PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 15/12 ms. 4-5
  • Yehuwa Memberkati Semangat yang Rela

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yehuwa Memberkati Semangat yang Rela
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Pekerjaan Ini Sangat Besar”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa
    Menara Pengawal—2015
  • Orang Berkecukupan Membantu Orang Berkekurangan
    Menara Pengawal—2012
  • Bagaimana Kita Menghulurkan Bantuan kepada Orang Lain
    Menara Pengawal—2013
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2014
w14 15/12 ms. 4-5
Orang memberikan sumbangan

Yehuwa Memberkati Semangat yang Rela

PENCIPTA kita telah mengurniai kita sebuah pemberian yang sangat bernilai, iaitu kebebasan untuk memilih. Dia memberkati mereka yang menggunakan kebebasan ini demi memajukan ibadat sejati, menyucikan nama-Nya, serta menyokong kehendak-Nya. Yehuwa tidak ingin kita mentaati-Nya kerana terpaksa atau diancam untuk berbuat demikian. Sebaliknya, Dia ingin kita mematuhi-Nya kerana kita mengasihi dan menghargai-Nya.

Contohnya, apabila orang Israel berada di padang belantara, Yehuwa telah mengarahkan mereka untuk membina tempat penyembahan. Dia berkata, ‘Bawalah persembahan kepada Yehuwa. Sesiapa yang ingin memberikan persembahan’ boleh berbuat demikian. (Kel. 35:5) Setiap orang Israel boleh memberikan apa sahaja dan seberapa banyak yang mereka mahu. Pemberian ini akan digunakan untuk melaksanakan kehendak Tuhan. Jadi, apakah reaksi orang Israel?

‘Setiap orang yang tergerak hatinya membawa persembahan kepada Yehuwa.’ Ramai lelaki dan wanita telah memberikan kerongsang, anting-anting, cincin, emas, perak, gangsa, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, kain linen halus, kain yang dibuat daripada bulu kambing, kulit domba jantan yang dicelup merah, kulit halus, kayu akasia, batu permata, rempah-ratus, dan minyak. Akhirnya, “bahan-bahan yang sudah diberikan lebih daripada cukup untuk menyelesaikan segala pekerjaan itu.”—Kel. 35:21-24, 27-29; 36:7.

Yehuwa sangat senang hati dengan semangat mereka yang rela menyokong ibadat sejati. Orang Israel juga tergerak untuk menyumbangkan masa dan tenaga mereka. Bible berkata bahawa “semua perempuan yang mahir memintal” telah menyumbangkan kemahiran mereka dengan rela. Selain itu, Yehuwa memberi Bezaleel “kemahiran, kebolehan, dan pengertian dalam segala jenis karya seni.” Yehuwa mengurniai Bezaleel dan Oholiab kemahiran yang diperlukan supaya dapat melaksanakan segala yang ditugaskan kepada mereka.—Kel. 35:25, 26, 30-35.

Apabila Yehuwa meminta orang Israel memberikan sumbangan demi ibadat sejati, Dia sangat yakin bahawa mereka akan berbuat demikian dengan hati yang rela. Oleh itu, Dia telah memberi mereka bimbingan dan sukacita. Yehuwa menunjukkan bahawa penyembah-Nya yang berhati rela pasti diberkati dengan berlimpah. Dia akan memastikan bahawa bahan-bahan dan kemahiran untuk melaksanakan kehendak-Nya tidak berkekurangan. (Mzm. 34:10) Jika anda menyembah Tuhan dengan rela, Dia pasti akan memberkati anda juga.

CARA-CARA MEMBERIKAN SUMBANGAN UNTUK KERJA SEDUNIA

Seperti pada zaman rasul Paulus, ramai hari ini memperuntukkan sejumlah wang untuk dimasukkan ke dalam kotak yang berlabel “Kerja Sedunia.” (1 Kor. 16:2) Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan yang diterima ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Anda juga boleh menggunakan cara lain untuk memberikan sumbangan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda. Untuk mengetahui caranya, sila hubungi pejabat cawangan tempatan. Alamat pejabat cawangan boleh didapati di www.pr2711.com/ms. Sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti berikut:

PEMBERIAN TANPA SYARAT

  • Sumbangan boleh diberikan melalui pemindahan wang secara elektronik, kad debit, atau kad kredit. Bagi sesetengah pejabat cawangan, sumbangan boleh diberikan melalui jw.org atau melalui laman web tertentu.

  • Wang, barang kemas, atau barangan lain yang berharga boleh disumbangkan. Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan ini merupakan pemberian tanpa syarat.

SUMBANGAN BERSYARAT

  • Wang dapat diamanahkan dengan syarat bahawa wang itu akan dikembalikan apabila diminta balik.

  • Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa wang itu merupakan sumbangan bersyarat.

PERANCANGAN AMAL

Selain wang dan harta milik peribadi, terdapat cara-cara lain untuk memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Antara cara yang dimaksudkan tertera di bawah. Namun, sila hubungi pejabat cawangan tempatan untuk mengetahui cara mana yang boleh digunakan di negara anda. Memandangkan tuntutan perundangan setiap negara adalah berbeza, sila dapatkan nasihat mengenai undang-undang dan cukai sebelum memberikan sumbangan.

Insurans: Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama polisi insurans hayat atau pelan persaraan/pencen.

Akaun Bank: Akaun bank, deposit tetap, atau akaun pesara boleh diamanahkan atau dibayar kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan.

Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa sebagai pemberian tanpa syarat. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal.

Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya selama dia masih hidup.

Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Surat wasiat yang sah di sisi undang-undang diperlukan. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi