezakan apa yang betul daripada apa yang salah.’​—Ibrani 5:14.

Etika juga penting. Etika seperti kesopanan (contohnya berkata “tolong” dan “terima kasih”) dan keprihatinan terhadap orang lain amat penting. Nilai sedemikian makin berkurang hari ini, kerana orang nampaknya lebih peduli tentang barangan daripada mengambil berat terhadap orang lain.

PRINSIP BIBLE: “Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, mesti kamu lakukan juga untuk mereka.”​—Lukas 6:31.

LANGKAH-LANGKAH

Nyatakan nilai moral anda. Contohnya, penyelidikan menunjukkan bahawa remaja akan lebih cenderung menjauhi seks sebelum kahwin jika mereka telah diajar dengan jelas bahawa perbuatan itu salah.

TIP: Gunakan isu semasa untuk memulakan perbualan tentang nilai murni. Contohnya, jika berita melaporkan kes pembunuhan, anda boleh berkata, “Teruknya orang sekarang tunjukkan kemarahan. Kamu rasa mengapa mereka jadi begitu ganas?”

“Jika anak-anak tidak tahu mana yang betul atau salah, sangat susah bagi mereka untuk bezakan apa yang betul dan salah.”​—Brandon.

Ajarkan nilai etika. Kanak-kanak pun dapat belajar berkata “tolong” dan “terima kasih” dan menghormati orang lain. Buku Parenting Without Borders menyatakan, “Apabila kanak-kanak sedar bahawa terdapat sesuatu yang lebih penting daripada diri mereka, seperti keluarga, sekolah, dan komuniti, mereka akan lebih sudi bertindak demi manfaat semua, bukan untuk diri sendiri sahaja.”

TIP: Berilah anak-anak anda tugas di rumah supaya mereka belajar pentingnya membantu orang lain.

“Jika anak kita sudah biasa buat kerja di rumah sekarang, mereka dapat sesuaikan diri semasa tinggal bersendirian, kerana mereka sudah biasa memikul tanggungjawab sendiri.”​—Tara.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi